Sunday 14 July 2013

It's Me!


Teks: ain akib

Alhamdulillah, 
Segala pujian hanya pada pemilik sekalian alam. Salam perkenalan dari saya, Noorul Ain binti Mohd Akib. Lebih dikenali sebagai Ain Akib (akibat ramai insan yang bernama Ain juga). Alhamdulillah, langkah pertama menulis berjaya dimulakan di sini.




LATAR BELAKANG

Tak kenal maka tak cinta kan? Jadi saya lebarkan salam perkenalan dengan taaruf serba sedikit ya. Dibesarkan di Gombak dengan pengenalan alam persekolahan di sana sehingga peringkat menengah bawah (SRK Gombak 2 dan SEMERBAK). Kemudian turun ke selatan tanah air bagi peringkat menengah atas di Muar (SAMURA). Di sinilah saya belajar makan makanan pedas (tempias masakan nogori) dan yang paling tidak dapat dilupakan ialah nasi lemak pagi jumaat di Dewan Makan yang umphh!

Sebaik sahaja tamat SPM, berpatah semula ke arah utara ke Kolej Kurniawan Cheras (KKCS). Setelah satu semester di sana kami semua dipindahkan ke Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) yang baru memasuki semester keduanya ditubuhkan. Memori fenomena Charlie yang melanda bumi KMPk masih lagi segar kerana kedudukannya yang dikelilingi ladang kelapa sawit. Perak bertempat di Gopeng a.k.a Copenhagen bak kata orang lama di sana. 

Kemudian meneruskan lagi langkah kaki ke utara Semenanjung Malaysia, ke bumi Universiti Sains Malaysia (USM). Pusat Pengajian Sains Kimia menjadi school kesayangan dan alhamdulillah dengan izinNya berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia) dengan kepujian. Di Pulau Mutiara inilah saya belajar loghat utara, makan laksa, merempit dengan sopan (hehe..), round island dan banyak lagi.

Pertapaan masih di bumi Minden di bahagian penyelidikan sebagai Pembantu Penyelidik. Kajian berkaitan sains nanologam bagi industri menjadi tumpuan pada ketika itu. Pada masa yang sama bergerak aktif bersama NGO di Pulau Pinang bagi mengasah skill di bidang pengendalian program bersama remaja. Juga pernah berkhidmat sebagai guru ganti di sekolah-sekolah sekitar Pulau Pinang. Walaupun hanya seketika; SMK Haji Zainul Abidin, SMK Hamid Khan dan MRSM Kepala Batas tetap memberikan kenangan terbaik bagi saya menyelami jiwa seorang pendidik.





PENGALAMAN, MINAT DAN KEPAKARAN

1. Berpengalaman dan minat menguruskan program (bahagian admin + slot sebagai trainer/moderator).

2. Berpengalaman mengambil tempahan serta minat membuat dan mengedit video (personal, event dsb). Telah mendalami bidang video bersama Sifu Puan Diyana Tahir dalam Seminar Video Internet Marketing Technology (VIMT) dan Video Mastery Apprentice.

3. Minat menulis, cuma tidak tahu apa yang hendak dikongsi dan kurang keyakinan untuk menulis. Oleh itu saya mengambil langkah mendaftar diri bersama Puan Khairunnisa Hamzah bagi bimbingan eksklusif beliau. :)

Pengalaman berniaga cuma menjual tudung dan powerbank dalam kuantiti kecil secara suka-suka pada rakan sekeliling, hehe.


MATLAMAT

Matlamat Jangka Pendek saya ialah ingin mempromosikan kepakaran mengedit video (peribadi/ promosi bisnes/ korporat/ perkahwinan). Saya juga ingin menulis sesuatu kerana minat dalam penulisan, cuma kurang pasti halatuju penulisan.

Matlamat Jangka Panjang pula ingin menjadi seorang pakar video yang menghasilkan video yang menyentuh hati orang lain dan meninggalkan memori yang indah di samping membantu orang lain menyebarluaskan bisnes mereka melalui video. Saya juga ingin berkongsi kepakaran yang saya ada melalui kelas praktikal dan insyaAllah melalui penerbitan buku. Moga impian saya untuk mempunyai kerjaya freelance (online based) melalui video dan penulisan diizinkanNya.

Post pertama ini dimulakan dengan tulisan, seterusnya video-video yang menarik bakal dikongsi bersama dalam entri yang lain, insyaAllah. Doakan ya, moga Allah beri kekuatan.

:)





No comments:

Post a Comment

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...