Friday 28 March 2014

Gembira Menjemput Bahagia


Teks: ain akib


GEMBIRA

Antara perkara-perkara yang boleh membuatkan kita gembira:

 
Imej: Carian Google



Mendengar deruan enjin yang lancar setelah diservis. 

Tiada lagi bunyi 'screech' yang membingitkan.
Pijakan brake juga selesa dan sopan, hehe.
Terasa pemanduan lancar dan bebas dari gangguan dan ketidakselesaan. 
Wahh!! Sangat best!  


Mendapat panggilan dari sahabat lama yang bertahun-tahun tidak bersua. 

Seraya melihat nama sahabat itu tertera di skrin telefon bimbit, itu sudah cukup untuk menimbulkan rasa gembira! Walaupun pada masa yang sama, hati tertanya-tanya,

'Betulkah Shila telefon aku ni?'

Namun, apabila bermulanya sahaja perbualan, sudah tersemat nada gembira dan ceria. Hanya beberapa minit berbual dapat menceriakan hari!

 
Imej: Carian Google



Menyelesaikan sesuatu tugas dengan baik dan sempurna adanya. 

Ganjaran rasa kepuasan yang Allah beri tiada tolok tandingnya.
Hatta melakukan perkara yang dibuat sehari-hari.
Apatah lagi apabila melakukan perkara yang kita telah lama target untuk disiapkan.

Perkara mingguan seperti menyelesaikan proses pengurusan pakaian. Dari membasuh pakaian, menjemurnya, mengangkatnya sehingga menyimpannya atau menyeterikanya. Walaupun itu rutin mingguan, namun jika kita laksanakan dengan gembira, sambil mendengar muzik atau mendengar buah ilmu, atau lakukan bersama-sama ahli keluarga sambil bertukar cerita, juga ada keseronokannya. 

Pelbagaikan suasana agar rutin mengemas itu tidak membosankan. 
Tugas akan selesai tanpa kita sedari!


Menggembirakan orang lain dengan menyempurnakan hajat orang lain.

Pernah seorang sahabat saya yang menuntut ilmu di luar negara berkongsikan satu tips bagaimana untuk cemerlang dalam pelajaran. Beliau mengatakan bahawa beliau banyak membantu orang ketika beliau berada di sana. Memenuhi hajat orang katanya walhal aktiviti mengulangkaji pelajarannya tidaklah sehebat mana untuk melayakkan beliau bergraduasi dengan cemerlang. Namun itulah yang diperolehi beliau, keputusan yang cemerlang dan membanggakan.

Bagaimana mungkin begitu?

Itu adalah kisah yang diceritakan sahabat saya lebih kurang 6 tahun dahulu.
Namun, baru sekarang saya faham akan kisahnya itu.

Memudahkan urusan orang lain sebenarnya adalah jalan yang diberi Allah untuk jalan kita dipermudahkanNya.
Apabila kita menghulurkan bantuan kepada rakan yang di dalam kesusahan, membantu menyelesaikan kesulitan saudara-mara, meminjamkan sedikit masa buat anak kecil yang ingin belajar, memerah sedikit keringat dan minda untuk sahabat meneruskan jalan kehidupannya, itu semua adalah peluang dan jalan sebenarnya.

Selari dengan ajaran Islam.
Penuhi diri dan tindakan dengan sifat mulia, nescaya Allah akan memberi lebih daripada yang kita sangka dan melalui jalan-jalan yang kita tidak sangka.

Ini yang sukar dan selalu kita salah interpretasikan.
Kejayaan kita bukan datang kerana usaha kita semata-mata tapi sejauh mana kita berusaha juga memelihara hubungan kita sesama manusia.

Hablumminallah.
Hablumminannas.

Hubungan kita dengan Pencipta.
Hubungan kita dengan insan.

Dua perkara ini seiringan.

Imej: Carian Google


Jika kita hanya menjaga diri dan keluarga, menjaga hubungan ibadah kita dengan Allah, namun tidak menjaga hubungan kita dengan orang sekitar, sedikit sebanyak tugas kita masih belum sempurna dari tujuan asal kita dijadikan.

Tugas khalifah yang memakmurkan bumi Allah ini belum tercapai.
Suka atau tidak, masyarakat itulah antara komponen besar yang perlu kita raikan juga.
Komponen yang membentuk kita sebagai insan dan khalifah.


KESAN GEMBIRA

Perkara yang menggembirakan ini dapat memangkinkan rembesan hormon serotonin yang mampu membaiki suasana hati kita. 
Kemudian turut membaiki cara pandang dan sangkaan kita yang seterusnya.
Sangkaan yang baik akan mengundang perkara yang baik, biiznillah.
Bersangka baik dengan Pemberi Rezeki sebenarnya bukan?
:)

Semoga kehidupan anda dan kehidupan saya menjadi lebih gembira selepas membaca tips-tips di atas. 
Mari sama-sama menjadi seorang yang gembira dan menggembirakan.
Menjadi seorang yang bahagia dan membahagiakan.
:)


Tuesday 25 March 2014

Masa Itu Dalam HitunganNya


Teks: ain akib


HADIAH DARIPADA PEMBERI MASA

Hadiah daripada Allah hari ini.
Alhamdulillah. 
Terima kasih Ya Allah.. 

Anugerah duduk berteleku sementara menunggu masuknya waktu Solat Maghrib.
Sudah lama tidak dilakukan, selalunya hanya setelah usai azan berkumandang barulah bersedia untuk sujud padaNya.
Allah..
Terasa kerdil..
Allah yang menggerakkan agar wujudnya kesatuan hati, pemikiran dan anggota untuk diisi waktu itu dengan bacaan Al-Quran dan muhasabah, merenung kembali kurniaanNya.

Satu rasa yang luarbiasa lain ketika waktu itu Allah mengizinkan hambaNnya ini bercinta denganNya. 
MasyaAllah.. 
Luarbiasa best! 

Terasa panggilan lembut Ya Rauuf (Maha Mengasihi) untuk dekat padaNya.
Terasa Ya Wadud (Maha Penyayang) membuka ruang untuk berbicara denganNya.
Terasa Ya Basir (Maha Melihat) masih ingin hamba faqir ini berada di bawah pandangan rahmatNya.


USAI DAHULU

Terus terimbau zaman di mana rasa di atas ini adalah rasa yang manis dan mudah dirasakan pada zaman menuntut ilmu dahulu.
Di bumi Minden, dikelilingi oleh bidadari-bidadari syurga yang matlamat kami sama semuanya.
Ingin menarik redhaNya tatkala membentuk diri menjadi muslimah yang solehah.
Menghidupkan surau di Desa Gemilang dengan aktiviti ilmiah, bergilir menjadi imam dan makmum, belajar berkongsi tugas dan tazkirah, serta lawatan suka rasa ke bilik teman-teman dan senior-senior.
Allah! Rindu!

Terima kasih Kakak-kakak senior yang disayangi Allah dan dikasihi Nabi. Kak Sham, Kak Solehah, Kak Syikin, Kak Sabariah, Kak Aimi, Kak Khaironi, Kak Suraya, Kak Fazilah. Geng Gemilang yang sempoi Yana, Aini, Huda, Su, Hana, Aza, Maya dan ramai lagi.
Tarbiyah yang menjadi asas untuk kekuatan pada hari ini dan akan datang sebenarnya.
Terima kasih Ya Allah atas anugerah teman-teman yang tidak ternilai.


HARI INI

Berita mengenai hukuman mati oleh mahkamah di Mesir ke atas 529 orang penyokong Presiden Muhammad Morsi (Ikhwanul Muslimin). Untungnya mereka kerana menegakkan kebenaran yang haq dan menghalang yang batil. Pandangan Allah diutamakan, melangkau pandangan manusia. Moga syahid itu milik mereka, Allah..


Imej: FB Green Project

Imej: FB Viva Palestinia Malaysia
 
Sebuah lagi ialah berita pengakhiran perjalanan pesawat Malaysian Airlines MH370 di Selatan Lautan Hindi, setelah 17 hari dari tarikh disahkan hilang dari jejak radar, yang membawa 239 orang penumpang. Walaupun banyak spekulasi terhasil, sebagai Mukmin yang beraqidah sejahtera, keyakinan yang tinggi kepada Ya Rabbul 'Izzati tetap perlu didahulukan sebelum menuding jari mencari punca dan musabab. Itulah indahnya Islam. Tertib dan pegangan masih dalam pasakan kebergantungan pada Ilahi. Kerana Dia Malikul-Mulk (Maha Pemilik Kekuasaan).


Imej: Carian Google

Bagaimana dengan kita selaku di luar daripada intipati berita di atas?

Hikmah yang diperolehi amat banyak kerana satu persatu Allah menunjukkan kuasaNya yang mana jelas membuktikan keterbatasan akal dan minda kita sebenarnya.
Kembali menyedari hakikat di mana kuasa Allah Yang Maha Kaya itu tiada had, mengembalikan kita kepada letak duduk kita sebagai insan yang memerlukan pertolongan, panduan dan rahmatNya. Setiap masa. Setiap saat.

Suburkan rasa bertuhan.
Sama-sama kita meneliti apa yang Dia suka untuk kita meraih redhaNya.
Buat diri yang menulis ini khususnya.

Peliharalah kami dalam jagaanMu Ya Allah..
Peliharalah saudara-saudara kami di Mesir dan Lautan Hindi agar sentiasa dalam jagaanMu juga Ya Robb..
Engkaulah sebaik-baik Penjaga Ya Muqit (Maha Menjaga)..  



Thursday 20 March 2014

Video Promosi: Seminar Jutawan Hartanah


Teks: ain akib


VIDEO PROMOSI: SEMINAR JUTAWAN HARTANAH

TUAN NAZARRUDIN BAHAROM (Nazajutawanhartanah)



Link youtube:




Tuesday 11 March 2014

Komunikasi Berjaya Melalui Video


Teks: ain akib


Komunikasi Dua Hala

Komunikasi melibatkan hubungan antara satu pihak dengan satu pihak yang lain. Minimanya adalah dua pihak manakala maksimum tiada hadnya.


Imej: Carian Google


Perlu ada pihak yang memberi atau menyampaikan mesej manakala satu pihak lagi adalah pihak yang menerima mesej itu dan memberi tindakbalas. Maka, berlakulah sesi komunikasi yang berjaya.

Jika kedua-dua pihak ingin sama-sama memberi TANPA menerima, maka berlakulah sesi satu hala yang mampu mewujudkan salah faham dan boleh membawa kepada pergaduhan. Komunikasi tidak berjaya kerana kedua-dua pihak tidak memainkan peranan yang sepatutnya.


Komunikasi Dalam Video

Sama juga seperti muka bertemu muka (face-to-face) namun dalam versi yang telah dirakam terlebih dahulu, :)

Komunikasi yang dibuat dengan persediaan rapi dari susunatur kata, gerak laku pembicara dan efek yang ingin diberikan kepada pihak yang menonton video itu.

Pilihannya luas.
Kita boleh memilih untuk menggabungkan mana-mana elemen yang kita mahukan.

  • Lisan dan efek bunyi
  • Efek imej dan lisan
  • Efek imej dan efek bunyi
  • Ketiga-tiganya sekali

Gabungan ketiga-tiga elemen ini dapat menarik perhatian golongan visual, auditori dan kinestatik. Kejelasan mesej pula dapat menarik perhatian golongan digital.

Mudah bukan?
Untuk menguasai keempat-empat golongan  penonton ini.
Hanya melalui satu medium.
Video.


Kesan Komunikasi Berjaya


Imej: Carian Google

Pentingnya kita memahami sifat penonton kerana mereka adalah sasaran kita. Yang penting, kita ingin kongsikan sesuatu yang bermanfaat dan bernilai ibadah. 

Belajar memahami kehendak dan keperluan penonton merupakan satu nilai tambah.
Memudahkan kita menembusi tembok pemahaman dan penerimaan sasaran.
Menguntungkan!
:)



Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...