Monday 30 September 2013

SASARAN

Teks: ain akib


SASARAN SEORANG PEMBURU

Sasaran adalah target.

Apabila dilihat dari kacamata seorang pemburu yang mempunyai selaras senapang, pasti ada arah tuju tembakan supaya pelurunya tepat mengena sasaran. Jika tidak, target yang diingini tidak dapat, peluru pula habis kebaziran.

Sasaran akan menjadi lebih mencabar bilamana sasaran adalah benda hidup. Seperti pemburu tadi, sasarannya adalah haiwan, makhluk hidup yang dijadikan Allah SWT bergerak bebas di atas muka bumi ini. Maka, apa yang perlu dibuat oleh si pemburu ialah membuat persiapan sebelum bertindak keluar berburu. Persiapan yang bagaimanakah apabila melibatkan sasaran ini?

Tentulah persiapan mengenai hal ehwal haiwan yang ingin diburu itu. Contohnya rusa. Perihal dan latarbelakang rusa akan cuba dipelajari, termasuklah:
  • Tempat di mana kelompok mereka sering berada
  • Gaya hidup dan aktiviti seharian
  • Jenis makanan yang dimakan
  • Perilaku dan habit
  • Mangsa mereka
  • Kekuatan dan kelemahan dan banyak lagi

Di sini, peranan ILMU amat penting. Dengan ilmulah, kita akan berfikir, merancang dan bertindak.
Nak dapatkan hasil perlu ada sasaran.
Nak kenal sasaran perlu ada ilmu.
Nak dapat ilmu perlu belajar mencari dan bertanya.
Yang paling glamour saat ini adalah Pakcik Google, :p.
Namun awas, kita harus memakai penapis (filter) ketika bergoogle iaitu dengan menapis sumber rujukan dan merujuk pada yang ahli (pakar) dalam bidang tersebut. Yang terbaik antara yang baik adalah belajar sesuatu ilmu itu melalui guru.


Imej: Carian Google


SASARAN VIDEO

Baik.
Sasaran dalam video pula?

Sasarannya adalah penerima mesej kita. Sasarannya adalah manusia. Makhluk yang bernama manusia juga dikenali sebagai insan, dihiasi dengan berbagai ragam. Amat memerlukan kepada persediaan kerana uniknya insan ini, dianugerahkan Allah SWT dengan kurniaan yang terbaik iaitu IMAN dan AKAL. Maka, pandulah fikiran, emosi, rancangan dan tindakan berdasarkan dua kacamata ini.

Semakin kecil kelompok sasaran, semakin mudah persediaan yang perlu dilakukan.
Wujudkan persoalan demi persoalan, teruskan membina WHY agar kita akan lebih jelas untuk mencapai sasaran.

Contohnya, sasaran kita adalah belia remaja. 

Pertama : Kenali latarbelakangnya
  • Trend gaya hidup 
  • Suasana persekitaran yang bagaimana
  • Lingkungan umur

Kedua : Kaji kesukaannya dan ketidakgemarannya
  • Gaya yang disenangi
  • Makanan dan minuman
  • Idola (artis/ilmuwan) 
  • Sebarang fenomena yang melanda pada ketika itu
  • Bahasa yang digunapakai

Ketiga : Rancang strategi berdasarkan dua perkara di atas
  • Gunakan pendekatan yang mesra alam yang boleh diterima kelompok sasaran
  • Banyakkan penggunaan bahasa atau terma yang biasa digunakan sasaran agar mereka lebih selesa dan merasa dekat dengan penyampaian
  • Sampaikan maklumat dengan tepat dan mudah
  • Panjang video memadai dengan target pencapaian yang diingini (tidak meleret)


KEGEMARAN SASARAN

Antara ciri-ciri video yang digemari penonton adalah yang ringkas, bersesuaian penggunaan isi dan penyampaian, muzik atau bunyi yang sesuai, flow yang mudah difahami, mempunyai pergerakan dan banyak lagi yang akan saya sentuh pada entri yang lain, insyaAllah.

Bayangkan sahaja kita sendiri sebagai penonton sasaran, video yang bagaimanakah yang kita suka?
Mudah bukan?


FAHAMI SASARAN

Ini amat penting bagi melahirkan suatu video yang mempunyai unsur 'hidup'. Jiwa yang memahami ini akan memberi satu nilai tambah yang bakal membuatkan sasaran bukan sahaja menonton video itu, malah 'merasai'nya juga. Inilah satu nilai yang dapat memberi impak kepada sasaran kerana hati yang merasai akan lebih terkesan, insyaAllah.

Langkah-langkah di atas adalah rujukan buat kita sama-sama mengenali dan memahami apa yang ingin kita sampaikan. Tiada yang sia-sia dalam hidup ini jika kita memilih untuk buat yang terbaik, usaha yang terbaik dan beri yang terbaik! Sesungguhnya orang Mukmin itu Allah jadikan dengan IMAN dalam hati dan AKAL. Pandulah kedua ini sebaiknya, insyaAllah tiada istilah kecewa mahupun putus asa. :)

Memberi yang terbaik bakal menarik juga yang baik-baik, insyaAllah.

Kenali sasaran,
Amati kesukaan,
Hasilkan tindakan!

:)

Tuesday 10 September 2013

Review: Kata Tak Suka Blogging...


Teks: ain akib

 
Jujurnya, saya tidak faham mengapa orang berblogging. Apa yang menariknya pun tak tahulah. Tambah pula sekarang banyak penggunaan bahasa singkatan yang menambahkan pening untuk membacanya. Ok, ini pemikiran saya sebelum ini, waktu minda masih diselaputi ion-ion negatif dan tidak mahu berfikir jauh, hoho.

Kasihan saya, saya silap rupanya. Hanya memandang sebelah mata dan menafikan kepentingan blog. Walhal setiap kali membuat carian di google pasti akan tertera naik alamat-alamat blog dan jaringan yang menjawab semua persoalan saya. Masih lambat perasan dan buta perasaan, maafkan saya, hehe.

Sejak menggunakan telefon pintar (smartphone), saya ada mengikuti blog beberapa penulis yang saya minati. Dengan kemudahan mobil ini, akses ke internet semakin mudah dan pantas, alhamdulillah. Pada masa yang sama akses ke mukabuku juga hanya di hujung jari dan bila-bila masa sahaja.




MULA BERBLOG

Terdetik saya untuk berblog adalah selepas beberapa kali membaca penulisan sahabat sekolah saya, Puan Khairunnisa Hamzah. Promosi yang dibuat oleh beliau pada mulanya hanya menjadi tatapan saya sehinggalah suatu ketika terdetik untuk merisik khabar. Bahasanya yang santai mengajak orang lain untuk turut sama belajar dalam Kelas Belajar Asas Membuat Blog dan Menulis dengan panduan daripadanya membuatkan saya rasa terpanggil untuk mencuba. Saya mempunyai minat untuk menulis walaupun tiada arah tuju yang tetap, jadi saya mendaftarkan diri untuk kelas ini.

Setelah 'bertemu' dengan Nisa di mukabuku dan hingga saat ini, alhamdulillah, Allah memberi Nisa kekuatan untuk tidak jemu menabur ilmu dan dengan sabar melayan kerenah protege-protegenya yang pelbagai, ;). Saya dipandu sedikit demi sedikit dan langkah demi langkah. Kami di follow up dari semasa ke semasa. Alhamdulillah, perkongsian bersama dengan rakan lain dalam kelas ini juga membantu, :). Alhamdulillah, Allah beri juga saya kekuatan untuk terus menulis berkongsi rasa di sini.


UNTUNGNYA?

Blog membolehkan kita mempunyai ruang sendiri bagi meraih pembaca dengan akses yang lebih luas berbanding mukabuku. Tidak dinafikan bahawa ruang ini mampu menjadi platform yang lebih baik dan konsisten dalam kita menawarkan khidmat/produk/ilmu kepada orang ramai. Kalau nak tahu, cubalah! Sesiapa juga mampu belajar! Klik sahaja di Kelas Belajar Asas Membuat Blog dan Menulis, :). 

Walaupun saya masih dalam proses menawarkan khidmat mengedit video, pada masa yang sama saya dapat melatih diri untuk menulis dan menyampaikan apa yang saya harap, buah ilmu. Jujurnya, saya berharap ilmu yang dikongsi ini menjadi saham saya di akhirat dan sebagai pelaksanaan tanggungjawab saya sebagai khalifahNya, :).

Moga Allah, Ya Mujeeb, berkati dan bimbing kami sentiasa, ameen.. :)


Thursday 5 September 2013

Pantun Itu Seni

Teks: ain akib


PANTUN OLD SCHOOL

Ketika menulis surat pada rakan sewaktu zaman persekolahan dahulu:




Ketika menulis kad raya. Yang ini paling epik! Wajibalghunnah tulis kat hujung bawah kad raya, :p





Ketika cikgu mula-mula mengajar tentang pantun dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, ini pantun paling glamour, :)




PANTUN NEW SCHOOL


Mak Timah kejar rama-rama,
Jom kita makan sama?

Pak Malau main kompang,
Awak makanlah sorang saya dah kenyang...

Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Allah kan terima

:)


Pantun antara seni warisan budaya Melayu yang digambarkan sebagai tuturkata penyampaian yang sopan. Pantun seringkali diabadikan sebagai penceria suasana dalam sesuatu majlis mahupun sebagai hiburan yang menyelit. Disusun dengan irama hujung yang berulang ataupun yang sama.


VIDEO & PANTUN

Video yang berjaya adalah video yang berusaha mencapai matlamat utamanya. Pantun mampu menguasai golongan sasaran dengan menarik minat dan perhatian mereka. Pantun amat sesuai dimasukkan bagi video yang bertujuan:

  • Santai
  • Inginkan kelainan dalam penyampaian maklumat
  • Menunjukkan sedikit unsur humor


PANTUN ITU PERMAINAN KATA

Namun begitu, struktur ayat dan pemilihan perkataan dalam pantun memainkan peranan yang besar bagi mendatangkan impak yang diingini. 

Kita boleh memilih:

  • Kata yang ringkas, mudah difahami
  • Kata yang berbunga, klasik dan tersirat
  • Kata yang berbaur futuristik, moden, dan elegan
  • Kata yang berkaitan dengan suasana majlis/ program/ organisasi
  • Kata yang membangkitkan rasa ingin tahu
  • Kata yang membina jiwa dan spiritual
  • Kata yang memberi maklumat jelas

Susunan kata, perkataan membentuk ayat akan dapat menyampaikan mesej yang ingin disampaikan. Apabila perkataan yang dipilih adalah sesuai, tepat dan jelas, maka mesej yang diterima juga akan tepat mengenai sasaran dan jelas. 

Kuasa perkataan pada memperkenalkan produk/servis/jenama kita adalah sangat kuat dan merupakan salah satu alat marketing yang terbukti berjaya. Suka saya kongsikan pautan seorang Jutawan Perkataan yang mana setiap patah perkataan yang dikeluarkannya mampu mencetus rasa hormat, ingin tahu dan mudah diterima orang ramai. Tuan Aqif Azizan, salah seorang Pengarah Urusan di Write to Wealth, yang mana kegilaannya bermain dengan kata (menulis) telah berjaya membantu ramai insan mencapai kecemerlangan dalam hidup. Ya, dengan kuasa perkataan dan penulisan. 

Jadi, jangan dipandang remeh walaupun hanya serangkap pantun. Dua kerat, empat kerat, berkerat-kerat, (ehh?? :p), namun kuasanya mampu memukau orang yang membaca dan memberi nilai yang tinggi jika kena pada tempatnya.
 
Usah takut bermain kata bilamana kata-kata itu mampu menaikkan semangat diri sendiri dan orang lain. Kemasukan unsur pantun ini mampu mendatangkan impak yang baik bilamana disesuaikan sebaiknya dengan isi (content) dalam video.

Yang terbaik, mestilah kata-kata yang sering membawa diri kita dan orang lain ke arah yang Allah suka. Tak begitu? Dalam Al-Quran, ayat-ayatnya adalah terdiri daripada tulisan (Bahasa Arab) yakni kalamullah (kalam Allah). Sebagaimana kata-kata Allah ini mampu menenangkan pembacanya, maka impak itulah yang sewajarnya kita tiru dan aplikasikan dalam kehidupan. Agama yang kita warisi ini terlalu cantik dan sempurna bilamana kita cuba untuk mengamalnya secara keseluruhan. Bukan secara picisan-picisan, tetapi secara keseluruhan.

   
Ya Allah *Ya Basit
Kurniakan kami kefasihan lidah berkata-kata
Agar rezeki berkat walaupun sedikit
Serba cukup tanpa meminta


* Ya Basit(Maha Melimpahkan Nikmat)



Pilih dan susun menjadi kata
Pantun diatur tepi radio
Menambah rasa memberi makna
Itulah seni dalam video


Pantun itu SENI.
Indah itu ada pada SENI.


:)


Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...