Wednesday, 20 November 2013

Rasa Hati


Teks: ain akib


Imej: Mukabuku English is Fun



Suatu ketika, kita akan melupakan kelukaan, asbab kita menangis dan siapa yang membuatkan kita merasa sakit. Akhirnya kita akan sedar bahawa rahsia menjadi gembira dan bebas bukanlah dengan membalas dendam, tetapi dengan membiarkan perkara itu berlalu dengan caranya dan masanya yang tersendiri. Kerana, apa yang penting bukanlah pada awalannya, tetapi pengakhiran kisah hidup kita yang menunjukkan betapa cemerlangnya kita berjaya melaluinya.
 
Jadi, tersenyumlah, ketawa, memaafkan, percaya dan sayangilah semuanya semula.

Kehidupan ini adalah suatu perjalanan yang memerlukan kita beradaptasi dengan pelbagai perasaan. Benar, yang paling sukar adalah membiarkan perkara yang tidak disenangi berlalu mengikut rentaknya. 

Sifu saya Puan Diyana Tahir memberi tunjuk ajar agar menghargai kehadiran perasaan itu, menggunakan minda dan emosi dengan cara yang betul dan perlahan-lahan biarkan ia berlalu dengan semulajadi. Sama ada ia akan berlalu serentak dengan berlalunya masa atau ia akan masih di situ buat seketika dan akhirnya akan pergi. Mana-mana pun, itu akan menguatkan kita apabila kita melihat sisi berkahnya. Selebihnya kita serahkan pada Yang Maha Besar untuk menyembuhkan dan memelihara kita. Terima kasih Ya Allah.
 
Perkara yang tidak dapat kita rasai, tidak dapat kita sembuhi.

- eHati -

Akan datang : eHati 2.0

:) 


No comments:

Post a Comment

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...