Showing posts with label Seni Dalam Video. Show all posts
Showing posts with label Seni Dalam Video. Show all posts

Tuesday, 11 March 2014

Komunikasi Berjaya Melalui Video


Teks: ain akib


Komunikasi Dua Hala

Komunikasi melibatkan hubungan antara satu pihak dengan satu pihak yang lain. Minimanya adalah dua pihak manakala maksimum tiada hadnya.


Imej: Carian Google


Perlu ada pihak yang memberi atau menyampaikan mesej manakala satu pihak lagi adalah pihak yang menerima mesej itu dan memberi tindakbalas. Maka, berlakulah sesi komunikasi yang berjaya.

Jika kedua-dua pihak ingin sama-sama memberi TANPA menerima, maka berlakulah sesi satu hala yang mampu mewujudkan salah faham dan boleh membawa kepada pergaduhan. Komunikasi tidak berjaya kerana kedua-dua pihak tidak memainkan peranan yang sepatutnya.


Komunikasi Dalam Video

Sama juga seperti muka bertemu muka (face-to-face) namun dalam versi yang telah dirakam terlebih dahulu, :)

Komunikasi yang dibuat dengan persediaan rapi dari susunatur kata, gerak laku pembicara dan efek yang ingin diberikan kepada pihak yang menonton video itu.

Pilihannya luas.
Kita boleh memilih untuk menggabungkan mana-mana elemen yang kita mahukan.

  • Lisan dan efek bunyi
  • Efek imej dan lisan
  • Efek imej dan efek bunyi
  • Ketiga-tiganya sekali

Gabungan ketiga-tiga elemen ini dapat menarik perhatian golongan visual, auditori dan kinestatik. Kejelasan mesej pula dapat menarik perhatian golongan digital.

Mudah bukan?
Untuk menguasai keempat-empat golongan  penonton ini.
Hanya melalui satu medium.
Video.


Kesan Komunikasi Berjaya


Imej: Carian Google

Pentingnya kita memahami sifat penonton kerana mereka adalah sasaran kita. Yang penting, kita ingin kongsikan sesuatu yang bermanfaat dan bernilai ibadah. 

Belajar memahami kehendak dan keperluan penonton merupakan satu nilai tambah.
Memudahkan kita menembusi tembok pemahaman dan penerimaan sasaran.
Menguntungkan!
:)



Friday, 27 December 2013

Untung Iklan Melalui Video


Teks: ain akib

Bismillah.


UNTUNG DALAM JUAL BELI

Apa jua yang kita lakukan, pasti kita mahu untung bukan? Manakan mahu rugi. Bila membeli, pasti kita akan membuat perbandingan dari segi kualiti, kuantiti dan harga. Berpatutan dan bersesuaian, barulah kita akan memilih. Yang pasti, fitrah kita tidak mahu rugi.


UNTUNG DALAM IKLAN


Imej: Carian Google

Promosi dan pengenalan bisnes umpama mengenengahkan diri ke tengah ramai, seperti  artis. Bezanya kita mahukan produk dan servis kita yang dikenali. Kemahiran dan keunikan kita diketahui ramai dan sekaligus menyumbang dalam penambahbaikan hidup orang ramai.

Iklan yang berkesan adalah iklan yang berupaya menarik perhatian pengguna/sasaran. Seperti dalam rancangan Mimbar Pencetus Ummah (Astro Oasis), penyampaian yang baik adalah yang  dapat menarik perhatian audiensnya. Kerana respon mereka inilah yang berperanan dan berkuasa dalam menambah nilai hidup kita.


UNTUNG IKLAN MELALUI VIDEO


Imej: Carian Google

  • Marketing kos rendah
  • Masa yang dilaburkan pendek dan singkat
  • Kos yang dikeluarkan adalah hanya sekali dan tidak perlu berkala, bergantung pada produk/servis yang ingin diiklankan
  • Mudah dan simple
  • Mencakupi penonton yang pelbagai latarbelakang (visual, auditori, kinestatik, digital)

Laburkan wang sedikit untuk hasil pulangan yang banyak!
Iklan melalui video.
Mampu mencecah ribuan sasaran hanya dalam sehari!

Siapa yang berusaha dia akan dapat hasilnya.
InsyaAllah.
:)



Saturday, 16 November 2013

Informasi & Testimonial


Teks: ain akib


Imej: Carian Google



INFORMASI PENTING

Dalam pengenalan jenama diri/produk/servis, di penghujungnya wajar dibekalkan informasi untuk sasaran menghubungi kita. Sasaran ini adalah bakal pelanggan. Bakal pelanggan pasti mahukan dan perlukan informasi dan maklumat kita untuk berurusan selanjutnya. Urusan secara online kini lebih menjadi pilihan kerana menjimatkan masa, kos, dan tenaga


Imej: Carian Google


Imej: Carian Google


Seperti yang tertera pada kad nama kita, turutan keutamaan info yang perlu kita bekalkan kepada bakal pelanggan ialah:
  1. Jenama Produk/Servis
  2. Nombor Telefon untuk call/SMS/WhatsApp
  3. ID Facebook untuk Personal Message
  4. Emel
  5. Alamat Sesawang (website)
  6. Nombor Akaun, Nama Akaun beserta Nama Bank


Imej: Carian Google


Imej: Carian Google



INFORMASI PREMIS

Bagi produk/servis yang mempunyai premis, maklumat ini tidak kurang pentingnya:

  1. Alamat premis
  2. Waktu beroperasi
  3. Lokasi GPS

Imej: Carian Google


Imej: Carian Google

 
Kelebihan bagi perniagaan yang mempunyai premis ialah pelanggan akan lebih berasa selamat dan lebih percaya. Ini kerana orang ramai gusar akan kewujudan perniagaan yang hanya di atas angin. 


INFORMASI DALAM VIDEO

Bagi memuatkan info-info ini di dalam video, ada pelbagai cara, kaedah grafik dan audio boleh diaplikasikan. Terpulang pada selera bakal pelanggan juga penyusunan cerita bagi video tersebut.

Imej: Carian Google



Imej: Carian Google



Imej: Carian Google



PENGUKUHAN INFORMASI

Setelah seketika beroperasi, bukti atau testimoni dari pelanggan adalah amat membantu bagi menambah kepercayaan bakal pelanggan. Sekaligus dapat meningkatkan jualan apabila keyakinan bakal pelanggan meningkat terhadap produk/servis yang diketengahkan. 

Bukti atau testimonial ini boleh ditunjukkan dalam bentuk video rakaman, secara bertulis mahupun gambar foto. Testimoni adalah dari pelanggan manakala bukti boleh juga datang dari gambar foto yang menunjukkan penjualan atau keberhasilan produk/servis.

Kualiti produk/servis dapat dinilai oleh orang ramai apabila kita kepilkan bersama testimoni ini. Kepercayaanlah yang akan menarik lebih ramai bakal pelanggan, meningkatkan jualan/servis dan pada masa yang sama menambah nilai hidup kita juga orang lain. Manfaat yang dapat dikongsi bersama, alhamdulillah, :)

Di bawah ini adalah contoh video yang saya hasilkan bagi Intensif Super Leader yang mengandungi testimonial peserta program. Di hujungnya dimasukkan alamat sesawang untuk dilayari oleh penonton.







Monday, 7 October 2013

Seni Cetus Ingin Tahu


Teks: ain akib


TIPS

Imej: Carian Google


Semua orang sukakan sesuatu yang memudahkan. Kemudahan itu mungkin yang menjimatkan masa, ruang, kos dan sebagainya. Jadi, TIPS adalah semudah-mudah perkara yang digemari kerana apabila terlihat sahaja perkataan TIPS semua orang faham bahawa ia adalah suatu yang ringkas dan padat. Jadi, mari kita selitkan TIPS bagi memberi info kepada sasaran kita. Ini memberi nilai tambah dan sekaligus memberi manfaat. Semua orang suka!


Imej: Carian Google


Imej: Carian Google


Perkataan TIPS sahaja mampu menarik sesiapa yang melihat untuk terus memberikan perhatian dan mengambil tahu. Ini adalah salah satu cara untuk mencetus rasa ingin tahu.  Berikan beberapa TIPS dari semasa ke semasa berkenaa dengan produk/servis/ilmu anda. Lihatlah hasilnya!

Seni mencetus rasa ingin tahu ini adalah satu kekuatan yang boleh digunapakai dalam video. 


INGIN TAHU?

Contohnya seperti gambar di bawah ini. ANDA INGIN TAHU? DO YOU WANT TO KNOW? Masukkan juga tajuk kecil yang menjurus kepada perkara yang ingin diketengahkan. Lebih simple tajuk dan lebih pendek ayat yang digunakan adalah lebih disukai orang ramai.Tonjolkan kelebihan dan keunikan produk/servis/ilmu anda agar mudah ditangkap dan dihadam penonton video.


Imej: Carian Google


Imej: Carian Google


KATA-KATA HIKMAH / QUOTES

Kata-kata yang membina dan terus memberi makna juga mampu meraih perhatian sasaran juga orang yang menonton video. Disertakan dengan sedikit illustrasi di mana kita bermain dengan gambar, warna dan huruf, maka suatu daya tarikan yang kuat terhasil.


Imej: Carian Google


Imej: Carian Google


Imej: Carian Google


GAMBAR

Seni itu ada pada kata-kata ataupun pada sekeping gambar. Biarkan gambar berbicara, :) Kepilkan koleksi gambar produk/servis/ilmu anda dengan sedikit touch-up, ia mampu menjadi suatu seni yang menarik! Cuma, jangan sampai sasaran tersalah tafsir dan mendatangkan kerugian kepada pihak kita, :)


Imej: Carian Google

Imej: Carian Google



Boleh juga cipta dialog bagi gambar. Cungkil kreativiti dan tampilkan!

Cetuskan rasa ingin tahu sehingga sasaran ingin tahu dan mahu ambil tahu!

:)


Thursday, 5 September 2013

Pantun Itu Seni

Teks: ain akib


PANTUN OLD SCHOOL

Ketika menulis surat pada rakan sewaktu zaman persekolahan dahulu:




Ketika menulis kad raya. Yang ini paling epik! Wajibalghunnah tulis kat hujung bawah kad raya, :p





Ketika cikgu mula-mula mengajar tentang pantun dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, ini pantun paling glamour, :)




PANTUN NEW SCHOOL


Mak Timah kejar rama-rama,
Jom kita makan sama?

Pak Malau main kompang,
Awak makanlah sorang saya dah kenyang...

Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Allah kan terima

:)


Pantun antara seni warisan budaya Melayu yang digambarkan sebagai tuturkata penyampaian yang sopan. Pantun seringkali diabadikan sebagai penceria suasana dalam sesuatu majlis mahupun sebagai hiburan yang menyelit. Disusun dengan irama hujung yang berulang ataupun yang sama.


VIDEO & PANTUN

Video yang berjaya adalah video yang berusaha mencapai matlamat utamanya. Pantun mampu menguasai golongan sasaran dengan menarik minat dan perhatian mereka. Pantun amat sesuai dimasukkan bagi video yang bertujuan:

  • Santai
  • Inginkan kelainan dalam penyampaian maklumat
  • Menunjukkan sedikit unsur humor


PANTUN ITU PERMAINAN KATA

Namun begitu, struktur ayat dan pemilihan perkataan dalam pantun memainkan peranan yang besar bagi mendatangkan impak yang diingini. 

Kita boleh memilih:

  • Kata yang ringkas, mudah difahami
  • Kata yang berbunga, klasik dan tersirat
  • Kata yang berbaur futuristik, moden, dan elegan
  • Kata yang berkaitan dengan suasana majlis/ program/ organisasi
  • Kata yang membangkitkan rasa ingin tahu
  • Kata yang membina jiwa dan spiritual
  • Kata yang memberi maklumat jelas

Susunan kata, perkataan membentuk ayat akan dapat menyampaikan mesej yang ingin disampaikan. Apabila perkataan yang dipilih adalah sesuai, tepat dan jelas, maka mesej yang diterima juga akan tepat mengenai sasaran dan jelas. 

Kuasa perkataan pada memperkenalkan produk/servis/jenama kita adalah sangat kuat dan merupakan salah satu alat marketing yang terbukti berjaya. Suka saya kongsikan pautan seorang Jutawan Perkataan yang mana setiap patah perkataan yang dikeluarkannya mampu mencetus rasa hormat, ingin tahu dan mudah diterima orang ramai. Tuan Aqif Azizan, salah seorang Pengarah Urusan di Write to Wealth, yang mana kegilaannya bermain dengan kata (menulis) telah berjaya membantu ramai insan mencapai kecemerlangan dalam hidup. Ya, dengan kuasa perkataan dan penulisan. 

Jadi, jangan dipandang remeh walaupun hanya serangkap pantun. Dua kerat, empat kerat, berkerat-kerat, (ehh?? :p), namun kuasanya mampu memukau orang yang membaca dan memberi nilai yang tinggi jika kena pada tempatnya.
 
Usah takut bermain kata bilamana kata-kata itu mampu menaikkan semangat diri sendiri dan orang lain. Kemasukan unsur pantun ini mampu mendatangkan impak yang baik bilamana disesuaikan sebaiknya dengan isi (content) dalam video.

Yang terbaik, mestilah kata-kata yang sering membawa diri kita dan orang lain ke arah yang Allah suka. Tak begitu? Dalam Al-Quran, ayat-ayatnya adalah terdiri daripada tulisan (Bahasa Arab) yakni kalamullah (kalam Allah). Sebagaimana kata-kata Allah ini mampu menenangkan pembacanya, maka impak itulah yang sewajarnya kita tiru dan aplikasikan dalam kehidupan. Agama yang kita warisi ini terlalu cantik dan sempurna bilamana kita cuba untuk mengamalnya secara keseluruhan. Bukan secara picisan-picisan, tetapi secara keseluruhan.

   
Ya Allah *Ya Basit
Kurniakan kami kefasihan lidah berkata-kata
Agar rezeki berkat walaupun sedikit
Serba cukup tanpa meminta


* Ya Basit(Maha Melimpahkan Nikmat)



Pilih dan susun menjadi kata
Pantun diatur tepi radio
Menambah rasa memberi makna
Itulah seni dalam video


Pantun itu SENI.
Indah itu ada pada SENI.


:)


Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...