Teks: ain akib
Alhamdulillah,
Segala pujian hanya pada pemilik sekalian alam. Salam
perkenalan dari saya, Noorul Ain binti Mohd Akib. Lebih dikenali sebagai Ain
Akib (akibat ramai insan yang bernama Ain juga). Alhamdulillah, langkah pertama
menulis berjaya dimulakan di sini.
Tak kenal maka tak cinta kan? Jadi saya lebarkan salam perkenalan dengan taaruf
serba sedikit ya. Dibesarkan di Gombak dengan pengenalan alam persekolahan di
sana sehingga peringkat menengah bawah (SRK Gombak 2 dan SEMERBAK). Kemudian turun ke selatan tanah air bagi peringkat menengah atas di Muar (SAMURA).
Di sinilah saya belajar makan makanan pedas (tempias masakan nogori) dan yang paling tidak dapat dilupakan ialah
nasi lemak pagi jumaat di Dewan Makan yang umphh!
Sebaik sahaja tamat SPM,
berpatah semula ke arah utara ke Kolej Kurniawan Cheras (KKCS). Setelah satu
semester di sana kami semua dipindahkan ke Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) yang
baru memasuki semester keduanya ditubuhkan. Memori fenomena Charlie yang
melanda bumi KMPk masih lagi segar kerana kedudukannya yang dikelilingi ladang
kelapa sawit. Perak bertempat di Gopeng a.k.a Copenhagen bak kata orang lama di sana.
Kemudian meneruskan lagi langkah kaki ke utara Semenanjung
Malaysia, ke bumi Universiti Sains Malaysia (USM). Pusat Pengajian Sains Kimia
menjadi school kesayangan dan alhamdulillah dengan izinNya berjaya
menggenggam Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia) dengan kepujian. Di Pulau Mutiara
inilah saya belajar loghat utara, makan laksa, merempit dengan sopan (hehe..), round
island dan banyak lagi.
Pertapaan masih di bumi Minden di bahagian penyelidikan sebagai Pembantu
Penyelidik. Kajian berkaitan sains nanologam bagi industri menjadi tumpuan pada
ketika itu. Pada masa yang sama bergerak aktif bersama NGO di Pulau Pinang bagi
mengasah skill di bidang pengendalian program bersama remaja. Juga pernah berkhidmat
sebagai guru ganti di sekolah-sekolah sekitar Pulau Pinang. Walaupun hanya seketika; SMK Haji
Zainul Abidin, SMK Hamid Khan dan MRSM Kepala Batas tetap memberikan kenangan
terbaik bagi saya menyelami jiwa seorang pendidik.
PENGALAMAN, MINAT DAN KEPAKARAN
1. Berpengalaman dan minat menguruskan program (bahagian admin + slot
sebagai trainer/moderator).
2. Berpengalaman mengambil tempahan serta minat membuat dan mengedit video (personal, event dsb). Telah mendalami bidang video bersama Sifu Puan Diyana Tahir dalam Seminar Video Internet Marketing Technology (VIMT) dan Video Mastery Apprentice.
3. Minat menulis, cuma tidak tahu apa yang hendak dikongsi dan kurang keyakinan untuk menulis. Oleh itu saya mengambil langkah mendaftar diri bersama Puan Khairunnisa Hamzah bagi bimbingan eksklusif beliau. :)
Pengalaman berniaga cuma menjual tudung dan powerbank dalam kuantiti kecil
secara suka-suka pada rakan sekeliling, hehe.
MATLAMAT
Matlamat Jangka Pendek saya ialah ingin mempromosikan kepakaran mengedit
video (peribadi/ promosi bisnes/ korporat/ perkahwinan). Saya juga ingin menulis sesuatu
kerana minat dalam penulisan, cuma kurang pasti halatuju
penulisan.
Matlamat Jangka Panjang pula ingin menjadi seorang pakar video yang menghasilkan
video yang menyentuh hati orang lain dan meninggalkan memori yang indah di samping membantu orang lain menyebarluaskan bisnes mereka melalui video. Saya juga ingin berkongsi kepakaran yang saya ada melalui kelas praktikal dan insyaAllah melalui penerbitan buku.
Moga impian saya untuk mempunyai kerjaya freelance (online based) melalui video
dan penulisan diizinkanNya.
Post
pertama ini dimulakan dengan tulisan, seterusnya video-video
yang menarik bakal dikongsi bersama dalam entri yang lain, insyaAllah. Doakan ya, moga Allah beri kekuatan.
No comments:
Post a Comment