Tuesday, 1 October 2013

Review: INTENSIF TERAPI eHATI; Transformasi Hati Penyembuhan Jiwa


Teks: ain akib


Imej: FB INTENSIF TERAPI eHATI

 
Buat dirimu yang istimewa,
Hadirmu ke dunia ini adalah tanda bahawa dirimu itu penting.
Bergembira dan berbahagialah menjadi dirimu yang sesungguhnya. 
Penuh cinta dan belas kasih buat sekalian alam.
-eHati

:)


Bertitik tolak dari perbualan bersama Sifu saya, Puan Diyana Tahir dan bersama beberapa orang sahabat (Kak Zaama, Kak Zura, Lin) pada pertengahan tahun ini, kami begitu teruja untuk menghadiri satu program menyelami jiwa yang bakal dikelolakan oleh Puan Diyana. Tertariknya saya adalah setelah saban masa mengikuti post-post beliau di mukabuku yang saya kira datangnya terus dari hati beliau yang terdalam, bagaikan tertarik untuk sama-sama merasai apa yang telah beliau temui dan rasai. Maka, alhamdulillah dengan izinNya, saya berada dalam Intensif eHati; Transformasi Hati dan Penyembuhan Jiwa pada 27-29 September 2013 yang lalu di Kuala Lumpur.


MENGAPA PERGI?

Antara matlamat saya pergi adalah untuk mendalami bagaimana untuk mengawal salah satu sifat yang ada pada diri saya yang kadang-kadang mendatangkan cabaran buat diri saya. Sifat ini mampu menjadikan saya seperti seorang raksasa (hideous monster, hoho..) yang saya sendiri sedar yang saya amat tidak suka. Senang-senangkan diri melayari entri saya Mengapa Kasar Sayang? :) 

Saya mendaftar tanpa berfikir panjang setelah promosi eHati dibuka. 
Saya setkan dalam minda hendak pergi untuk menimba ilmu, tetapi perkara lain yang saya perolehi. 
Di luar jangkaan saya. 
Ohh.


DARI HATI KEPADA HATI

Teringat pepatah Arab dari seorang senior saya:
"Sampaikan dari hati, nescaya akan menawan hati orang lain"


Alhamdulillah.
Di luar jangkaan saya. Allah Ya Karim (Maha Pemurah) menghadiahi saya suasana, perkongsian sahabat-sahabat dan guru-guru yang mendatangkan seribu satu hikmah buat diri ini. Dengan kasih dan sayang Pencipta, Ya Rahman Ya Rahim, yang meniti di bibir kita berpuluh kali dalam sehari, Allah izinkan pertemuan insan-insan terpilih ini melalui suatu proses mengenali dan menyedari suatu perkara. Hakikat di mana kita perlu menerima diri kita dahulu sebelum kita belajar menerima selainnya. Terima kasih Ya Allah mengizinkan proses yang dialami dan dirasai oleh hati dan jiwa kami ini dalam keadaan yang terbaik, secara berjemaah. :)

Hidup kita sering dikelilingi dengan prasangka (assumption), penghukuman (judgement), jangkaan (expectation) yang mana semua ini membentuk persepsi kita. Tetapi bilamana kita cuba mengubah persepsi kita ini untuk melihat sisi barakah.... Allahuakbar! Hanya dengan mengubah sedikit tempat duduk kita memandang sesuatu, kita dapat rasakan kasih Allah yang melimpah ruah. TeguranNya yang penuh lembut, belaian yang penuh hikmah mengajar kita semua yang baik dan positif, menenteramkan hati. Ya betul, bilamana hati itu berjaya kita didik dengan perkara yang baik, maka, hasil yang keluar dari tubuh yang memiliki hati itu pun yang baik-baik sahaja. Pemikiran, tindakan dan kata-kata.. MasyaAllah.. :)

Bahagia itu ada.
Cara mencapainya juga ada.
Terima diri kita seadanya. 
Berhadapanlah dengan sisi buruk kita. 
Sedari kehadirannya dan layani ia. 
Itu adalah sebahagian daripada siapa kita.

 
~THINGS YOU CAN'T FEEL, YOU CAN'T HEAL~


Saat-saat terindah bersama peserta Intensif Terapi eHATI

Kredit: Puan Diyana Tahir 


  
TARBIYAH HATI

Terima kasih Ya Wahhab (Maha Pemberi), memberi aku faham bahawa hidup ini adalah satu perjalanan menuju kesedaran. Bukanlah termaktub dan telah terpattern begitu sahaja hidup ini semata bangun, makan, kerja, tidur. Tetapi jalan bahagia itu ada di celahan perjalanan itu yang mengindahkan hari-hari seorang khalifahMu.

Terima kasih Ya Razzaq (Maha Pemberi Rezeki), mengajar aku erti syukur. Mulakan dengan mensyukuri apa yang telah Engkau anugerahkan pada tubuh badan ini sendiri, nikmat terindah dan terbaik yang telah Engkau ciptakan Ya Khaliq (Maha Pencipta), tiada cacat celanya kerana Engkau menciptakan aku dengan penuh kasih sayang dan cinta. Mana mungkin hasilnya adalah biasa-biasa tetapi luarbiasa!

Terima kasih Ya Sami' (Maha Mendengar), menemukan aku dengan hamba-hambaMu yang turut sama mencari sesuatu yang mendekatkan kami kembali kepadaMu. Mengapa kembali kepadaMu? Kerana hakikatnya fitrah kami adalah daripadaMu dan kepadaMu jualah tujuan kami. Patuh kepadaMu dan ekoran itulah kurniaan ketenangan dariMu Engkau hadiahkan sebagai balasan.

Terima kasih Ya Wadud (Maha Mengasihani) mengurniakan aku guru-guru yang berhempas pulas mempersiapkan diri dan menyediakan yang terbaik buat pelajar-pelajarnya. Juga menganugerahkan aku sahabat-sahabat yang sudi berkongsi rasa menjadikan kami saling memahami dan merasai. Seterusnya terjalin ukhuwah antara hamba-hambaMu yang saling sentiasa memerlukan kepada peringatan dan sokongan. Terima kasih Ya Robb.


Imej: Terima kasih Kak Mastura, :)


Perjalanan yang indah, yang amat menguntungkan! Sesiapa sahaja yang berpeluang saya sarankan untuk bersama selami rasa di Intensif eHati; Transformasi Hati dan Penyembuhan Jiwa ini. 
Alami dan rasai sendiri.
Indescribable.
:)

Puan Diyana Tahir dan Puan Zuvina Ali, moga Allah terus beri kekuatan untuk berbagi dan berkongsi dengan kami, juga pelajar-pelajar yang seterusnya. Hanya Allah yang layak mengurniakan ganjaran. Doakan juga kami, menyebarkan manfaat bahagia yang kami perolehi untuk saham akhirat kita semua, insyaAllah. 
Senyum-senyum Sahaja! :)


"Di sini senang, di sana senang, di mana-mana hatiku senang" :p

No comments:

Post a Comment

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...