Tuesday 15 September 2015

Tudung dan Rantai


Teks: ain akib


Majalah Q&A
Q: hukum wanita memakai rantai panjang dari dalam tudungnya sehingga menampakkan rantai & buah rantai yang dipakai di bawah tudung?
A: Haram ( untuk suami & mahram sahaja )
Q: hukum lelaki memakai rantai/gelang?
A: Haram bagi lelaki memakai rantai atau gelang daripada pelbagai benda seperti daripada logam, tali guni, tali plastik, manik, kayu, gelang getah yang pelbagai warna berlogokan jenama barangan sukan & gelang getah pengikat makanan
-Ustaz Kazim Elias -

Pertikan di atas ini saya copy paste dr FB Saudara Fedtri Yahya bertarikh 4 mac 2012.


Sekadar Perkongsian




Imej: Carian Google


Saya kira, mungkin sesuai kita lihat kembali pada tuntutan menutup aurat..
Dalam kes ini, tidak mahu menampakkan bentuk buah dada yang mana jika itu berlaku, akan menarik mata-mata lelaki kepadanya. Berkemungkinan bersamanya adalah pandangan nafsu. Kita mahu menutup pintu ke arah zina. Itu asalnya.

Kebanyakan rantai dan buah rantai yang terletak pada dada sekaligus akan memberi bayangan bentuk dada. Maka, pemakaian itu tidak mencapai maksud menutup aurat.

Dan...
Walaupun rantai dan buah rantai itu elok terletak pada dada dan tidak menampakkan susuk buah dada, TAPI jika ianya menarik, cantik dan membuatkan mata yang melihatnya ingin memandang berkali-kali, maka, ini bermaksud menjemput pandangan lelaki ke arah itu. Ini juga tidak memenuhi tuntutan menutup aurat..

Saya suka dengan nasihat seorang ustazah di radio, katanya, sebelum keluar rumah, tanya dengan diri sendiri,

"Allah suka tak dengan pakaian aku hari ini? Allah redha tak dengan penampilan aku sekarang ini?"



Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...