Teks: ain akib
Saya kongsikan tips yang sahabat saya kongsikan mengenai fungsi muzik dan jenis lagu ketika dalam sesuatu program.
FUNGSI MUZIK
Imej: Carian Google |
Dua fungsi utama muzik:
- Mengubah keadaan minda (state of mind)
- Mengubah suasana (surrounding)
Sebab itulah ada terapi yang menggunakan muzik sebagai salah satu alat bantu yang berjaya, seperti Terapi eHati, :)
JENIS LAGU
Terdapat empat jenis lagu yang digunakan sewaktu program:
1- Rentak tinggi dan cepat (high and fast beat)
- Sesuai untuk pengenalan (introduction/ ice breaking)
- Bertujuan untuk mengubah keadaan sejuk ketika mula program ke keadaan panas bagi menerima pengisian program.
- Membangkitkan mood sasaran dan stimulasikan respon sasaran.
- Contoh: Mr. Saxobeat - Alexandra Stan
2- Rentak klasik atau instrumental
- Sesuai untuk slot yang memerlukan sasaran fokus kepada sesuatu aktiviti berbentuk peribadi seperti menulis, menyelami jiwa dsb.
- Mewujudkan suasana tenang.
- Contoh: Pot The Elegance of Pachelbel - Serenade
3- Rentak perlahan seperti jazz
- Mempunyai lirik dan dimainkan secara perlahan
- Sesuai untuk mewujudkan sharing
- Contoh: Fly Me to The Moon - Frank Sinatra
4- Nada tinggi (high tone)
- Mempunyai 1 boom tinggi
- Sesuai untuk sasaran keluar dari tempat program
- Menaikkan tenaga sasaran semula selepas tamat program daripada keletihan atau kesimpulan program yang agak sedih.
- Contoh: Lets Get Loud - Jennifer Lopez
JENIS LAGU DALAM VIDEO
Bergantung kepada objektif video.
Imej: Carian Google |
Video promosi/iklan
- Bersesuaian dengan tema yang ingin dibawa
- Bersesuaian dengan produk/servis
- Bersesuaian dengan grafik
Video event
- Bersesuaian dengan mood yang ingin dibangkitkan
- Abadikan memori dengan lagu tema event
Video presentation
- Bersesuaian dengan mood yang ingin dibangkitkan kepada sasaran
- Bersesuaian dengan tema yang ingin dibawa
- Bersesuaian dengan grafik
Akhirnya, pastikan pilihan lagu atau muzik kita di dalam video atau program mahupun untuk halwa telinga kita adalah lagu yang baik. Kerana deria bunyi juga adalah komponen yang membentuk diri kita, jika baik bahan yang memasukinya, insyaAllah baiklah hasilnya.
Biiznillah.
:)
No comments:
Post a Comment