Teks: ain akib
KATA ORANG
'Practice makes perfect'
'Kalau ikut orang-orang melayu lama, cukup 44 kali kita sebut, jadilah benda tu nanti'
KATA KEKASIH ALLAH
Tapi, Nabi Muhammad SAW ajar,
'Kata-kata itu adalah doa'
Itu yang sebenarnya.
Allahuakbar.
Senjata mukmin itu dah ada pada diri kita.
Tinggal nak praktik sahaja.
Imej: Carian Google |
MENGELUH DAN MARAH ITU DOA?
'Habit dies hard'
Dah jadi habit.
Dah jadi kebiasaan mengeluh ini. Kadang-kadang tak berniat pun hendak mengeluh tetapi dah terbiasa.
Bila hujan turun,
'Ala, dah hujan,'
'Hujanlah pulak...'
Mengeluh. Doakah?
Lebih kepada luahan rasa tidak puas hati.
Tidak puas hati dengan kejadianNya?
Walhal bagi orang yang kawasannya sudah beberapa hari tidak menerima hujan, amat mengharapkan hujan agar rumput kembali hijau, udara kembali segar. Bukankah setiap kejadian Allah itu adalah rahmat?
'Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah,'
'Allahumma soyyiban nafi'a'
Bila ditimpa musibah, kereta dipotong laluan secara tidak tertib,
'Woi! Gila punya driver! Nak mati ke apa?'
'Kurang ajar betul kereta tu!'
Terkejut dan marah.
Apa yang keluar dari mulut kita adalah gambaran dari hati.
Apabila baik didikan hati, maka baiklah tuturkatanya.
Imej: Carian Google |
Jika kita mulakan dengan mengingati Allah dahulu alangkah baiknya.
'Astaghfirullah... Nasib baik semua selamat,'
'Ya Allah... alhamdulillah tiada apa-apa buruk terjadi. Mungkin Allah nak ingatkan aku supaya lebih berhati-hati,'
Kerana dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang, insyaAllah.
KESAN KATA-KATA
Imej: Carian Google |
'Kata-kata itu doa'
Maka, lahirkanlah kata-kata yang baik.
Kita semua mahukan syurga.
Syurga tempat yang mulia dan indah.
Bahasa syurga juga adalah bahasa yang baik dan indah.
Penuh dengan kasih sayang.
Kita mahukan syurga, jadi mari kita praktis bahasa syurga. Walaupun tidak berapa pandai berbahasa arab (bahasa syurga) tapi kita boleh mulakan dengan praktis lenggok bahasa syurga. Berhemah dan memuliakan.
Sedangkan air yang kita hendak minum, yang berada di hadapan kita pun molekulnya akan terkesan dengan apa yang kita tuturkan di hadapannya, apatah lagi hati-hati manusia, :)
KATA-KATA DAN AIR MINUMAN
Saya kongsikan sedikit ilmu yang disampaikan oleh sahabat saya mengenai air sebagai 'perakam' terbaik. Jika kita perasan, orang selalu baca surah Yaasin depan air yang terbuka penutupnya, bertujuan agar molekul air itu 'merakam' vibrasi dan tenaga positif dari ayat Al-Quran itu. Air ini yang memasuki badan akan bersatu dalam badan, menyampaikan vibrasi dan tenaga yang positif yang baik itu, biiznillah.
Jika kita marah-marah dan mengumpat di hadapan air minum kita, kemudian minum air yang telah 'terakam' aura negatif, reaksi kita juga akan mendapat tempiasnya. Kadang-kadang cepat emosional, sukar menerima ilmu, payah berubah kepada yang lebih baik, itu semua kerana kita sendiri mengundang keburukan ke dalam badan dan diri kita. Na'uzubillah.
Jadi, benarlah ajaran Nabi, mulakan makan minum dengan doa. Mengundang keberkahan buat diri dan seluruh umat Muhammad sebenarnya.
Imej: Carian Google |
Saya juga baru perasan akan perkara ini, menarik bukan?
Mari kita sama-sama fikir yang baik, berkata yang baik, bertindak yang baik kerana ini semua akan menarik perkara yang baik kembali, insyaAllah. Yang lebih penting, semua yang baik ini Allah suka, :)
No comments:
Post a Comment