Monday 30 May 2016

Turki (Siri 9: Taksim-Doha-KLIA)



Teks: ain akib

Hari kelapan.

Imej: Retaj Royale Hotel

Imej: Pengimbas beg di pintu masuk

Check out dari hotel.

Hotel terakhir kami setelah dua malam di sini.

Selesa.


Adik bongsu saya sehingga ke hari ini masih teringat keempukan katil di hotel ini.

Amboih laa..;)


ISTANBUL: TAKSIM SQUARE

Menuju ke Taksim pagi ini. 

Cuaca agak kelam sedikit sejurus keluar dari hotel.


Imej: Sepanjang perjalanan ke Taksim

Kami turun dari bas berhampiran Dataran Taksim.

Dataran ini merupakan pusat tumpuan pelancong.

Apa yang menarik ya?

Monumen yang tersergam tinggi di tengahnya.
Ala-ala Tugu Negara di negara kita.

Monumen ini mengenang zaman kemerdekaan mereka menjadi Republik Turki.


Imej: Monument of The Republic

Imej: Merpati (atas), kereta kebal (bawah)

Dataran ini juga dikunjungi oleh burung merpati.

Ada juga penjual makanan burung berlegar membuat jualan kepada pelancong yang tiba.

Sempat satu ketika melihat trak polis lalu di situ.


Imej: Istiklal Street

Taksim juga terkenal dengan jalan yang panjang bagi pejalan kaki.

A long pedestrian shopping street.

Selalu juga dibuat sambutan, perhimpunan dan perarakan di jalan ini.

Tarikan di bahagian kiri dan kanan sepanjang jalan ini turut menjadi tumpuan.


Imej: Manis-manisan. ;) 

Imej: Restoran makanan segera

Imej: Shawl (kiri)

Kedai yang pelbagai, restoran makanan segera, shopping mall juga ada.


Imej: Jagung panas, buah berangan panas (chestnut), cleaner 

Terdapat juga penjual stall.

Jagung rebus, buah berangan bakar...

Keadaan di sepanjang jalan ini bersih dan kemas.


Imej: Tram klasik

Bertambah menarik dengan adanya tram klasik yang beroperasi di sini. 

Tak naik, bergambar sahaja dengannya, :)



Bercerita mengenai Taksim ini, dua hari selepas kami berada di sini, diberitakan berlakunya letupan di Istiklal Street ini.

Dilaporkan 5 orang meninggal dunia dan 36 orang cedera.

Jangkaan mereka ada kaitan dengan peritiwa bom meletus di Ankara beberapa hari sebelum itu yang meragut nyawa 37 orang awam.

Dua peristiwa letupan dalam masa seminggu di Turki.
Targetnya orang awam.
Waktu yang hampir sama dengan waktu kami berada di situ namun alhamdulillah bukan pada waktu berlaku.

Antara pautan yang boleh menjadi rujukan:



MAKAN TENGAHARI TERAKHIR DI TURKI

Berjalan kaki dari Dataran Taksim ke restoran untuk makan tengahari.


Imej: Meow

Bertemu makhluk kesayangan Rasulullah SAW ini.

Dia takut, jadi ambil gambarnya sahajalah.

:)


Imej: Pintu masuk restoran (kiri) dan tisu atas meja makan (kanan)

Imej: Sup dan main course

Sup kekacang yang pekat dan panas menjadi pembuka selera.

Pizza, kambing bakar, kacang lenyek, sayur dan salad menjadi santapan.

Alhamdulillah mengenyangkan.

Tekak sudah belajar beradaptasi sebaiknya dengan makanan di sini, :)



Coretan kedua terakhir saya di Turki, di mukabuku :

Lunch terakhir di Turki.

Merindui masakan Malaysia terutamanya sambal.
Tarbiyah makan daging kambing dengan baunya...
Tarbiyah makan ikan seekor.
Tarbiyah makan masakan negara lain yang 125 darjah berbeza.
- Tengahari, 17 Mac 2016, Taksim


LAPANGAN TERBANG ATARTUK, ISTANBUL

Selesai makan, kami bergerak ke lapangan terbang yang tidak jauh dari situ.

Sambil menanti kaunter penerbangan Qatar Airways dibuka, kami solat jamak Zohor-Asar di surau lapangan terbang.


Imej: Sebelum berlepas balik ke Malaysia

Kemudian kami bergambar buat kali terakhir bersama Serkhan dan ahli kumpulan kami semuanya.

Sedih juga waktu ini sebab banyak momen dan memori kami bersama.

Dari bersusah payah sama-sama angkat turun naik beg dari bas dan ke dalam bas semula di 5 buah hotel, terperangkap seketika di tepi highway dalam salji, gurau senda sepanjang perjalanan di bumi Turki dan banyak lagi.

Pengalaman bersama inilah yang mahal.

Priceless:)

Moga bertemu lagi insyaAllah.


Imej: Fahri

Si cilik yang duduk di hadapan kami sepanjang dalam bas, :)


Imej: Dengan penjual aiskrim acah-acah, :p

Nak juga cari aiskrim acah-acah sebelum meninggalkan Turki.

Gigih pusing-pusing di lapangan terbang yang besar ini memandangkan masih lama lagi untuk tiba waktu berlepas.

Alhamdulillah tercapai hasrat!

Perisa pistachio dan coklat menjadi pilihan.

Harga satu kon aiskrim ini adalah 16TL.

Ya, mahal.
Well...at the airport, what do you expect right?

Kami kongsi satu aiskrim ini sebab semua pun nak merasa sahaja.

Juga nak rakam aksi acah-acah jual-beli aiskrim ini, hihi.


Video aiskrim Turki, ;)


Imej: Qatar Airways dan Istanbul dari udara

Penerbangan kami mengalami kelewatan yang tidak kami fahami apabila diterangkan dalam bahasa turki.

Kami andaikan faktor cuaca menyumbang pada kelewatan itu.
Pemalar tak boleh ubah.
Hehe (Kalau dah budak sains tu budak sains jugaklah ya). 

Maghrib baru sahaja masuk ketika kami menaiki pesawat.
Penerbangan dari Istanbul ke Doha, Qatar mengambil masa 3 jam lebih.

Boleh pula terus tertidur selepas itu.

Ketika menghampiri Doha untuk transit, baru saya tersedar yang saya belum menunaikan solat menghormati waktu, jamak Maghrib-Isya.


"Maám, please straighten your seat," kata pramugara handsome di laluan antara tempat duduk penumpang.

"Oh, she's praying (dengan suara yang perlahan). Could you please remind her to straighten the seat after she finish her prayer?" pintanya kepada Thuraiya yang duduk di sebelah saya. 

"Ok," jawab adik saya.


Ok.

Jangan tanya bagaimana saya mendengar perbualan ini walaupun saya sedang solat.
Hoho.

Alhamdulillah, petugas penerbangan ini menghormati orang yang sedang solat dan dari situ ternyata itu adalah perkara biasa bagi mereka.

Bagus.


DOHA

Tiba di Doha, kami terus menuju ke arah pintu penerbangan ke KLIA memandangkan kelewatan kami berlepas tadi.
Bergerak tanpa henti sehinggalah tiba di dalam perut kapal terbang.

Dari gelap hingga cerah terik siang.

Antara Zohor dan Asar 18 Mac, alhamdulillah kami tiba di KLIA.

Seronok dijemput oleh anak-anak buah yang cilik, hilang penat melihat mereka.

Abah pesan, sampai rumah nanti qadha semula solat menghormati waktu yang dibuat di atas kapal terbang tadi, Maghrib dan Isya.

Baik Boss!


Catatan mukabuku saya yang terakhir di Turki:

Wailalliqamaássalamah bumi Turki.

Berpusing kurang lebih seminggu, mengenali sebahagian daripada benua eropah.

Perhentian yang terakhir, Istanbul atau nama lamanya, Constantinople yang dibuka oleh Sultan Muhammad Al-Fatih kini maju dan moden.

Selepas penaklukan Bani Uthmaniyyah ini, fahaman sekularisme yang dibawa oleh Mustafa Kamal Atartuk lebih mendominasi dari beberapa sudut.

Apa pun, berharap dapat menjejakkan kaki ke sini dengan lebih ilmu dan di musim yang lain.

Biiznillah.

(gambar dan lokasi 4 hari lepas)
-Petang, 17 Mac 2016, Istanbul

Saturday 28 May 2016

Turki (Siri 8: Istanbul | Topkapi Palace, Grand Bazaar, Galata Bridge)


Teks: ain akib


Hari ketujuh.



Imej: Kami berlatarbelakangkan Laut Marmara

* * * * * * * * * * * * 

Masih di Istanbul.


Imej: Menu utama, restoran dan buah-buahan

Sarapan di hotel ini agak menarik dengan buah-buahan dan masakan yang agak menepati selera orang Asia.


Waitress juga comel bertudung (gambar tengah), :)



ISTANBUL: LEATHER

Keluar dari hotel, cuaca sedikit kelam namun sang suria masih mahu menyinar.



Imej: Awan gelap memberi laluan kepada matahari

Kami ke kedai pakaian kulit.

Ini termasuk dalam jadual rombongan kami.

Pakaian dari kulit lembu dan kambing original.

Leather.

Jaket, seluar.

Harganya juga boleh tahan.

Berpatutan dengan kualiti, desain dan fleksibiliti.



Imej: Mini catwalk

Mereka memperagakan beberapa jenis jaket kulit yang  sesuai untuk dimiliki oleh orang Asia.

Dua orang ahli rombongan dijemput naik untuk turut serta menjadi model.

Faatin (kanan sekali) merasa jadi model seminit dua, :p


Imej: Dalam kedai

Harga jaket yang dijual bermula dari 300USD.

Bayaran diterima melalui kad kredit juga tunai.

Mereka boleh bertutur dalam bahasa inggeris dan ini memudahkan komunikasi.


ISTANBUL: TOPKAPI PALACE



Imej: Bergambar bersama ahli kumpulan

Topkapi Palace adalah istana sultan-sultan Kerajaan Bani Utmaniyyah dan telah dimasukkan di bawah UNESCO.

Mempunyai TIGA pintu gerbang utama.


Imej: Pintu gerbang pertama


Pertama: The Imperial Gate (Babuhayyan)

Laman pertama ini besar dan cantik.

Pada zaman dahulu, rakyat jelata dibenarkan masuk dan pemakaian perlu kemas.

Urusan untuk mendapatkan tandatangan dan sebagainya dibuat di sini.



Imej: Laman pertama

Imej: Lanskap di laman pertama

Panjang perjalanan menapak masuk istana ini.

Alhamdulillah disajikan dengan pemandangan yang serba indah ini. :)


Imej: Sewaktu hendak keluar dari laman pertama (waktu balik)


Imej: Pintu gerbang kedua

Kedua: Gate of Salutation (Babussalam)

Berfungsi untuk urusan rasmi.

Yang berkuda perlu turun dari kuda tunggangan.

Di kawasan ini terletaknya harem dan dapur yang terpanjang pada zaman pemerintahan Bani Uthmaniyyah.




Imej: Inner courtyard

Ketiga: Gate of felicity

Bahagian istana bagi sultan-sultan. Hanya yang mendapat mandat untuk masuk oleh Sultan sahaja yang dibenarkan masuk.

Cantik.

Banyak bunga-bungaan menghiasi inner courtyard ini.

Di bahagian ini juga terdapat peninggalan Rasulullah SAW seperti pedang dan janggut baginda SAW, pedang-pedang sahabat, baju Saidatina Aisyah dan beberapa lagi.



Imej: Saujana mata melihat laut



Hujungnya terdapat bahagian yang menghadap ke Laut Marmara.


Imej: K.A.M.I.

Hujan rintik sudah pun muncul tapi gigih juga Serkhan tolong tangkapkan gambar kami sekeluarga, :)

Imej: Topkapi Palace
Banyak lagi sebenarnya perihal sejarah istana ini.

Yang saya kongsikan ini cuma 5%.

Masa yang lama diperlukan untuk menghayati kisah di sebalik pembinaan dan peristiwa-peristiwa yang berlaku di sini.

Boleh search dan baca mengenai Topkapi Palace.

:)


MAKAN TENGAHARI 



Makan tengahari di restoran berdekatan dengan Dataran Sultanahmet ini juga.

Kami berjalan kaki sahaja dari Topkapi Palace ke restoran ini.



Imej: Dalam restoran di tingkat atas


Imej: Sos! dan lunch


Akhirnya!

Bertemu dengan sos cili!

Berebut botol sos ini berpusing ke meja makan semua ahli rombongan, hehe.


Heaven.

Manakan tidak, sejak dari hari pertama, susah untuk jumpa sos cili. Yang ada hanyalah sos tomato. Sama seperti di Cairo.

Barulah makanan terasa lebih sedap.
Daging/kebab dengan sos cili barulah buku bertemu ruas.

Ok.
Over sangat tu Ain, ;)



Imej: Pengadang yang cantik

Sebelum beredar dari restoran, sempat saya menangkap gambar pengadang yang ada dalam restoran ini.


Cantik dan menarik!



Imej: Tulip merah (bawah)

Di luar restoran, tulip merah hati dalam pasu kecil dijual.

Kita tangkap gambar je lah sebagai kenangan ya.



ISTANBUL: GRAND BAZAAR

Tenaga dari makan tengahari digunakan untuk meneruskan perjalanan ke Grand Bazaar.

Ye, menapak dari Dataran Sultanahmet ini ke Grand Bazaar

Melalui deretan kedai, tram, orang ramai.




Imej: Laluan tram

Imej: Jalanraya

Imej: Restoran

Imej: Kubah masjid (atas) dan luar Grand Bazaar (bawah)


Tiba di Grand Bazaar.

Sama seperti Spice Bazaar, pintunya ada banyak.

Di luar pintu Grand Bazaar ini tersergam sebuah masjid.
Kami solat jamak Zohor-Asar di sini sebelum masuk ke Grand Bazaar.

Tandas di bahagian luar dan bayarannya 1TL.

Tempat wudhu untuk wanita juga di bahagian luar namun tertutup.
Air seperti biasa.
Sejuk....


Imej: Salah satu pintu masuk ke Grand Bazaar (kiri), Dalam Grand Bazaar (kanan)

Serkhan menunjukkan pintu yang sama-sama kami masuk dan akan bertemu semula di pintu yang sama selepas 2 jam.

Berulang kali Serkhan mengingatkan bahawa pintu ada banyak dan meminta kami semua menangkap gambar pintu ini sebagai rujukan.
Beliau risau ahli rombongan nanti asyik membeli-belah sehingga terlupa pintu mana untuk kembali, :p


Imej: Kedai kebab di luar Grand Bazaar

Kami  membeli sedikit souvenir untuk ahli keluarga di rumah.

Tatkala keluar dari Grand Bazaar, masih awal lagi dari masa yang ditetapkan, maka kami memilih untuk mengalas perut dengan makanan ringan.

Kedai kebab di luar ini menjadi pilihan.


Imej: Sementara tunggu kebab siap

Imej: Kebab Turki

Merasa kebab yang dibeli sendiri di Istanbul.

Kalau tidak asyik makan yang dihidangkan bersama nasi di restoran.


Imej: Dalam restoran kebab

Kami tak jadi untuk terus makan di kedai itu memandangkan begitu ramai pelanggannya.

Serkhan meminta ahli rombongan yang sudah ada bergerak ke restoran di belah hadapan. 
Makan kebab tadi di situ dan air teh dari restoran ini.
Lihat sahaja gambar kanan sekali, daging bergantungan.



SEKITAR ISTANBUL


Imej: Menapak di Dataran Sultanahmet


Imej: Mesra bersuap, :p


Imej: Penjual air buah (atas) dan bas dua tingkat (bawah)

Imej: Kedai manisan dan bangunan biru

Imej: Kedai karpet


ISTANBUL: GALATA BRIDGE


Catatan dari mukabuku saya:

Cuaca antara 6-13 darjah celcius.
Terik mentari siang tetapi sejuk berangin.

Berkisar kisah semalam, rupanya kereta yang tidak berpenghuni di atas jambatan Bosphorus dipercayai ditinggalkan.
Sumber mengatakan tuan kenderaan melompat ke dalam Laut Marmara di bawahnya namun belum lagi ditemui.

False alarm.

Banyak masjid di sini.
Tandas mereka bersih.
60% ambulans di sini adalah teksi.
Hairan kan?

Di Istanbul, polisi mereka melarang lunch dan dinner di hotel, hanya breakfast sahaja dibenarkan.
Ini untuk memastikan survival restoran di sini.

Kalau di R&R Sungai Buloh, restorannya di bawah jambatan, di atas highway.
Di sini, restorannya di bawah jambatan, di atas Laut Marmara.

Sekarang 6.15 petang.
Jom dinner!
-Maghrib, 16 Mac 2016, Istanbul



Imej: Di atas Galata Bridge (kanan), di bawah Galata Bridge (kanan)

Makan malam terakhir di Turki agak istimewa.

Kami makan di restoran di bawah Galata Bridge.

Di atas Laut Marmara.

Imej: Muka kesejukan+kelaparan (tengah), Muka gatal, haha (kanan)

Selepas menapak hari ini, walaupun dah makan kebab tadi, perut masih ada ruang untuk diisi.

Mungkin faktor cuaca yang sejuk mempengaruhi?

Yup.

Sejuk memang cepat lapar ye tak?

:p

Imej: Dalam restoran

Imej: Menjelang malam
Subhanallah....

Beautiful...

Imej: Santapan dinner

Good food, good ambience, good panorama, and good company.

Alhamdulillah.

Terima kasih Ya Allah.


Imej: Malam

Gambar atas: Berlatarbelakangkan Bosphorus Bridge

Gambar tengah : Galata Bridge. Kelihatan rod pancing tergantung.

Gambar bawah: Pemandangan dari atas laut

Pengakhiran hari yang indah.


Esok, hari terakhir di bumi Turki.

:)

Turki (Siri 1: KLIA-Doha-Istanbul-Bursa)

Turki (Siri 2: Pamukkale | Hierapolis)
Turki (Siri 3: Konya | Maulana Jalaludin Al-Rumi)
Turki (Siri 4: Cappadocia | Belon Panas)
Turki (Siri 5: Cappadocia | Goreme Open Air Museum, Karpet, Barang kemas, Seramik, dan Kaymakli Underground City)
Turki (Siri 6: Ankara | Ibu negara Turki)
Turki (Siri 7: Istanbul | Bosphorus Cruise, Spice Bazaar, Kumkapi, Suleiyman Mosque, Hagia Sophia, Blue Mosque, Eyyup Mosque)
Turki (Siri 8: Istanbul | Topkapi Palace, Grand Bazaar, Galata Bridge)
Turki (Siri 9: Taksim-Doha-KLIA) 

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...