Tuesday 29 October 2013

Solat Itu Cantik


Teks: ain akib


MAKAN SETIAP HARI

Setiap hari kita mesti makan. Jika tidak, perut akan berkeroncong dan dimasuki angin. Lebih teruk lagi apabila angin sepoi-sepoi bahasa itu naik sehingga kepala menjadi migrain. Badan pun surrender pada arahan otak yang tidak seperti kebiasaan. Sudahnya, pekerjaan kita pun tidak dapat diselesaikan dengan baik. Itulah bahana meninggalkan waktu makan, sumber untuk kesihatan fizikal tubuh dan mental.

'Rohani pula bagaimana ya? Adakah penting untuk dibelai dan diberi makan dan perhatian agar ia berfungsi dengan baik?'

YA. Sangat perlu menyeimbangkan kesihatan fizikal, mental dan rohani kerana bilamana pincangnya salah satu itu, maka berlakulah kepincangan dalam sistem manusia itu sendiri. Mungkin dari sudut fikiran, tindakan mahupun kata-kata.


IBADAH MEMBINA RASA


Imej: Carian Google

Rohani merujuk kepada dalaman kita yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Deria utamanya adalah RASA
Makanan bagi rohani ini adalah IBADAH yang menimbulkan RASA membina manakala rasa yang meruntuh adalah junkfood.
RASA membina inilah yang akan membina kita menjadi lebih tenang dan bahagia.

RASA ini diperoleh dari ibadah am dan ibadah khusus.
RASA yang lahir dari syukur bila dibangunkanNYA kita dari tidur. Masih diberi kesempatan menjalani satu hari dalam kehidupan.
RASA yang lahir dari dikasihi Allah bila mampu melawan desakan syaitan untuk bangun subuh menunaikan hak kita kepada Pencipta.
RASA yang lahir dari diberkati Allah bila dikurniakan masa untuk bertasbih, bertahmid memuji kebesaranNya. Juga meminta kebaikan-kebaikan dalam urusan dunia dan akhirat.

RASA yang lahir dari ketenangan apabila awalan hari dimulakan dengan mengenalpasti siapa kita di hadapan Ya Robb. Sekaligus menyedarkan kita tentang kedudukan kita yang sementara di muka bumi ini. Dengan permulaan yang penuh sedar ini, kita menapak meneruskan hari dengan RASA Bertuhan. RASA Allah sentiasa ada menemani dan memerhati. Inilah perisai terkuat yang akan membenteng diri kita berdepan dengan semua cabaran. InsyaAllah.

RASA ini tidak datang menyapa setiap masa. Perlu diusahakan untuk memperolehinya melalui ibadah.

'Ohh. Susahlah. Kena tunggu waktu ibadah solat sahaja la baru boleh diusahakan'

Siapa kata begitu?
Bukankah setiap perkara yang diucap, difikir dan dilakukan oleh seorang Muslim itu adalah doa? Dan doa itu sendiri adalah ibadah?

'Erm..tak pastilah sama ada yang selama ini semua ucapan, fikiran dan tindakan yang pernah dibuat itu tergolong dalam kategori doa.. Sebab ada banyak yang tak baik, yang Allah tak suka, huhu...'

Tiada due date untuk hambaNya kembali berpaling semula kepadaNya (melainkan maut). Pintu langit sentiasa terbuka menanti doa-doa taubat hambaNya yang khilaf. Talian terus tanpa hijab. Maka, kita teruskan hari-hari mendatang dengan mencuba menjadi seorang Muslim yang lebih baik dan yang Allah suka. :)


SOLAT SETIAP HARI


Imej: Carian Google


Lima kali sehari kita memperuntukkan masa untuk berbicara khusus dengan Pencipta kita. Cukup besar hikmah yang dapat kita aplikasikan dari solat ke kehidupan di luar solat.  Terutamanya Muslimah.


CANTIK DENGAN WUDHU

Bermula dengan niat berwudhu, kemudian menyapu dan mengalirkan air yang sifatnya menyucikan ke atas tubuh badan kita. Menghilangkan segala debu dan kotoran yang melekat pada permukaan kulit yang terdedah seperti muka dan tapak tangan. Indahnya Muslimah itu kerana anggota yang terbuka dan terdedah kepada habuk jalanan itu hanyalah muka dan dua tapak tangan. Selainnya tertutup rapi dengan fabrik pakaian yang dipakai. 

Rukun wudhu yang 6 terbahagi kepada dua iaitu 
  • 4 anggota basah (muka, tangan, rambut, kaki) 
  • 2 yang kering (niat dan tertib). 
Mudah sahaja untuk membersihkan diri bukan? Persediaan yang rapi untuk menghadap Ilahi. :)
Walaupun dalam keadaan darurat dengan ketiadaan air, wudhu tetap perlu sebagai syarat sah solat. Debu halus digunakan bagi tujuan ini dengan syarat debu itu bersih dan suci (baca: tayamum). Di sini jelas dan nyata di mana pensyariatan kebersihan diri adalah asas utama bagi seorang Mukmin. Bersih itu cantik, dan Allah suka yang cantik, :)


CANTIK DENGAN PAKAIAN SOLAT


Imej: Carian Google


Pakaian ketika waktu solat adalah sama dengan pensyariatan pakaian seorang Muslimah di luar waktu solat. Sebagaimana terjaganya aurat kita di dalam solat ketika bertemu Pencipta semesta alam, keterjagaan yang sama Allah mahukan buat Muslimah ketika di luar waktu solat. 

Manfaatnya adalah melindungi diri kita Muslimah dari mencuit nafsu kaum Muslimin yang satu. Usah diterjah nafsu itu dengan susuk tubuh yang menggiurkan, menampakkan apa yang seharusnya tersimpan elok dan dipelihara, kelak tiada jaminan yang mampu menjaga diri dari diperbuat yang tidak elok.

Bukankah aturan dan suruhan Pencipta itu yang paling ideal kerana Dia Ya Khaliq?


CANTIK DENGAN PERGERAKAN SOLAT


Imej: Carian Google


Beza solat Muslimah dan Muslimin adalah pada darjah keluasan dan keterbukaan anggota tangan dan kaki. Bagi Muslimah, kedua tangan sentiasa dirapatkan ke arah badan dengan jari-jari tapak tangan juga saling berapatan, tidak terbuka seperti Muslimin. Kaki juga begitu. 

Ternyata tatatertib kesopanan telah dilatih dari dalam waktu solat lagi. Akhlak seorang Muslimah yang terjaga mulia dan sopan, seumpama terkawal pergerakannya dan tidak berkeliaran bebas ke sana ke mari sesuka hati. Sesuai dengan fitrahnya yang dilindungi. Allah hiaskan lagi Muslimah dengan sifat malu sebagai penyeri. Apabila malu bergandingan dengan sopan, ini menjadi bunga akhlak dan perisai kita. Jika malu itu terangkat dari diri kita, maka terangkatlah juga yang lainnya. Cantik bukan Allah jadikan kita? Rapi terjaga, sopan tatasusila, sesuai dengan tagline Loreal: 'Kerana Dirimu Begitu Berharga' :)


CANTIK DENGAN SOLAT



Imej: Carian Google

Terbukti dengan ibadah solat sahaja, cantik dari sudut kebersihan, kesopanan dan perlindungan dapat kita praktikkan. Betapa sayangnya Allah dengan kita makhluk bergelar Muslimah ini, Subhanallah. Sehinggakan dilindungi dan dijaga walaupun di dalam solat. Hikmah bagi yang mahu berfikir dan mencari kasih sayangNya.

Konsistensi solat sebanyak 5 kali sehari jelas membuktikan bahawa Allah mahu kita:
  • Berasa selesa dengan memperbaharui wudhu
  • Berasa Bertuhan dengan menemuiNya dalam solat
  • Berasa perlu bergantung padaNya dengan melaksanakan perintahNya
  • Berasa Allah sentiasa ada walaupun pinjamanNya di dunia ini datang dan pergi
  • Mengaku keesaanNya dan keagunganNya dengan patuh padaNya
  • Yakin dengan sifatnya Ya Hafiz (Yang Pemelihara)


KESAN CANTIK DENGAN SOLAT

Seiring dengan akhlak-akhlak cantik yang dipelajari dalam solat ini, kesan solat itu sendiri terhadap jiwa dalaman adalah yang paling cantik, :)

Sebagaimana kita merendahkan diri bertemu dengan Ya 'Azim, memohon perlindungan, kesejahteraan, kebahagiaan dan ketenangan, masakan Allah mahu menghampakan doa-doa kita? Kecantikan dalaman inilah yang akan diperlihatkan ke luaran kita.

Jom sama-sama praktik!

Kita lihat adakah benar, beauty comes from within!

:)

 

Wednesday 23 October 2013

Aku dan Kau Berbeza



Teks: ain akib



KITA SERUPA

Kita semua adalah manusia. Homo Sapien dalam bahasa saintifiknya. Kita adalah sama dari segi anugerah yang Allah ciptakan. Punyai anggota badan, deria yang pelbagai, juga keunikan tersendiri dari sudut bakat dan kemahiran. Semua ini Allah jadikan dengan aturan yang cukup cantik dan indah. Subhanallah.

Apabila wujud persamaan sesama kita, dengan mudah kita raikan dengan senyum ketawa, rasa suka dan senang hati. Adalah fitrah kita akan rasa suka pada perkara yang sama. Bagaimana pula dengan perbezaan yang timbul? Bagaimana untuk diuruskan? Ada manual jugakah?


TAPI KITA TAK SAMA

Dalam perbezaan yang wujud, di situ jelas, nyata dan terang melihatkan kuasa Ilahi. Dia Ya Aziz, mampu mencipta dan mewujudkan apa jua yang Dia kehendaki termasuklah yang di luar pemikiran kita. Dia Ya Awwal Ya Akhir, yang memulakan dan yang mengakhiri, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk dilalui oleh makhlukNya.

Dia menjadikan perbezaan untuk kita hadapi berpandukan ajaranNya. Tidak Allah jadikan sesuatu perkara itu dengan sia-sia dan tanpa manfaat, hatta sekecil-kecil perkara. Tiada bergerak satu zarah pun tanpa izinNya.



Imej: Carian Google



PERBEZAAN PENDAPAT/PANDANGAN

Seringkali perbezaan ini muncul sewaktu kita berbicara, dalam bentuk buah fikiran mahupun tindak-tanduk. Acapkali yang terjadi adalah EMOSI diletakkan di hadapan berbanding IMAN dan AKAL.

Bila direnung kembali pada diri sendiri, saya masih lemah dan kurang dari sudut skill untuk berdepan dengan perbezaan pendapat. Kadang-kadang saya mengeluarkan hujah-hujah yang dangkal yang memburukkan keadaan.

Perasan atau tidak, ada di kalangan guru-guru kita, sahabat-sahabat kita yang dalam keadaan kritikal berbeza pandangan, mereka masih mampu tersenyum dan memberi respon dengan baik. Relax dan cool sahaja mereka, hehe. Bila diamati, ada beberapa perkara yang diterap oleh mereka dalam diri. Kembali kepada nilai peradaban kita sebagai manusia, iaitu saling menghormati.

Antara adab dalam berbeza pandangan:
  • Bersangka baik dahulu
  • Tidak cepat melatah
  • Raikan pendapat


Kadangkala:
  • Sesuatu pandangan itu mampu menjadi pengimbang (check and balance) terhadap sesuatu isu
  • Dengan tidak memberi pandangan pada sesuatu masa juga adalah lebih baik



PERANAN AKU

Ada beberapa langkah yang boleh dilatih dalam diri untuk lebih bijak berhadapan dengan situasi berbeza pandangan ini. Bermula dengan bersangka baik, ini adalah kekuatan yang utama kerana sebenarnya kita berbaik sangka pada Pencipta untuk memberikan kita sesuatu yang terbaik. 


Imej: Carian Google


Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA: 
"Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak".


Latihan ini juga adalah buat diri saya yang terkadang-kadang dipandu oleh emosi dan kedangkalan akal. Allah telah sediakan manual untuk dipatuhi agar kita masih berada elok dalam kerangka pemeliharaanNya. Allah berikan panduan untuk memandu manusia mengurus dan mentadbir perbezaan pandangan ini. 
  • Budaya cakap-aku-sahaja-yang-betul dan cakap-dia-sahaja-yang betul perlu perlahan-lahan dihapuskan
  • Raikan perbezaan pendapat dengan tidak memperlekehkan pendapat orang lain (dari sudut teknikal seperti perkara cabang dsb. Bukan pada perkara pokok/dasar agama contohnya)
  • Sama-sama educate diri sendiri dan orang-orang di sekeliling untuk hormat para 'Ulama. Walaupun tidak suka akan mereka, jangan sehingga membenci dan mencaci mereka. Langkah yang amat dipandang remeh sekarang ini.



Imej: Carian Google


Thursday 17 October 2013

Pelukan Amarah


Teks: ain akib


HATI YANG DEKAT DENGAN PENCIPTA

Pengajaran terdapat di sekeliling kita, setiap perkara ada hikmahnya. Cuma, hati kita terbuka untuk mencari dan menjadikannya pelajaran buat diri ataupun tidak. Bagi hati yang lembut, beruntunglah, kerana setiap detik yang berlalu dapat dilentur menggali buah hikmah. Hati yang keras pula adalah hati yang jauh dari Allah. Na'uzubillah.

Berikut adalah perkongsian ceramah daripada Ustaz Don Daniyal Biyajid tentang kenapa hati menjadi keras.






MENGENALI SABAR DARI TANTRUM KANAK-KANAK

Perkongsian seterusnya ini saya petik dari Yahoo groups Conversations.

Pencerahan yang saya kira amat menarik kerana diceritakan di sini tentang punca, kesan dan langkah menghadapinya. :)


Imej: Carian Google



TANTRUM
 

Senario Anak
 

"Afiq menangis, menjerit-jerit dan berguling-guling di lantai kerana inginkan permainan power ranger yang dia lihat di sebuah supermarket di Carrefour. Ibunya sudah berusaha memujuk Afiq dan mengatakan bahawa sudah banyak permainan di rumahnya. Namun Afiq masih berdegil dan terus-terusan menangis. Ibunya menjadi serba salah, malu dan tidak berdaya menghadapi kerenah anaknya. Ibunya tidak ingin membelikan permainan tersebut kerana masih ada permainan lain yang terdapat di rumahnya. Jika tidak dibelikan maka ia kuatir Afiq akan menjerit-jerit dan menangis berterusan, sehingga menarik perhatian semua orang dan orang akan menyangka dirinya adalah ibu yang kejam. Ibunya menjadi bingung, yang akhirnya mendorong siibu membeli permainan yang diinginkan Afiq."
Bijakkah tindakan si Ibu?


 
Apakah Tantrum ?

 

Senario diatas merupakan suatu kejadian yang disebut sebagai "Temper Tantrum" atau suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba.
 

Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut:
 

1) Kanak-kanak tidak cukup tidur
2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur
3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali
4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan
5) Emosi tidak tenteram (sering negatif)
6) Mudah marah dan mudah menangis
7) Sulit dialihkan perhatiannya


Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku. Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:


Di bawah Usia 3 tahun
·Menangis
·Menggigit
·Memukul
·Menendang
·Menjerit
·Memekik-mekik
·Menghempaskan badan ke lantai
·Memukul-mukulkan tangannya
·Menahan nafas
·Menghentakkan kepala
·Melemparkan barang
·Menyangkung
·Memeluk tubuhnya

 

Usia 3-4 tahun
·Perilaku tersebut di atas
·Menghentakkan kaki
·Berteriak
·Meninju
·Membantingkan pintu
·Mengkritik
·Merengek

 

Usia 5 tahun ke atas
·Perilaku-perilaku tersebut diatas
·Memaki hamun orang lain @ ibubapanya
·Menyumpah
·Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya
·Mengkritik diri sendiri
·Memecahkan barang dengan sengaja
·Mengancam
·Merungut
·Trauma @ fobia ke atas sesuatu yang menekan emosi anak.


 

FAKTOR PENYEBAB TANTRUM
 

Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya Tantrum. Di antaranya adalah seperti berikut:
 

1) Kehendak @ Keinginan Anak Dihalang
Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya.

 

2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan
Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. Amat sukar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami. Oleh itu, kondisi mereka yang masih tidak betah telah menekan emosi mereka menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan frustasi pada diri mereka dan disampaikan dengan sikap tantrum.

 

3) Pergerakan yang Terhad
Kanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya, ibubapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri sianak. Untuk anak melepaskan stress, maka wujudnya tantrum. Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik; sianak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya diperbolehkan.

 

4) Asuhan Ibubapa
1. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan.
2. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum.
3. Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk sianak.


5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit

 

6) Anak sedang stress
Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).

 

7) Trauma @ Fobia
Anak disiksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil. Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman. Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya. Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa.


 

BAGAIMANA UNTUK ATASI TANTRUM ANAK ?
 

Dalam buku "Tantrums Secret To Calming The Storm" oleh La Forge, majoriti berpendapat bahawa tantrum adalah suatu perilaku yang masih tergolong normal yang merupakan sebahagian dari proses perkembangan atau tumbesaran kanak-kanak, suatu tempoh transformasi dalam perkembangan emosi, kognitif dan fizikal sianak. Sebagai bahagian dari proses perkembangan, episod tantrum pasti berakhir.
 

Beberapa hal positif yang biasa dilihat dari perilaku tantrum adalah bahawa dengan tantrum anak ingin menunjukkan sikap independensinya, ekspresikan individualitasinya, mengemukakan pendapatnya, mengeluarkan rasa marah dan frustasi untuk menyampaikan maksud agar orang dewasa mengerti dengan sikap negatif mereka.
 

Namun bukan bermakna bahawa tantrum harus digalakkan dan disemangati (encourage). Jika ibubapa membiarkan Tantrum berkuasa (dengan memperbolehkan anak mendapatkan apa yang dihajati setelah ia Tantrum, seperti ilustrasi di atas), maka bererti ibubapa sudah menyetujui dan memberi peluang pada anak untuk bertindak kasar dan agresif (walhal sepatutnya ibubapa tidak harus menyetujui kehendak anak).
 

Ibubapa harus membantah dengan tegas dan memberi penjelasan secara logikal pada anak. Dengan bertindak tegas dalam menangkis Tantrum, ibubapa juga berkesempatan untuk mengajar atau mendidik anak tentang bagaimana caranya beraksi terhadap emosi-emosi yang normal (marah, frustrasi, takut, jengkel, dll) secara wajar dan bagaimana bertindak dengan cara yang tepat sehingga tidak menyakiti diri sendiri dan orang lain ketika sedang merasakan emosi tersebut. Inilah yang dikategorikan sebagai intelligent emotion yakni pamerkan emosi dengan kaedah yang positif.
 

Kaedah terbaik menangani tantrum anak;
·Mencegah terjadinya tantrum
·Menangani anak yang sedang mengalami tantrum
·Menangani anak pasca tantrum

 

Pencegahan 
Tindakan susulan untuk mencegah terjadinya Tantrum adalah dengan mengenali kebiasaan-kebiasaan sianak dan mengetahui secara pasti pada kondisi-kondisi seperti apa muncul Tantrum pada si anak. Misalnya, kalau orangtua tahu bahwa anaknya merupakan anak yang hyper-aktif dan kalian berada didalam kereta terlalu lama perjalanannya, ini sebenarnya akan menimbulkan stress pada anak dan dia mula menunjukkan tantrum. 

Untuk elakkan sianak Tantrum, ibubapa perlu mengatur perjalanan dengan beristirehat di jalan atau di kedai makan untuk memberikan waktu bagi sianak berlari-lari di luar.
 

Tantrum juga dapat dikesan kerana stres akibat tugas-tugas sekolah yang harus sianak laksanakan. Dalam hal ini, mendampingi anak pada saat ia mengerjakan tugas-tugas dari sekolah (bukan membuatkan tugas-tugasnya) dan mengajarkan hal-hal yang dianggap sulit, akan membantu mengurangi stres pada anak kerana beban sekolah tersebut.

Mendampingi anak bukan sahaja terbatas pada tugas-tugas sekolah, tetapi juga pada permainan-permainan, sebaiknya anak pun didampingioleh ibubapa senantiasa, sehingga ketika ia mengalami kesulitan ibubapa dapat membantu dengan memberikan petunjuk.
 

Langkah kedua adalah teknik keibubapaan mengasuh anaknya. 
Apakah anak terlalu dimanjakan?
 

Apakah ibubapa bertindak terlalu melindungi (over protective), dan terlalu suka melarang?
 

Apakah kedua ibubapa selalu seia-sekata dalam mengasuh anak?
 

Apakah ibubapa menunjukkan konsistensi dalam perkataan dan perbuatan?
 

Jika anda merasa terlalu memanjakan anak, terlalu melindungi dan seringkali melarang anak untuk melakukan aktiviti yang sebenarnya sangat dibutuhkan anak, jangan baran jika anak akan mudah tantrum jika kemahuannya tidak dituruti. Konsistensi dan kesamaan persepsi dalam mengasuh anak juga sangat penting.
 

Jika tiada sepakat, ibubapa sebaiknya jangan berdebat dan beragumentasi antara satu sama lain di depan anak, agar tidak menimbulkan kebingungan dan rasa tidak aman pada anak. Ibubapa hendaknya menjaga agar anak selalu melihat bahwa ibubapanya selalu sepakat dan rukun damai.
 

Ketika Tantrum Terjadi 
Jika tantrum terjadi dan ibubapa tidak dapat mengawal situasi, maka beberapa langkah patut diambil;
 

Memastikan situasi sekeliling – Sekiranya sianak tantrum didepan orang awam, bawa anak ke satu sudut yang jauh dari penglihatan awam dan biarkan sianak melempiaskan emosinya disitu untuk seketika. Ketika sianak tantrum, jauhkan darinya benda-benda yang boleh dia capai (barang merbahaya) untuk elakkan dia dari tercedera atau orang lain.

Ibubapa harus bersabar (berkeadaan tenang). Jaga emosi, mulut dan tangan. Jangan sampai memukul dan berteriak-teriak marah pada anak.

 

Endahkan (ignore) ketika sianak tantrum – Ketika sianak tantrum, sebaiknya ibubapa jangan memujuk, bercakap, memberi nasihat, berargumen dan seumpamanya yang bertujuan mengambil hati sianak.
 

Kerana ketika tantrum, perasaan amarah menguasai dirinya dan dia tidak akan mendengar kata-kata nasihat dari ibubapanya. Jalan terbaik ialah membiarkan sianak untuk seketika, biar dia lepaskan kemarahan itu. Tantrum akan cepat berakhir sekiranya ibubapa tidak campurtangan dengan memujuk atau paksaan atau kemarahan.
 

Jika sianak masih lagi tantrum – Ibubapa hendaklah memeluk sianak dengan dakapan kasih sayang. Akan tetapi ada ibubapa yang malu dengan kerenah anaknya yang sedang tantrum. Maka moleknya ibubapa hendaklah berada tidak jauh dari sianak dan bercakap dengan sianak yang menunjukkan anda sayang padanya. Dengan kaedah itu, sianak berasa aman dan tahu bahawa ibubapanya ada dan tidak menolak sikap negatifnya.
 

Ketika Sianak Kembali Tenang

Saat Tantrum sianak sudah reda, seberapapun parahnya ledakan emosi yang telah terjadi tersebut, janganlah diikuti dengan hukuman, nasihat-nasihat, teguran, maupun sindiran. Juga jangan diberikan hadiah apapun, dan anak tetap tidak boleh mendapatkan apa yang diinginkan (jika Tantrum terjadi kerana menginginkan sesuatu).
 

Dengan tetap tidak memberikan apa yang diinginkan si anak, ibubapa akan dapat melihat konsistensi dan anak akan belajar bahwa ia tidak bisa memanipulasi ibubapanya.
 

Ingat, ibubapa hendaklah mendidik anak dengan mengajak anak mendengar (nasihat) kata kita bukan mendengar katanya. Jika sejak mula sudah terbiasa mengikut katanya, inilah kesan sampingan sikap-sikap negatif yang akan terdapat pada diri sianak.
 

Berikanlah belaian kasih sayang dan rasa aman Anda kepada anak. Ajak anak, membaca buku atau bermain bersama. Tunjukkan kepada anak, sekalipun ia telah berbuat salah, sebagai ibubapa Anda tetap mengasihinya.
 

Setelah Tantrum berakhir, orangtua perlu mengevaluasi (selidiki kembali) mengapa sampai terjadi Tantrum. Apakah benar-benar anak yang berbuat salah atau ibubapa yang salah merespon perbuatan/keinginan anak? Atau karena anak merasa frustrasi, lapar, atau sakit? 
Fikir secara positif dan ini perlu, agar ibubapa bisa mencegah Tantrum berikutnya.
 

Jika anak yang dianggap salah, ibubapa perlu berfikir untuk mengajarkan kepada anak nilai-nilai atau cara-cara baru agar anak tidak mengulangi kesalahannya. Kalau memang ingin mengajar dan memberi nasihat, jangan dilakukan setelah Tantrum berakhir, tapi lakukanlah ketika keadaan sedang tenang dan nyaman bagi ibubapa dan anak.
 

Waktu yang tenang dan nyaman adalah ketika Tantrum belum dimulai, bahkan ketika tidak ada tanda-tanda akan terjadi Tantrum. Saat ibubapa dan anak sedang gembira, tidak merasa frustrasi, lelah dan lapar merupakan saat yang ideal.
 

Dari uraian diatas dapat terlihat bahwa kalau ibubapa memiliki anak yang "sulit" dan mudah menjadi Tantrum, tentu tidak adil jika dikatakan sepenuhnya kesalahan ibubapa. Kebiasaan yang kita dengar orang tua berkata, macam mana perangai ibubapanya maka itulah yang menurun ke anak. Namun harus diakui bahwa ibubapalah yang punya peranan untuk membimbing anak dalam mengatur emosinya dan mempermudah kehidupan anak agar Tantrum tidak terus-menerus meletup. Beberapa saran diatas mungkin dapat berguna bagi anda terutama bagi para ibu/bapa muda yang belum memiliki pengalaman mengasuh anak.

Selamat membaca, semoga bermanfaat untuk anda sebagai ibubapa milenium !


Imej: Carian Google

Gambar di atas ini bukan tantrum yang sebenar, :p


PENGALAMAN

Teringat kisah sahabat saya apabila menceritakan tentang kisahnya yang merupakan seorang yang amat pembersih. Dahulunya, beliau seorang yang amat mementingkan kebersihan sehingga di tahap yang boleh menyebabkan stres jika keadaan rumahnya bersepah. Seringkali anak-anaknya yang dalam proses membesar itu menjadikan keadaan rumah tunggang terbalik dalam sekelip mata. Berleter menjadi kebiasaan dan keadaan berlarutan begitu sekian lama. Sehinggalah pada suatu hari, beliau menziarahi sahabat lamanya. Keadaan rumah sahabatnya begitu bersih dan amat disenanginya. Tetapi, Allah Maha Besar, dikurniakan tempat tinggal yang indah namun masih belum diseri dengan hilai tawa cahaya mata.

Pulangnya beliau ke rumah, segenap jiwa diterokai selepas bertemu dengan sahabat lamanya itu tadi. Terbit satu rasa untuk menghargai apa yang telah Allah kurniakan padanya. Allah Maha Adil. Beliau telah dikurniai penyeri rumahtangga walaupun rumahnya bersepah. Sahabatnya pula dikurniai rumah yang bersih berkilauan walaupun belum bercahaya mata. Tidak mengapalah fikir beliau, kiranya bersepah itu tanda hidupnya mahligai cinta mereka dengan anak-anak. Tiada nilaian yang dapat membandingkan. 

Dari saat itu, beliau mulai bertoleransi dengan anak-anaknya dengan menggunakan pendekatan psikologi. Menyediakan ruang khusus untuk mereka bermain dan menyimpan mainan, mendidik mereka mengemas setiap kali tamat bermain, meminta tolong mereka untuk sama-sama jaga kebersihan dan memberi reward pada mereka kerana membantu mama mengemas. Ternyata pendekatan lembut tetapi tegas ini (win-win situation) menjadikan anak-anak beliau lebih menghormati dan menyayangi beliau. Beliau sendiri? Gembira dan bebas stres! :) Alhamdulillah. Itulah fungsi kasih sayang iaitu memberi ketenangan, :). 

Sabar? Masih perlu diterap sepanjang masa semestinya, :)

Pengalaman saya berhadapan dengan anak-anak saudara, anak-anak kepada saudara-mara dan rakan-rakan saya yang aktif dan hyper-aktif, ternyata kadangkala kesabaran diuji. Eh, bukan. Mengajar erti sabar sebenarnya, :)

Saya praktikkan beberapa kali kaedah menangani kanak-kanak ketika tantrum terjadi. Sabar adalah kata kunci yang pertama. Kemudian memeluk mereka ketika mereka sedang marah, tidak puas hati, geram dan sebagainya. Peluk mereka sambil menggosok mereka dan berkata-kata yang lembut dan memujuk. Subhanallah. Serta-merta emosi mereka bertukar menjadi lembut, mampu bertenang dan mengikut kata kita. Apabila saya minta katakan maaf, mereka akan berbuat seperti yang dipinta. Tidak terhenti setakat itu, sejurus selepas dari kejadian tantrum itu, mereka seolah ingin rapat dengan kita dan mahukan perhatian kita. Allah...  

The Power of <3. Barulah saya faham ketika emosi mereka mendadak naik, pelukan itu mampu menurunkan emosi mereka dan memberi suasana selamat pada mereka. Seolah kita memberitahunya bahawa mereka tidak bersendirian dan kita ada bersama mereka. Jaminan itu yang menenangkan mereka. Ketenangan dari kasih sayang Allah jua. Terima kasih Ya Rahman , Ya Rahim. :)


Bola-bola sabar dan buah ilmu mampu mendidik kita menjadi insan yang disayangi Allah dan disayangi semua, insyaAllah. Tidak rugi bukan mendahulukan apa yang Allah suka?

:)



Monday 14 October 2013

Slogan/Tagline

Teks: ain akib


Gula-gula kapas di langit


JALAN ITU ADA BUAH ILMU

Dah berpuluh kali melalui jalan ini. Jalan yang sama, jaraknya juga sama. Pokok jati yang ditanam bertahun-tahun dahulu di pinggir jalan kini semakin membesar dan bakal memberikan hasil puluhan tahun lagi. Walaupun kerap melalui jalan itu dengan menaiki kenderaan yang berbeza, kadang-kadang kereta, selalunya bas, namun tetap juga jarang memerhatikan apa yang ada di sepanjang jalan itu. Baru kali ini mata saya menangkap imej itu dan minda berputar laju untuk membentuk satu perkaitan.

"Banyak rupanya papan iklan sepanjang highway ni,"

Mata terus memerhati buat beberapa ketika. Sekejap tertoleh ke kiri. Sekejap tertoleh ke kanan. Pemerhatian berterusan selama beberapa sela.

"Ehh... Macam-macam jenislah iklannya,"

Ada yang pernah tengok di kilometer yang sebelumnya, ada yang jenama yang tidak pernah didengar dan baru tahu akan kewujudannya.

"Ehh... Menariknya slogan iklan ni,"

Baru perasan iklan yang pelbagai itu datang dalam berbagai bentuk promosi.


IKLAN: NAMA & SLOGAN

Saya senaraikan beberapa iklan bersama slogannya yang sempat saya rakamkan sepanjang perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur melalui Leburaya PLUS Utara-Selatan.

Makanan/ Makanan Tambahan/ Minuman:
  • ESKAYVIE REVERSE | Definisi Keanggunan Wanita
  • ESKAYVIE NUTRELLE | Definisi Detoksifikasi
  • APPETON WELLNESS 60+ | Tiada Gigi, Tiada Masalah
  • YUSUF TAIYOOB | Pilihan Eksklusif
  • MAMAMILKY | Coklat untuk Membanyakkan Susu Ibu
  • KING'S CONFECTIONERY | For Franchise Enquiries, Please Call...
  • DELITE MILK | Fresh Milk Goodness
  • SERI DEWI MALAM | Jamu
  • SAJI | Pilihan Malaysia
  • COKLATMINDA | Bantu Anak Anda Hadapi Peperiksaan
  • KEWPIE MAYONNAISE | Sekali rasa Pasti Nak Lagi
  • DRIVE | Cergaskan Tubuh dan Minda Anda (Model: Stacy, Aaron Aziz, Fizo Omar)

Produk/ Produk Harian:
  • FLOOR DEPOT | My Floor My Way
  • DDEC (DESIGN DEVELOPMENT CENTRE) | Serlahkan Jenama Anda
  • YOKOHAMA BATTERIES | Start With The Best
  • KYOCERA | Document Solutions
  • PIAA | Worldwide Motor Sport Proven Technology
  • FILORGA LABORATORIES | Reverse The Aging Process, Rediscover A Youthful & Invigorated Skin
  • KINGKOIL ACTIPRO | (Model: Neelofa)
  • PENTEC | Kualiti Baik, Harga Baik
  • HOT AIR-FRESHENERS | Produk Haruman Halal
  • MILUX | Kualiti. Keselamatan. Ketahanan
  • SORENTO | (gambar stainless steel pili paip)
  • KARCHER | German Engineered Cleaning Equipment

Akademik:
  • SUNWAY UNIVERSITY | Dimiliki dan Ditadbir Oleh Jeffrey Cheah Foundation
  • SUNWAY LAGOON | Feel The Excitement!

Servis:
  • ROCKWILLS | No. 1 Wills & Trust Services
  • AGRO BANK | Perintis Perbankan Pertanian
  • BSN AN-NAIM | Pembiayaan Perumahan-i
  • GCE (Guthrie Corridor Expressway) | Ke KLIA & Selatan Melalui Lebuhraya Guthrie
  • FM 93.9 | Berita Pantas dan Info Berterusan  

Gambar dari atas: Papan yang unik, Iklan yang simple, Bercop halal.

Terdapat juga jenama yang tidak mengenengahkan slogan tetapi iklannya dikuatkan dengan gambar. Apatah lagi dengan artis sebagai modelnya.
 
Di bawah ini pula adalah iklan yang kerap muncul (lebih dari sekali) di papan iklan. Iklannya masih berpusing di sekitar jenis makanan dan produk harian. Tetapi terdapat penambahan dari agensi yang menawarkan khidmat servis. Kekerapan ini adalah dari jenama yang telah mendapat tempat di dalam negara kita, jadi, iklannya lebih sederhana dan simple, hanya untuk orang ramai ingat akan jenama itu. Bagi yang tidak, ini adalah usaha promosi gerak gempur!  
  • FRESHIE | Juice Your Day!
  • COCOPIE | Pai Coklat Kegemaran Ramai 
  • JACKER | Rangup Habis!
  • HWA TAI | Since 1962
  • FLAVETTES VITAMIN C | Semarakkan Hidup Anda
  • HERBALIFE |Mulakan Hari Anda dengan Cara yang Sihat!
  • ZHULIAN |SSSolution 2 akan dipasarkan hingga Tahun 2039
  • SYM | Engine of Life (Dengan gambar Safee Sali)
  • MDC | www.mdc-concrete.com.my
  • MOE.GOV | Meralisasi Aspirasi PendidikanNegara
  • YORK | Since 1874
  • ELIANWARE | Your Smarter Choice!
  • Kolej Vokasional KPM | Pendidikan Vokasional Pilihan Utama
  • PAKEJ UMRAH ALFAJR TRAVEL S/B | Tunaikan Haji dan Umrah Kerana Allah SWT
  • FELDA TRAVEL | www.feldatravel.com.my

Iklan yang terdapat di tepi flyover yang kita lalui di bawahnya, kebanyakannya terdiri daripada iklan akademik: 
  • MSU (MANAGEMENT & SCIENCE UNIVERSITY) | www.msu.edu.my
  • QUEST INTERNATIONAL UNIVERSITY PERAK | 1 800 88 7487
  • OUM (OPEN UNIVERSITY  MALAYSIA) | Belajar Sambil Bekerja
  • UNIVERSITI KUALA LUMPUR | Where Knowledge is Applied
  • ASIA METROPOLITAN UNIVERSITY | Physiotherapy
  • DISCOVER PERAK MALAYSIA | Jom Terokai Perak
  • PERODUA S SERIES TERBAHARU
  • JOHARA PAGI ERA | 103.7FM 

Ini pula iklan yang menarik perhatian saya kerana ayat tambahannya yang dibesarkan dengan jelas, terang dan nyata.

ASADI | Comfort. Satisfaction. Strength. Stylish 
I LOVE MY FAMILY. PLEASE REDUCE YOUR SPEED


Papan iklan ASADI


Semakin menghampiri bandaraya Kuala Lumpur, kelihatan beberapa jenama yang eksklusif:
  • TITONI OF SWITZERLAND | Shaping Masterpieces
  • UNIVERSAL TRAVELLER | Keep U Warm!
  • AUDI | Mewah. Unggul. Prestij (Teringat arnab sahabat saya bernama Audi, :p)

Yang paling best

WALL'S | Segarkan Perjalanan Balik Kampung
:)


Nyam, nyam!


KEPENTINGAN SLOGAN
  • Memperkenalkan produk/servis
  • Berkaitan rapat menerangkan dengan ringkas produk/servis
  • Catchy
  • Mendatangkan rasa selesa/hebat/praktikal kepada sasaran
  • Menarik minat sasaran
  • Mempromosikan jenama
  • Mendatangkan kesan 'tertarik' dan 'ingin memiliki' sasaran
  • Untuk kesan jangka masa panjang

Daripada contoh-contoh di atas, kita dapat analisis sedikit bagaimana slogan diberikan dengan jenamanya.  

Slogan mampu meraih tumpuan sasaran untuk mengenali produk/servis yang ingin ditawarkan. Melalui video, slogan ini boleh direkaletak dengan kesan visual yang sesuai bagi mendatangkan impak yang lebih. Slogan merupakan salah satu elemen penguat bagi sebuah produk/servis yang WOW! 

ain akib | ? 
Ada cadangan slogan yang sesuai?

:)

Friday 11 October 2013

Sound Effect


Teks: ain akib


Imej: Carian Google


BUNYI DAN HAIWAN

Bunyi dan audio adalah salah satu deria yang diciptakan bagi mengimbangi kehidupan makhluk di muka bumi ini. Organ pendengaran ialah telinga yang terletak di sisi kepala manusia. Bagi haiwan pula, ada yang sama seperti manusia dan ada yang di atas kepala. Bunyi memainkan peranan besar dalam kehidupan haiwan sebagai penggera kepada pergerakan atau kewujudan mangsa/ pemangsa di sekitarnya. Deria ini sangat membantu dalam kehidupan seharian dan sekaligus menjadi deria yang berfungsi sebagai pelindung.


BUNYI DAN MANUSIA

Berbeza fitrahnya antara manusia dan haiwan ialah pada akal walaupun keduanya memiliki otak. Perkaitan bunyi dengan kedua makhluk istimewa Allah ini adalah di bahagian tindakan. Jika haiwan menerima rangsangan bunyi hanya akan mendatangkan tindakan refleks, namun pada manusia sistemnya ada yang refleks juga yang kompleks. Tindakan yang kompleks inilah yang tidak terdapat pada haiwan kerana melibatkan akal memproses sebelum menghasilkan tindakan. Subhanallah, cantik sekali ciptaan Allah.


BUNYI DAN VIDEO

Bunyi atau audio mampu memukau penontonnya apabila elemen ini ditambah masuk ke dalam sebuah video. Normanya, kita gunakan lagu atau sound effect. Impak yang diingini boleh terhasil bilamana kita menyesuaikan sound effect yang sesuai dengan paparan dan kata-kata dalam video.  

Sound effect juga diselaraskan dengan:

  • Kelajuan paparan; jika laju paparan bergerak, maka lagu yang berentak laju dan begitulah sebaliknya.
  • Emosi yang ingin dibangkitkan ketika babak tertentu
  • Gambaran yang ingin ditampilkan kepada penonton mengenai mesej dalam video
  • Persepsi yang ingin dibentuk kepada penonton
  • Persekitaran produk/servis/ilmu yang ingin dibawa dalam video 
  • Pergerakan atau momen subjek yang bergerak atau yang mendatangkan kesan bunyi

Imej: Carian Google


Cuba anda bayangkan menonton sebuah video yang sarat dengan aksi tetapi tidak mempunyai sebarang bunyi. Ok, turunkan sahaja volume dan tonton. Pasti tidak menarik! Hoho, ;)







Ini adalah contoh video yang terawal saya hasilkan buat Kelab Remaja Lestari untuk promosi Seminar Super Leader. Boleh kenalpasti beberapa sound effect yang digunakan.

Sound effect yang baik dan sesuai mampu menjadikan sebuah video itu sebuah video yang WOW, MEMUKAU dan OUTSTANDING. Tak percaya? Anda boleh cuba! :)


BUNYI DAN MESEJ VIDEO

Mesej yang dibawa akan sampai kepada sasaran dengan bantuan sound effect ini insyaAllah. Dengan syarat, niat terawal kita menghasilkan video ini setelah kita tetapkan dengan teknik WHY (boleh rujuk entri NAWAITU), akan kembali padaNya. Begitulah video bebricara, :)

Allah jadikan telinga sebagai pelengkap kehidupan kita. Dengan itu Allah jadikan di sekeliling kita dengan bunyi-bunyian buat halwa telinga itu sendiri. Berlainan desibel, frekuensi dan not tetapi kembali kepada bagaimana kita menjaga dan menapis bunyi-bunyian yang menempa masuk menerusi telinga seterusnya emosi kita. Emosi yang baik akan melahirkan tindakan yang baik. Maka, sama-samalah kita mendengar bunyi-bunyian yang baik yang dapat mendekatkan diri kita denganNya. 

Paling kurang, bunyi-bunyian ini mengingatkan kita tentang kebesaran dan keagunganNya. Sebab itulah antara bunyi yang mendamaikan adalah bunyi alam itu sendiri. Kicauan beburung, ombak menghempas pantai, desiran angin yang mendamaikan, semuanya fitrah alam yang menenangkan. Subhanallah. Terima kasih Ya Allah. 

:)


Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...