Friday 13 March 2015

Guangzhou (Siri 3: Beg, Mainan dan Tuk-tuk)


Teks: ain akib


BEG

Hari ketiga kami pergi ke kawasan Baiyan, iaitu lokasi semua jenis beg.
Beg tangan, beg barang, kecil, besar, warna apa, jenama apa, semua ada.

Kualiti antara buatan China dengan jenama yang sebenar secara puratanya adalah lebih kurang. Terpulang pada selera masing-masing.


Imej: Luggage anyone? :)

Rambang mata (ayat semua orang perempuan kan..), hehe.
Jika ada kenalan atau link kita di sini, lebih mudah kita tawar-menawar.
Jika kita beruntung, akan ada peluang untuk kita melihat gudang beg.
Gaya ke gudang ada gaya ala-ala mafia nak dibawa berjumpa ketua, ;).


Imej: Jagung, pisang, strawberi, limau, tebu

Sambil berjalan di sekitar kawasan yang terbuka menjual beg-beg ini, ada juga makanan dan buah-buahan dijual.
Lihat sahaja buah strawberinya yang besar di atas ini.


PUSAT MEMBELI BELAH MAINAN

Ada 4 atau 5 tingkat bangunan ini yang semua, saya ulang ya, semua kedai di dalamnya menjual barang mainan dan yang sewaktu dengannya.

Lego, soft toys, patung, trak mainan, semua jenis mainan ada dijual di sini.
Dalam banyak-banyak mainan ini saya tertarik dengan kolam renang ini, tapi tak beli pun, ;)
Harga adalah reasonable.


Imej: Kolam mandi

Di Guangzhou ini, jika kita berminat dengan mana-mana kedai atau barang jualan mereka, jangan lupa dapatkan kad nama mereka. Untuk memudahkan kita berhubung kembali dengan mereka dan membina link. Jika anda kembali lagi ke sini atau ingin berurusan pada masa akan datang, seperti mahu mereka menjadi supplier kita, akan menjadi mudah.


TUK-TUK

Pengalaman menaiki tuk-tuk agak best.
Seperti menaiki motosikal sebagai penumpang, cuma kita berdua dan boleh bersandar.
Bagi yang gayat, akan trauma hanya pada 2 minit yang awal.
Sebab lepas itu akan rasa seronok, hihi.

Yang nayanya apabila pemandu membawa kita melawan arus!
Tuhan sahaja yang tahu, hoho.


Imej: Menaiki tuk-tuk

Dengan skill yang cekap dan mantap, pakcik tuk-tuk ini meredah lalulintas dengan berani tanpa mempedulikan penumpangnya, hehe.
Mak dah terpejam-pejam mata dan membaca semua jenis doa sampai termasuk juga Surah Al-Kauthar, ;).

Mana Mak tak gayat, memang laju dan ada sekali, kakinya sudah boleh mencecah ke badan bas yang lalu di sebelah kami, hihi.
Peace Mak! :)


Imej: Tuk-tuk di belakang kami

Ini pulak tuk-tuk di belakang kami yang bawa Abang Li.
Sibuk juga dia rakam gelagat Mak, hehe.

Pengangkutan awam di sini efisyen.
Metro, teksi, tuk-tuk dan basikal yang menggunakan bateri.
Yang basikal ini tak sempat nak rasa naiki.


CERMIN MATA

Sempat juga saya ke kedai cermin mata untuk membuat cermin mata.
Kosnya amat murah.
Dengan RM150 saya sudah boleh mendapat sepasang cermin mata yang mana jika di Malaysia sekitar RM500++ (Power mata dan silau saya tinggi).


GAJET

Alat elektronik atau gajet juga amatlah menarik hati.
Sekeping gambar pun tak sempat saya rakamkan kerana busy di situ, hehe.

Berbaloi membeli aksesori untuk telefon bimbit, ipad, laptop dan sebagainya.
Bagi yang suka bertukar telefon juga akan rasa seronok membeli telefon bimbit di sini.  
Iphone dan Samsung antara yang menjadi kegilaan di sini.
 
  
ISTIMEWA

Hari keempat, adalah hari free and easy.
Aktiviti sendiri. 
Terpulang ingin ke tempat lain atau berulang kembali ke tempat yang sudah pernah dijejak untuk sebarang urusan yang belum selesai.

Berikut di bawah ialah perkara-perkara kecil yang menjadikan musafir ini bermakna dan istimewa.

Garlic Nan
Imej: Roti nan

Walaupun berada di China, makanan Arab yang insyaAllah halal untuk kita Muslim mudah dijumpai. 
Seperti garlic nan ini enak dimakan panas-panas. 
Fuhhh... 
Terbaik!


Aiskrim Sedap

Imej: Aiskrim sedap!

Ini pula aiskrim yang dijual di kedai runcit mini di sebelah hotel kami.
Seperti biasa, cari aiskrim yang berlogo halal (gambar kiri atas, di bucu bawah kiri plastik aiskrim).
Harganya RM1.50 - RM2.00 sebatang.
Jadi, setiap kali turun ke lobi hotel, kedai sebelah inilah kami tuju dahulu, hehe.
Ini makanan rutin harian samada waktu pagi atau malam.
Sedap!

Gambar makanan yang lain ialah makanan di Restoran Shahkaser, bersebelahan hotel kami juga.
Lunch+dinner kami sebelum bertolak ke lapangan terbang petang itu. 

Pendapat peribadi saya, berbaloi datang ke Guangzhou bagi mereka yang ada keinginan untuk memulakan bisnes. 
Banyak peluang di sini.
Barang-barang anda dihantar ke Malaysia melalui kapal (shipping) dan akan tiba dalam lingkungan sebulan (kurang lebih).

Pergi berjalan juga seronok terutama bagi yang kaki shopping, :)
Pastikan penerbangan balik anda sudah dibayar untuk extra luggage ya.


PULANG KE SARANG

Imej: Perjalanan balik menaiki Air Asia

Sehari sebelum kami bertolak balik (28 Disember 2014) kami mendapat perkhabaran tentang nahas yang menimpa pesawat Air Asia QZ8501 yang terhempas di perairan Laut Jawa. Hanya melalui berita di televisyen dan whatsapp memandangkan satelit China memblok penggunaan google, facebook, twitter, instagram.

Pada masa yang sama juga (seminggu sebelum) kejadian banjir besar yang melanda Malaysia di Kelantan, Pahang, Johor, dan Perak. Perkembangan berita ini semuanya hanya dapat diakses melalui whatsapp.

Allahuakbar...
Ujian berat daripada Ya Khobir (Yang Maha Mengetahui Rahsia)..
:'(

Jadual pulang kami menaiki Air Asia pada 29 Disember 2014.
Alhamdulillah, perjalanan yang selamat dan selesa.
Juruterbang juga tenang bersuara dari semasa ke semasa melalui corong speaker bagi meredakan emosi penumpang yang turut terkesan dari perkhabaran semalamnya.
Saya puji tindakan pihak pengurusan Air Asia yang menangani perihal ini dengan tenang dan bijaksana.
:)

Saya kongsikan semua ini di blog saya semoga dapat menjadi satu bentuk ilmu.

Terima kasih team Tuan Khairul dan Tuan Mohd Fadzli (uhuk! :))

Bagi yang berminat, boleh layari pautan di bawah ini untuk trip ke Guangzhou atau Vietnam.
FB Great Minds Training and Consultancy
bisnesborongchina.com
bisnesborongvietnam.com
 


Guangzhou (Siri 3: Beg, Mainan dan Tuk-tuk)



Thursday 12 March 2015

Guangzhou (Siri 2: Tekstil dan Makanan)


Teks: ain akib


TEKSTIL

Hari kedua kami berjalan melihat kain yang beribu-ribu lemon!
Saya tak dapat ingat nama jalan atau tempat di sana, tapi beberapa kawasan yang amat besar ini dipenuhi dengan semua jenis kain, tekstil dan yang sewaktu dengannya.

Imej: Nak mesin jahit macam ini?

Imej: Meninjau bangunan-bangunan kedai kain yang banyak

Ada bahagian yang baru dan lama. 
Tempat yang saya pergi ini adalah kawasan baru.
Pada awalnya, kami terpaksa menapak sedikit ke bangunan destinasi yang kami inginkan oleh sebab teksi yang kami naiki hanya memberhentikan kami di bahagian tepi kawasan itu.
Tapi, bagus juga sebab kami dapat pusing melihat kawasan sekitar itu yang penuh dengan kedai-kedai baru yang menarik.

Ini namanya window shopping, ;)


Imej: Kedai stripes, checkered, lace, jeans..

Sebuah kedai hanya menjual sejenis kain sahaja, seperti corak belang (stripes), kotak-kotak (checkered), kain jeans, lace, shawl dan sebagainya.
Semuanya hanya memaparkan sampel (gambar kanan bawah) sahaja. 

Jika berkenan, akan ditanya berapa banyak yang kita mahukan.
Berapa papan?
Tak main dah meter-meter ni.
:)

Nama pun beli borong di Guangzhou, :)


Imej: Berjalan kaki keluar masuk kedai kain

Bagi yang ingin membeli apa jua jenis material kain dalam kuantiti yang banyak, memang sangat berbaloi. Tidak kiralah untuk bisnes kecil-kecilan atau besar-besaran. Lagi banyak anda beli lagi murah harga yang diberikan.

Sebaik sahaja masuk ke salah satu bangunan yang menjual lace, saya terpaku.
(Maaf, tiada gambar sebab asyik melihat kiri kanan, tak teringat nak tangkap gambar, hehe).

Syurga lace.
Hoho.

Beratus buah kedai di bawah satu bumbung.

Ada juga syurga butang, manik dan sebagainya.
Maksud syurga di sini hanya untuk menggambarkan betapa banyak kuantitinya sahaja ya.

Mak aih...
Masa tu juga dah berkira-kira kalaulah buka bisnes di Malaysia ni memang untung...

Ka-ching!

:)


MI SEDAP


Imej: Mi sejuk yang rasa menandingi rupa! Sangat sedap!

Maafkan saya sebab tak tahu nama sebenar mi ini.
Saya panggil mi sedap sebab memang sedap!

Di sini tiada cop halal Jakim sebab ini bukan Malaysia.
Yang ada cuma cop halal mereka yang dipamerkan di hadapan meja jualnya, :)

Pada mulanya saya berkeras untuk berkongsi sahaja mi itu dengan Mak memandangkan rupanya yang kurang menarik hati, hehe.
Tapi disebabkan penjual itu dah siapkan 2 mangkuk mi sejuk sedap ini dengan 1 mangkuk mi yang bersup panas untuk kami bertiga, maka makan sahajalah.

Pada suapan yang pertama masih ragu-ragu akan rasanya.
Hmm...

Telan.
Hmmmmmm....

Lain dari yang lain.
Tak pernah makan mi yang rasanya macam ini.

Walhal nampak dari awal penjual itu membuatnya.
Yang ada di dalamnya adalah mi yang seperti spageti, dicampur dengan minyak (minyak zaitun agaknya), beberapa jenis sos, tauge segar yang rangup, dan kacang tanah.
Digaul-gaul dan sedia untuk dimakan.

Suapan diteruskan.
Walaupun cuaca sejuk dan mi itu juga sejuk, tapi....

Sedap!
Haha.
Tak tahu saya nak jelaskan lagi bagaimana.
Terbaik!
:)


Imej: Rakan menapak (Mak dan Abang Li)

Ini pula mi sup panas.
Ini Mak dan Abang ipar saya.
:)

Rasa macam ala-ala backpackers pulak sebab dengan beg sandang belakang dan berhenti makan di tepi jalan, hehe.



Imej: Universiti (atas kiri), 
Melintas ketika hujan renyai (kanan atas), 
Buah berangan panggang (bawah kiri)


RESTORAN ABDULLAH


Imej: Makan malam di Restoran Abdullah

Kami menaiki bas untuk makan malam ini.
Makanan arab lagi.
Entree dengan teh hijau.
Panas yang dialu-alukan pada musim sejuk ini.


Imej: Menu istimewa kambing goreng tepung (kanan atas)

Antara yang saya rasakan unik ialah cili goreng (gambar tengah kiri) yang berwarna oren itu boleh dimakan begitu sahaja, seperti makan twisties. 
Krup, krup.
Rangup, berperisa tapi tidak pedas.

Kambing goreng tepung juga adalah menu yang tak pernah lagi saya jumpa.
Tapi saya tetap sukakan lagi kambing bakar pada lidi besi itu, hehe.
Enak makanan di sini.


KEDAI KEK

Imej: Kedai kek Muslim

Seperti siang tadi juga, kedai kek ini tertera logo halal dari sana.
Barangsiapa yang musykil, boleh cari dan kenalpasti logo halal yang diiktiraf di China.

Comel kan kek ini?
Tuannya makan seorang dan itu adalah potongan yang terakhir dijual.
Tiada rezeki untuk rasa.
Cuma kami beli roti dan ban untuk dibawa balik ke hotel.


Imej: Ada surau di dalamnya (kiri bawah)

Tertarik hati melihat kedai ini.
Ciri moden yang mempamerkan ciri keislaman.
Turut menyediakan surau untuk pekerja dan pelanggan menunaikan solat.
:)


Imej: Bas letrik (atas)

Menaiki bas letrik (gambar kiri dan kanan atas) pada waktu malam.
Kad yang digunakan untuk menaikinya adalah sama dengan kad yang kami gunakan untuk menaiki metro.
Touch and go.

Gambar kiri bawah adalah di dalam teksi di sekitar Guangzhou.
Standard teksi mereka mempunyai jejaring grill antara tempat duduk hadapan dan belakang.

Kucing hitam ini saya temui di salah sebuah kedai berhampiran hotel.
Dia duduk tegak seperti patung di atas meja.
Kesejukan agaknya.


Imej: Sambil berjalan ke perhentian bas









Sambil menapak dari perhentian bas ke hotel, saya rakamkan beberapa keping gambar di luar hotel-hotel lain yang kami lalui.

Sempat juga bersembang dengan sepasang suami isteri Muslim yang mengurup wang (money change) di hadapan sebuah hotel. Siap bergambar di atas sebuah tuk-tuk yang elok parking di tepi itu juga bersama isteri pengurup wang itu, haha (gambar kanan atas).

Begitulah perjalanan hari kedua kami.
Alhamdulillah.
Banyak berjalan menapak atas kaki, tapi cuaca yang sedikit sejuk menjadikan perjalanan kami selesa dan best.
Betullah.
Banyak berjalan, luas pemandangan, bertambah pengalaman.

Saya kongsikan pengalaman hari ketiga dan hari terakhir pada entri seterusnya, insyaAllah.

Moga bermanfaat.
:)


Guangzhou (Siri 2: Tekstil dan Makanan)



Wednesday 11 March 2015

Guangzhou (Siri 1: Wanlin Square, Masjid Saad bin Abi Waqas)


Teks: ain akib


Alhamdulillah.
Perkongsian yang berinformatif harapnya dari entri ini. 

Disember 2014 diizinkan Allah sampai ke salah sebuah negara jiran, Guangzhou, China.
Perjalanan ke negara China ini menaiki penerbangan Air Asia dari KLIA 2 sehingga ke Guangzhou selama 4 jam. 


Imej: Di KLIA 2



Bersama team daripada Great Minds Training and Consultancy, sebuah konsultan yang antaranya membawa dan membimbing bakal usahawan yang ingin berniaga dari China dan Vietnam.

Kami tiba di lapangan terbang Guangzhou pada waktu tengah malam dan terus check in di hotel.



Imej: Di terowong metro

Keeseokan paginya, kami diajar menaiki metro di subway untuk ke beberapa buah destinasi.
Serasa berada di stesen lrt KLCC, cumanya mereka sedikit lebih teratur di muka pintu tren berbanding negara kita, :) 



Imej: Peta sistem metro


WANLIN SQUARE

Imej: Mangkuk bela ikan


Kunjungan kami ke Wanlin Square, sebuah pusat membeli belah.
Hmmmmmmmmmm....
Ada apa di sini ya?


'You name it, they got it,'
Bukan slogan astro, 'macam-macam ada' dah ni..
Semua benda ada!
:p

Itu sahaja yang dapat saya huraikan.


Imej: China terkenal dengan haiwan maskot negara mereka, panda

Bangunan ini mempunyai 8 tingkat dengan pelbagai benda. 
Aksesori rumah, mainan, gajet, barang dapur, alatulis, pakaian dan banyak lagi.



Imej: Di sekitarnya

Bergambar bersama ahli kumpulan.
Oh ya, waktu ini adalah di penghujung waktu sejuk.
Sejuk tak sejuk pun dalam 14-18 darjah Celcius.
Memang perlu pakai baju sejuk.


TENGAHARI JUMAAT

Imej: Di luar masjid selepas solat jumaat

Beruntungnya kami kerana sempat menikmati suasana selepas solat jumaat di sini.
Lorong menuju ke masjid ini bersesakan dengan penjual-penjual Muslim Cina.
Dah seperti di pasar malam! :)


Imej: Ikan bakar, daging, kambing

Makanan basah, kering tersedia banyak.
Yang utama ialah kambing!
Kiri kanan semuanya kambing.
Hoho..


Imej: Ayam percik, kambing bakar

Uniknya di sini, yang tiada di tempat lain berdekatan ialah mereka makan di kaki lima ini, dengan kerusi kecil dan meja panjang yang setinggi lutut sahaja. Semua makan di situ.


Imej: Makan selepas solat jumaat di kaki lima

Pelbagai kaum dan bangsa duduk dan menikmati juadah pelbagai yang panas.
Memang sangat sedap ketika cuaca sejuk begini.
Heaven!

Kami siap berkenalan dengan seorang warga Jordan yang datang berurusniaga di sini.
Bertukar cerita dan pengalaman masing-masing.
Oleh kerana terlampau asyik bercerita sambil makan, maka tiada gambar bersama sempat diambil.


Imej: Nasi briyani kambing (atas), Nasi mandy ayam (bawah)

Nasinya penuh satu bekas polisterin. 
Sedap apabila ditambah dengan sate kambing dan ayam.
Memang terbaik!


Imej: Sate kambing (atas), chicken wing (bawah)

Daging kambingnya sedap dibakar pada lidi yang panjang.
Penuh di atas meja lidi-lidi ini.

Saya selaku orang yang bukan penggemar kambing (oleh kerana hidung agak sensitif dengan bau hamis kambing), boleh pula makan sate kambing ini seperti makanan kegemaran, hehe. 
Maknanya tiada bau hamis menerjah, alhamdulillah, :)

Ini sesuatu yang baik kerana saya percaya, kadang-kadang di tempat baru kita akan mempelajari sesuatu yang baru.
Dan inilah salah satunya.
Terima kasih Allah! 
:)


Imej: Di luar masjid (jumaat)

Wanita turut menyediakan makanan dan menjual pakaian di situ, :)
Terdetik di hati saya apabila melihat wanita Cina Muslim ini,

'Beginilah agaknya rupa kawan saya jika memakai tudung, hihi..Sepet-sepet comel!'

:) 

Imej: Makanan lagi

Beberapa jenis makanan lagi turut dijual.
Ada roti ban dan pau yang pelbagai inti.


MASJID SAAD BIN ABI WAQAS

Imej: Masjid Saad Bin Abi Waqas

Di penghujung lorong ini adalah pintu masuk ke dalam masjid ini.
Sangat tenang dan tenteram di sekelilingnya.



Imej: Di perkarangan masjid

Bayangkan, di tengah-tengah kesesakan kota bandaraya yang pesat membangun ini, terletaknya sebuah masjid dalam taman.
Alhamdulillah, cantik dan unik.


Imej: Di perkarangan dalam masjid

Imej: Di bahagian tandas dan makam

Tandas terletak sedikit jauh dari tempat solat, namun perjalanannya tidak menghampakan.
Kiri dan kanan dihiasi pokok dengan gazebo di tengahnya, memisahkan antara tandas dan kawasan makam.

Oh! Sempat merakam sekeping gambar bersama seorang wanita Cina Muslim di situ, :)
Buat muka tak malu mengajaknya untuk tangkap gambar bersama, hehe.
Hanya menggunakan bahasa isyarat tangan, ;)


Imej: Dikatakan makam sahabat, Saad bin Abi Waqas..

Jika diteruskan lagi ke penghujung, akan bertemu kawasan makam, yang dikatakan makam sahabat, Saad bin Abi Waqas. 
Di sekeliling sebelum tiba di makam itu, ada replika-replika makam yang ditutupi dengan kain hijau dan bercorak seperti batik.
Benar atau tidak itu adalah makam sahabat?
Hmm... Wallahua'lam...


Imej: Kekacang. Walnut (kiri)

Kekacang turut dijual di luar masjid.
Baru saya tahu rupa sebenar kacang walnut yang belum dikupas.


DI SEKITAR GUANGZHOU


Imej: Antara mall yang dilalui

Imej: Kasut Crocs

Kasut macam-macam di sini..


RESTORAN SHAHKASER


Imej: Restoran Arab bersebelahan hotel

Malamnya, kami menikmati makan malam di restoran arab betul-betul bersebelahan hotel penginapan kami. 
Pekena kambing lagi!



Imej: Kambing, ayam, udang..

Tarbiyah kambing betul di China ni, hoho.
Ok.
Terpaksa akui.
Sedap!


Sambungan tentang tempat-tempat khusus di entri seterusnya, insyaAllah.

:)

Guangzhou (Siri 1: Wanlin Square, Masjid Saad bin Abi Waqas)


Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...