Teks: ain akib
TAMPIL CANTIK
Siapa yang tak nak cantik?
Bagi
yang ada kereta pasti mahukan keretanya berkilat dan tip-top, baru puas hati
hendak ke sana ke mari. Bagi yang ada kucing pasti mahukan kucing itu sentiasa
kemas, bersih dan comel, baru puas hati boleh bergomol dan bermain dengan
kucing kesayangan. Bermakna, ketrampilan luaran terjaga dan dijaga.
Imej: Carian Google |
Muslimah pun cantik jika dijaga luarannya. Kebersihan diri, kekemasan pakaian, keelokan penampilan dan senyuman ikhlas (kurangkan garam dalam makanan, tambahkan gula dalam senyuman, hehe).
Mudah sahaja untuk jadi cantik kan?
:)
LEBIH CANTIK
Tapi...
Ada lagi TIPS yang boleh jadikan semua itu LEBIH CANTIK.
Kereta akan jadi LEBIH berkuasa.
Kucing akan jadi LEBIH ceria.
Muslimah akan jadi LEBIH gembira.
:)
Bagaimana ya?
Bagaimana ya?
Dengan mencantikkan juga dalaman.
Inner and outer beauty.
Dalaman akan terpancar ke luar.
Bak kata Loreal, kerana dirimu begitu berharga!
Inner and outer beauty.
Dalaman akan terpancar ke luar.
Bak kata Loreal, kerana dirimu begitu berharga!
:)
Bahagian dalam kereta dibersihkan, divakum, nyaman sekali pemanduan.
Kucing dibelai, dipenuhi keperluannya, menjadi manja dan pengasih.
Muslimah diterapkan dengan iman, dibiasakan dengan rasa bertuhan, amanlah dunia.
Iman memandu akhlak.
Iman meraikan pemikiran.
Iman menjernihkan hati.
Cantikkan iman, insyaAllah cantiklah keseluruhannya kita bernama insan.
Hiasi peribadi dengan make up yang Dia suka.
InsyaAllah.
Peringatan buat diri saya yang selalu terlupa.

KATA-KATA HIKMAT ALMARHUM SYEIKH AL-TANTAWI
لايلزم أن تكون وسيما لتكون جميل
Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik
ولا مداحا لتكون محبوبا
Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai
ولا غنيا لتكون سعيدا
Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia
يكفي أن ترضي ربك وهو سيجعلك عند الناس جميلا و محبوبا و سعيدا
Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia
لو أصبت 99 وأخطأت مرة واحدة
Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali
لعاتبوك بالواحدة وتركوا ال 99
Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain
هؤلاء هم البشر !
Itulah hakikat manusia!
و لو أخطأت 99 مرة وأصبت مرة
Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan
لـغفر الله ال 99 وقبل الواحدة
Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu
ذاك هو ربي
Itulah Dia Tuhanku!

No comments:
Post a Comment