Friday 24 January 2014

Cantik Sangat!


Teks: ain akib


TAMPIL CANTIK
 
Siapa yang tak nak cantik?
Bagi yang ada kereta pasti mahukan keretanya berkilat dan tip-top, baru puas hati hendak ke sana ke mari. Bagi yang ada kucing pasti mahukan kucing itu sentiasa kemas, bersih dan comel, baru puas hati boleh bergomol dan bermain dengan kucing kesayangan. Bermakna, ketrampilan luaran terjaga dan dijaga.


Imej: Carian Google


Muslimah pun cantik jika dijaga luarannya. Kebersihan diri, kekemasan pakaian, keelokan penampilan dan senyuman ikhlas (kurangkan garam dalam makanan, tambahkan gula dalam senyuman, hehe).
Mudah sahaja untuk jadi cantik kan?
:)


LEBIH CANTIK

Tapi...

Ada lagi TIPS yang boleh jadikan semua itu LEBIH CANTIK. 
Kereta akan jadi LEBIH berkuasa.
Kucing akan jadi LEBIH ceria.
Muslimah akan jadi LEBIH gembira.
:)

Bagaimana ya?

Dengan mencantikkan juga dalaman.
Inner and outer beauty.
Dalaman akan terpancar ke luar.

Bak kata Loreal, kerana dirimu begitu berharga!
:)

Bahagian dalam kereta dibersihkan, divakum, nyaman sekali pemanduan.
Kucing dibelai, dipenuhi keperluannya, menjadi manja dan pengasih.
Muslimah diterapkan dengan iman, dibiasakan dengan rasa bertuhan, amanlah dunia.

Iman memandu akhlak.
Iman meraikan pemikiran.
Iman menjernihkan hati.

Cantikkan iman, insyaAllah cantiklah keseluruhannya kita bernama insan.
Hiasi peribadi dengan make up yang Dia suka.
InsyaAllah.

Peringatan buat diri saya yang selalu terlupa.

Imej: Carian Google


KATA-KATA HIKMAT ALMARHUM SYEIKH AL-TANTAWI
 

لايلزم أن تكون وسيما لتكون جميل
Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik

ولا مداحا لتكون محبوبا
Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai

ولا غنيا لتكون سعيدا
Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia

يكفي أن ترضي ربك وهو سيجعلك عند الناس جميلا و محبوبا و سعيدا
Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia

لو أصبت 99 وأخطأت مرة واحدة
Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali

لعاتبوك بالواحدة وتركوا ال 99
Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain

هؤلاء هم البشر !
Itulah hakikat manusia!

و لو أخطأت 99 مرة وأصبت مرة
Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan



لـغفر الله ال 99 وقبل الواحدة
Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu

ذاك هو ربي
Itulah Dia Tuhanku!




Thursday 16 January 2014

Tingkatan 3 Dahulu


Teks: ain akib


SEKOLAH RENDAH DAHULU

Zaman sekolah tidak perlu berfikir banyak. Cuma ikut rutin harian. Ke sekolah, bermain, berkawan, buat kerja sekolah, tidur. Begitulah selama bertahun-tahun meniti usia di peringkat sekolah rendah. 

Pernah juga meninggalkan memori indah. Pergi beraya di rumah Guru dengan menaiki bas dan teksi, bermastautin di rumah kawan selepas habis latihan rumah sukan dan makan masakan umminya (setiap minggu ada anak tambahan ini datang bertamu, hehe), bergilir study group di rumah kawan sambil buat maggi goreng, bertugas menjaga buku latihan ahli kelas dan banyak lagi.


SEKOLAH MENENGAH DAHULU

Meningkat dewasa, semakin celik dengan dunia luar. Mula pandai ke sana ke mari dengan rakan-rakan. Sekolah kami dikategorikan sebagai pinggir bandar kerana bersebelahan dengan Kuala Lumpur. Bukan budak bandarlah nampaknya, hehe. Memandangkan kelas sewaktu Tingkatan 2 terletak bersebelahan dan menghadap Highway Karak, kami (saya dan rakan meja, Azrin) yang duduk di baris terakhir kelas bersebelahan dengan tingkap, kerap menjalankan aktiviti mengira kereta yang lalu di highway ketika mengantuk dalam sesi pembelajaran, hehe. Contoh yang tidak elok untuk diikuti walaupun lebih baik daripada terlena, :p.

Jamuan kelas pula pernah dibuat di Taman Tasik Titiwangsa dan McDonalds Jalan Pahang. Bertukar hadiah di penghujungnya. Berjalan-jalan sekitar KLCC adalah antara aktiviti yang dikira menarik pada penghujung 90-an sambil belajar menggunakan pengangkutan awam Transit Aliran Ringan (LRT).


Imej: 3 Jayz (daripada koleksi Azrin)



SOLAT HAJAT

Antara memori terbaik yang dapat saya kongsikan bersama ialah amalan yang diterapkan pada kelas kami sewaktu di Tingkatan 3 Jaya dahulu. Terima kasih Ustazah Ngaedah kerana membimbing kami menjadi insan yang bersyukur dan luarbiasa walaupun kami daripada sekolah harian biasa di pinggir bandar yang boleh dilihat jika melalui DUKE ke MRR2, :p. 

Setiap kali waktu rehat (sesi persekolahan pagi pada waktu itu), ustazah melatih kami sekelas untuk menunaikan solat hajat berjemaah memandangkan kami bakal menduduki peperiksaan PMR pada tahun itu. Bersama juga adalah sahabat-sahabat dari kelas lain yang ingin turut serta. Muslimin di bahagian luar surau dan muslimat di bahagian dalam surau. Di situ kami belajar bergilir menjadi imam dan makmum dan mengatur masa untuk makan, sehinggakan kadang-kadang berkelah sahaja di tepi surau, :)


Imej: 3 Jayz (daripada koleksi Azrin)

Terima kasih Ya Allah, :)


SUBJEK KILLER

Imej: Nota Sejarah yang dijumpai selepas 14 tahun


Nota sejarah ini mengingatkan kembali kepada Guru Sejarah kami, Puan Umi. Jika kelihatan ahli kelas giat membaca dan menghafal buku teks sebelum masuk guru subjek itu, maka Sejarahlah subjeknya. Manakan dapat dilupa, sebaik sahaja masuk guru Sejarah kami, berdirilah kami dengan penuh saspen sehingga dapat menjawab mana-mana soalan yang diberi. Jika tidak, rotan panjang dengan bunyi libasannya yang gerun menanti. 

Setelah dihitung, antara libasan rotan panjang, dipulas telinga, dentuman suaranya dan pembaris panjang, maka suaranyalah yang paling kami rindui. Satu-satunya guru yang garang tetapi ada manisnya, :). Dek kerana kegarangan Puan Umi dan kenakalan kami yang terkadang mendengar kata dan terkadang naik kepala itulah, alhamdulillah semua skor A bagi subjek Sejarah (kan korang?). Alhamdulillah.


TERIMA KASIH SAHABAT
 
Jejak kasih menerusi Friendster, kemudian berevolusi menerusi Mukabuku, dan terkini Whatsapp, membolehkan kami bersua di alam maya dan berkongsi cerita. Ukhuwah kembali bertaut dan alhamdulillah menjadi medan komunikasi yang berguna dan bermanfaat, :)

Ya Mujeeb, pelihara dan berkatilah kehidupan kami, keluarga kami, sahabat-sahabat kami, saudara-mara kami, jiran tetangga kami agar semuanya tetap berada dalam redhaMu..
Ameen..
Kembali menjejaki rumah-rumah sahabat di sekitar Gombak, ada yang telah berhijrah ke negeri lain dan tidak kurang masih di sekitarnya. Apa pun, mereka inilah yang telah bersama membentuk diri ini menjadi siapa diri ini sekarang. Terima kasih korang, :)

Gombak memang best.
Ehh??
:)


Wednesday 15 January 2014

Sollu 'alan Nabiy


Teks: ain akib
 

اللهم صلى على سيدنا محمد


Insan mulia.
Digelar dengan semulia-mulia gelaran, Kekasih Allah (Habibullah).
Itulah Rasulullah SAW.

Teringat tazkirah yang pernah dikongsikan bersama adik-adik SMK Putri Ampang, Kuala Lumpur. Rasulullah ternanti-nanti umatnya untuk diberikan syafaat kelak. Antaranya, sebelum kita meniti titian siratulmustaqim, baginda menanti lidah-lidah yang sentiasa menyambut nama mulia baginda dengan kalimah Sollalluhu 'alaihi Wasalam (SAW). Kalimah pendek yang tersirat penuh dengan kasih sayang baginda. Masih mahu baginda membantu umatnya yang banyak khilaf ini untuk mudah ke syurga Allah SWT. MasyaAllah... Akhlak dan peribadi tinggi, setinggi namanya Muhammad, Yang Terpuji.

Ada dua video klip yang ingin saya kongsikan bersama sahabat-sahabat pembaca yang dikasihi Allah dan disayangi Nabi sekalian, :)

Tidak rugi menonton dua video ini kerana sambil itu mulut kita akan turut bersama berselawat ke atas junjungan mulia baginda Muhammad SAW dan merupakan bahan ilmiah berdasarkan apa yang dipertontonkan di dalamnya, insyaAllah. :)


1) YA NABI SALAMUN 'ALAIK - MAHER ZAIN

Saya amat tertarik dengan video klip Maher Zain bagi lagunya yang bertajuk ' Ya Nabi Salamun 'Alaik' (يا نـَبىّ سَلام عَلـَيكَ). Terdapat beberapa babak menunjukkan dia memberi surat cinta kepada orang-orang yang ditemuinya. 


Imej: Carian Google


Dan yang teristimewa, surat itu tertulis,


صلى على الحبيب

:)




Anta noorol lahy fajran
Jeita baadal osry yosran
Rabbona aalaka kadran
Ya imam al anbeya’ee

 
[Translation:]
You are the light of Allah at dawn
You came after the hardship as convenience
Our Allah raised up your position
Oh Imam (Leader) of the Prophets


Anta fel wejdany hayyon
Anta lel aynayny dayyon
Anta endal hawdy reyyon
Anta haden wa safeyyon
Ya habeeby ya muhammad

 
[Translation:]
You are alive in sentiment
You are the light of eyes
You are the irrigation at the Hawd (basin)
You are the absolutely pure guide
My beloved Muhammad

 

Ya nabi salam alaika
Ya rassool salam alayka
Ya habeeb salam alayka
Salawatol lah alayka

 
[Translation:]
Oh Prophet, peace be upon you
Oh Messenger, peace be
Oh beloved, peace be
The prayers of Allah be


Yartawee bel hobby kalby
Hobby khayry rosly rabby
Man behee absarto darby
Ya shafee’ee ya rassool allah

 
[Translation:]
My heart irrigates with love
Whom by him I have seen my path
The love of the best of Messengers of my God
My intercessor, Oh Messenger of Allah


Ayyohal mokhtaro feena
Zadanal hobbo haneena
Jeitana bel khayry deena
Ya khetamal morsaleena
Ya habeeby ya muhammad

 
[Translation:]
Oh, the chosen out from us
Love boosted up the nostalgia
You came for us with religious peace
Oh, final Messenger
My beloved Muhammad

 

Ya nabi salam alayka
Ya rassool salam alayka
Ya habeeb salam alayka
Salawatol lah alayka

 
[Translation:]
Oh Prophet, peace be upon you
Oh Messenger, peace be
Oh beloved, peace be
The prayers of Allah be


2) THE CHOSEN ONE - MAHER ZAIN

Video ini pula amat bermanfaat di mana ia menunjukkan perlakuan sunnah Rasulullah SAW iaitu ajaran agama Islam itu sendiri. Bukan dalam bentuk ayat tapi contoh sebenar perilaku kita yang sepatutnya sebagai hamba Allah.





In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasool Allah

 

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

 

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad Ya Rasul Allah

 

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah’s Chosen One
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

 

I will try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One


Sallu ‘ala Rasulillah, Habibi Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One


Apabila dihayati lirik kedua-dua lagu ini, adalah jelas, terang dan nyata bahawa Muhammad itu pelengkap manusia dan model terbaik ummah! 

Ya Allah, jadikanlah kami umat yang diredhai dan dikasihi Nabi.
Sayangnya Nabi kepada kami mengatasi sayang kami kepada diri kami sendiri.
Ameen...

Terima kasih sahabatku, Aisah Maulana, atas perkongsian bersama, :)

Sollu 'alan Nabiy.

:')

Wednesday 8 January 2014

Mengeluh Itu Doa?


Teks: ain akib


KATA ORANG

'Practice makes perfect'

'Kalau ikut orang-orang melayu lama, cukup 44 kali kita sebut, jadilah benda tu nanti' 


KATA KEKASIH ALLAH

Tapi, Nabi Muhammad SAW ajar,

'Kata-kata itu adalah doa'

Itu yang sebenarnya.
Allahuakbar.
Senjata mukmin itu dah ada pada diri kita.
Tinggal nak praktik sahaja.


Imej: Carian Google


MENGELUH DAN MARAH ITU DOA?

'Habit dies hard'

Dah jadi habit.
Dah jadi kebiasaan mengeluh ini. Kadang-kadang tak berniat pun hendak mengeluh tetapi dah terbiasa.


Bila hujan turun,

'Ala, dah hujan,' 

'Hujanlah pulak...'

Mengeluh. Doakah?
Lebih kepada luahan rasa tidak puas hati.
Tidak puas hati dengan kejadianNya?

Walhal bagi orang yang kawasannya sudah beberapa hari tidak menerima hujan, amat mengharapkan hujan agar rumput kembali hijau, udara kembali segar. Bukankah setiap kejadian Allah itu adalah rahmat?

'Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah,'

'Allahumma soyyiban nafi'a'


Bila ditimpa musibah, kereta dipotong laluan secara tidak tertib,

'Woi! Gila punya driver! Nak mati ke apa?'

'Kurang ajar betul kereta tu!'

Terkejut dan marah.
Apa yang keluar dari mulut kita adalah gambaran dari hati.
Apabila baik didikan hati, maka baiklah tuturkatanya.
 

Imej: Carian Google

Jika kita mulakan dengan mengingati Allah dahulu alangkah baiknya.

'Astaghfirullah... Nasib baik semua selamat,'

'Ya Allah... alhamdulillah tiada apa-apa buruk terjadi. Mungkin Allah nak ingatkan aku supaya lebih berhati-hati,'

Kerana dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang, insyaAllah.


KESAN KATA-KATA

Imej: Carian Google

'Kata-kata itu doa'

Maka, lahirkanlah kata-kata yang baik.
Kita semua mahukan syurga.
Syurga tempat yang mulia dan indah.
Bahasa syurga juga adalah bahasa yang baik dan indah. 
Penuh dengan kasih sayang.
Kita mahukan syurga, jadi mari kita praktis bahasa syurga. Walaupun tidak berapa pandai berbahasa arab (bahasa syurga) tapi kita boleh mulakan dengan praktis lenggok bahasa syurga. Berhemah dan memuliakan.

Sedangkan air yang kita hendak minum, yang berada di hadapan kita pun molekulnya akan terkesan dengan apa yang kita tuturkan di hadapannya, apatah lagi hati-hati manusia, :)


KATA-KATA DAN AIR MINUMAN

Saya kongsikan sedikit ilmu yang disampaikan oleh sahabat saya mengenai air sebagai 'perakam' terbaik. Jika kita perasan, orang selalu baca surah Yaasin depan air yang terbuka penutupnya, bertujuan agar molekul air itu 'merakam' vibrasi dan tenaga positif dari ayat Al-Quran itu. Air ini yang memasuki badan akan bersatu dalam badan, menyampaikan vibrasi dan tenaga yang positif yang baik itu, biiznillah.

Jika kita marah-marah dan mengumpat di hadapan air minum kita, kemudian minum air yang telah 'terakam' aura negatif, reaksi kita juga akan mendapat tempiasnya. Kadang-kadang cepat emosional, sukar menerima ilmu, payah berubah kepada yang lebih baik, itu semua kerana kita sendiri mengundang keburukan ke dalam badan dan diri kita. Na'uzubillah.

Jadi, benarlah ajaran Nabi, mulakan makan minum dengan doa. Mengundang keberkahan buat diri dan seluruh umat Muhammad sebenarnya.


Imej: Carian Google

Saya juga baru perasan akan perkara ini, menarik bukan?
Mari kita sama-sama fikir yang baik, berkata yang baik, bertindak yang baik kerana ini semua akan menarik perkara yang baik kembali, insyaAllah. Yang lebih penting, semua yang baik ini Allah suka, :)



Friday 3 January 2014

Beza Video Rakaman dan Video yang Diedit


Teks: ain akib


VIDEO RAKAMAN

Diakui dengan hanya melalui gambar, seribu satu perkara boleh ditafsirkan. Juga menjadi memori dan kenangan bagi sesuatu momen. Apabila dibandingkan antara gambar dengan rakaman video, ternyata rakaman video memberi lebih 'rasa' kerana momen itu dirakam dalam suasana yang sebenar, ditambah dengan audio dan pergerakan daripada realiti.

Acara seperti majlis doa selamat, kenduri kesyukuran ulangtahun kelahiran mahupun perkahwinan, program keraian dan sebagainya adakalanya ingin diabadikan dalam bentuk rakaman selain gambar.

Rakaman video ini juga amat berguna bagi penceramah sama ada sebagai rakaman yang ingin didokumentasikan sebagai ceramah jualan ataupun sebagai refleksi bagi penceramah itu sendiri membuat penambahbaikan. Rakaman yang semata rakaman untuk dijadikan bahan tontonan semula akan menjaid sedikit hambar jika rakaman video itu tidak diedit.

Bagaimana membaguskan rakaman video yang ada bagi menjadi bahan tontonan yang menarik?
Berikan nafas baru yang bagaimana?


VIDEO EDIT


Imej: Carian Google


Video yang diedit mempunyai banyak spesifikasi. Terpulang kepada selera dan kehendak klien atau empunya video. Yang pasti, video yang telah mengalami proses editing ini lebih kemas, tersusun, dan menarik. Sedangkan drama dan filem turut mengalami proses yang sama, masakan video rakaman yang biasa-biasa tidak mampu digilap menjadi wow! :)

Terdapat beberapa perkara asas dalam mengedit video yang mudah:

  • Cut. Proses menapis babak yang diingini.
  • Script. Proses menambah kata-kata atau ayat yang ingin dihighlightkan sebagai caption dsb.
  • Audio. Proses menambah audio (bunyi/lagu) yang bersesuaian.
  • Effect. Proses memasukkan efek yang pelbagai seperti transisi, warna, dan pelbagai efek grafik 2D dan 3D, bergantung pada kapasiti perisian yang digunakan.

Merupakan satu kepuasan apabila dapat menghasilkan suatu video yang menepati objektif yang diingini. Daripada sesuatu yang biasa kepada sesuatu yang luar biasa!
Semuanya hanya dengan teknologi grafik!

Manfaatkan ke arah yang baik, insyaAllah berpahala dan memberi makna.

:)


Thursday 2 January 2014

Dunia Kucing


Teks: ain akib


Imej: Carian Google

Memulakan tahun baru Masihi dengan menyegarkan mata melihat telatah haiwan kesayangan baginda Muhammad SAW, :)


 MAIN SEP-SEP
Imej: Carian Google


 TERLUPA!
Imej: Carian Google
  

I'M SEXY AND I KNOW IT
- _ -
Imej: Carian Google


  PUSS IN BOOTS
Imej: Carian Google


MANJA?
Imej: Carian Google


 GRRR.....
Imej: Carian Google
  

 MALAS
Imej: Carian Google


 HEHE...
Imej: Carian Google


 FOKUS
Imej: Carian Google


 PEEK-A-BOO
Imej: Carian Google
Imej: Carian Google


















  NYUM-NYUM
Imej: Carian Google


SEPENUH HATI
Imej: Carian Google


Imej: Carian Google

:)

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...