Thursday, 5 September 2013

Pantun Itu Seni

Teks: ain akib


PANTUN OLD SCHOOL

Ketika menulis surat pada rakan sewaktu zaman persekolahan dahulu:




Ketika menulis kad raya. Yang ini paling epik! Wajibalghunnah tulis kat hujung bawah kad raya, :p





Ketika cikgu mula-mula mengajar tentang pantun dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, ini pantun paling glamour, :)




PANTUN NEW SCHOOL


Mak Timah kejar rama-rama,
Jom kita makan sama?

Pak Malau main kompang,
Awak makanlah sorang saya dah kenyang...

Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Allah kan terima

:)


Pantun antara seni warisan budaya Melayu yang digambarkan sebagai tuturkata penyampaian yang sopan. Pantun seringkali diabadikan sebagai penceria suasana dalam sesuatu majlis mahupun sebagai hiburan yang menyelit. Disusun dengan irama hujung yang berulang ataupun yang sama.


VIDEO & PANTUN

Video yang berjaya adalah video yang berusaha mencapai matlamat utamanya. Pantun mampu menguasai golongan sasaran dengan menarik minat dan perhatian mereka. Pantun amat sesuai dimasukkan bagi video yang bertujuan:

  • Santai
  • Inginkan kelainan dalam penyampaian maklumat
  • Menunjukkan sedikit unsur humor


PANTUN ITU PERMAINAN KATA

Namun begitu, struktur ayat dan pemilihan perkataan dalam pantun memainkan peranan yang besar bagi mendatangkan impak yang diingini. 

Kita boleh memilih:

  • Kata yang ringkas, mudah difahami
  • Kata yang berbunga, klasik dan tersirat
  • Kata yang berbaur futuristik, moden, dan elegan
  • Kata yang berkaitan dengan suasana majlis/ program/ organisasi
  • Kata yang membangkitkan rasa ingin tahu
  • Kata yang membina jiwa dan spiritual
  • Kata yang memberi maklumat jelas

Susunan kata, perkataan membentuk ayat akan dapat menyampaikan mesej yang ingin disampaikan. Apabila perkataan yang dipilih adalah sesuai, tepat dan jelas, maka mesej yang diterima juga akan tepat mengenai sasaran dan jelas. 

Kuasa perkataan pada memperkenalkan produk/servis/jenama kita adalah sangat kuat dan merupakan salah satu alat marketing yang terbukti berjaya. Suka saya kongsikan pautan seorang Jutawan Perkataan yang mana setiap patah perkataan yang dikeluarkannya mampu mencetus rasa hormat, ingin tahu dan mudah diterima orang ramai. Tuan Aqif Azizan, salah seorang Pengarah Urusan di Write to Wealth, yang mana kegilaannya bermain dengan kata (menulis) telah berjaya membantu ramai insan mencapai kecemerlangan dalam hidup. Ya, dengan kuasa perkataan dan penulisan. 

Jadi, jangan dipandang remeh walaupun hanya serangkap pantun. Dua kerat, empat kerat, berkerat-kerat, (ehh?? :p), namun kuasanya mampu memukau orang yang membaca dan memberi nilai yang tinggi jika kena pada tempatnya.
 
Usah takut bermain kata bilamana kata-kata itu mampu menaikkan semangat diri sendiri dan orang lain. Kemasukan unsur pantun ini mampu mendatangkan impak yang baik bilamana disesuaikan sebaiknya dengan isi (content) dalam video.

Yang terbaik, mestilah kata-kata yang sering membawa diri kita dan orang lain ke arah yang Allah suka. Tak begitu? Dalam Al-Quran, ayat-ayatnya adalah terdiri daripada tulisan (Bahasa Arab) yakni kalamullah (kalam Allah). Sebagaimana kata-kata Allah ini mampu menenangkan pembacanya, maka impak itulah yang sewajarnya kita tiru dan aplikasikan dalam kehidupan. Agama yang kita warisi ini terlalu cantik dan sempurna bilamana kita cuba untuk mengamalnya secara keseluruhan. Bukan secara picisan-picisan, tetapi secara keseluruhan.

   
Ya Allah *Ya Basit
Kurniakan kami kefasihan lidah berkata-kata
Agar rezeki berkat walaupun sedikit
Serba cukup tanpa meminta


* Ya Basit(Maha Melimpahkan Nikmat)



Pilih dan susun menjadi kata
Pantun diatur tepi radio
Menambah rasa memberi makna
Itulah seni dalam video


Pantun itu SENI.
Indah itu ada pada SENI.


:)


No comments:

Post a Comment

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...