Teks: ain akib
HADIAH DARIPADA PEMBERI MASA
Hadiah daripada Allah hari ini.
Alhamdulillah.
Terima kasih Ya Allah..
Terima kasih Ya Allah..
Anugerah duduk berteleku sementara menunggu masuknya waktu Solat Maghrib.
Sudah lama tidak dilakukan, selalunya hanya setelah usai azan berkumandang barulah bersedia untuk sujud padaNya.
Allah..
Terasa kerdil..
Allah yang menggerakkan agar wujudnya kesatuan hati, pemikiran dan anggota untuk diisi waktu itu dengan bacaan Al-Quran dan muhasabah, merenung kembali kurniaanNya.
Satu rasa yang luarbiasa lain ketika waktu itu Allah mengizinkan hambaNnya ini bercinta denganNya.
Satu rasa yang luarbiasa lain ketika waktu itu Allah mengizinkan hambaNnya ini bercinta denganNya.
MasyaAllah..
Luarbiasa best!
Terasa panggilan lembut Ya Rauuf (Maha Mengasihi) untuk dekat padaNya.
Terasa Ya Wadud (Maha Penyayang) membuka ruang untuk berbicara denganNya.
Terasa Ya Basir (Maha Melihat) masih ingin hamba faqir ini berada di bawah pandangan rahmatNya.
USAI DAHULU
Terus terimbau zaman di mana rasa di atas ini adalah rasa yang manis dan mudah dirasakan pada zaman menuntut ilmu dahulu.
Di bumi Minden, dikelilingi oleh bidadari-bidadari syurga yang matlamat kami sama semuanya.
Ingin menarik redhaNya tatkala membentuk diri menjadi muslimah yang solehah.
Menghidupkan surau di Desa Gemilang dengan aktiviti ilmiah, bergilir menjadi imam dan makmum, belajar berkongsi tugas dan tazkirah, serta lawatan suka rasa ke bilik teman-teman dan senior-senior.
Allah! Rindu!
Terima kasih Kakak-kakak senior yang disayangi Allah dan dikasihi Nabi. Kak Sham, Kak Solehah, Kak Syikin, Kak Sabariah, Kak Aimi, Kak Khaironi, Kak Suraya, Kak Fazilah. Geng Gemilang yang sempoi Yana, Aini, Huda, Su, Hana, Aza, Maya dan ramai lagi.
Tarbiyah yang menjadi asas untuk kekuatan pada hari ini dan akan datang sebenarnya.
Terima kasih Ya Allah atas anugerah teman-teman yang tidak ternilai.
HARI INI
Berita mengenai hukuman mati oleh mahkamah di Mesir ke atas 529 orang penyokong Presiden Muhammad Morsi (Ikhwanul Muslimin). Untungnya mereka kerana menegakkan kebenaran yang haq dan menghalang yang batil. Pandangan Allah diutamakan, melangkau pandangan manusia. Moga syahid itu milik mereka, Allah..
Imej: FB Green Project |
Imej: FB Viva Palestinia Malaysia |
Sebuah lagi ialah berita pengakhiran perjalanan pesawat Malaysian Airlines MH370 di Selatan Lautan Hindi, setelah 17 hari dari tarikh disahkan hilang dari jejak radar, yang membawa 239 orang penumpang. Walaupun banyak spekulasi terhasil, sebagai Mukmin yang beraqidah sejahtera, keyakinan yang tinggi kepada Ya Rabbul 'Izzati tetap perlu didahulukan sebelum menuding jari mencari punca dan musabab. Itulah indahnya Islam. Tertib dan pegangan masih dalam pasakan kebergantungan pada Ilahi. Kerana Dia Malikul-Mulk (Maha Pemilik Kekuasaan).
Imej: Carian Google |
Bagaimana dengan kita selaku di luar daripada intipati berita di atas?
Hikmah yang diperolehi amat banyak kerana satu persatu Allah menunjukkan kuasaNya yang mana jelas membuktikan keterbatasan akal dan minda kita sebenarnya.
Kembali menyedari hakikat di mana kuasa Allah Yang Maha Kaya itu tiada had, mengembalikan kita kepada letak duduk kita sebagai insan yang memerlukan pertolongan, panduan dan rahmatNya. Setiap masa. Setiap saat.
Suburkan rasa bertuhan.
Sama-sama kita meneliti apa yang Dia suka untuk kita meraih redhaNya.
Buat diri yang menulis ini khususnya.
Peliharalah kami dalam jagaanMu Ya Allah..
Peliharalah saudara-saudara kami di Mesir dan Lautan Hindi agar sentiasa dalam jagaanMu juga Ya Robb..
Engkaulah sebaik-baik Penjaga Ya Muqit (Maha Menjaga)..
No comments:
Post a Comment