Friday, 4 October 2013

Bismillah. Get set. Go!


Teks: ain akib


Imej: Carian Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Dengan nama Allah. Yang Maha Pemurah. Lagi Maha Penyayang.

In The Name of Allah. Most Gracious. Most Merciful.


Kata-kata itu adalah doa.
Jadi, mari mulakan setiap kalam yang keluar dari mulut adalah yang baik kerana ianya adalah doa.
Praktis dan lazimi lidah dengan ucapan yang Allah suka.
Mulakan dengan lazimkan ucapan di atas ini. Ucapannya ringkas. 
Pelaburan 3 saat untuk saham akhirat.


Dengan nama Allah. 
Yang Maha Pemurah. 
Lagi Maha Penyayang. 


Kerana...

Telinga yang paling dekat dengan mulut yang mengucapkan kalimah ini adalah telinga yang paling mendengar dengan jelas.
Terus sampai ke hati.
Mengingatkan kita tentang Robbi.
Dengan sifatnya yang Maha Pemurah.
Dan sifatnya yang Maha Penyayang.
Menghadirkan rasa bertuhan dalam jiwa.
Rasa Allah mengawasi.
Rasa Allah membantu.
Rasa Allah memandu tindak tanduk kita dengan sifat Ar-Rahman yang penuh kasih.
Rasa Allah membimbing kita dengan sifat Ar-Rahim yang penuh sayang.

Peringatan buat diri ini yang selalu lupa.


SIFATNYA SEMPURNA

  • Ya Nafi' (Yang Memberi Manfaat)
  • Ya Awwal (Yang Pertama)
  • Ya Mubdi (Maha Memulai)
  • Ya Fattah (Maha Pembuka)
  • Ya Wahhab (Maha Pemberi)


Ya Nafi' (Yang Memberi Manfaat), Ya Fattah (Maha Pembuka), Ya Mubdi (Maha Memulai)  mudahkan urusan kami, berkati kami..
Ya Wahhab (Maha Pemberi), kurniakan kami rezeki dari jalan yang tidak kami sangkai..
Sesunggunhya Engkaulah Pemberi Nikmat yang Esa..
Ameen..

:)

No comments:

Post a Comment

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...