Friday 28 February 2014

Sabar Itu Anugerah


Teks: ain akib


SOD. BA. RO.

Seringkali kesabaran diuji.
Terkadang dalam lewat doa yang dipanjatkan pada Yang Maha Esa, meminta diri ini diberi kekuatan dalam mengharungi hidup. 
Dan Allah makbulkan.
DiberiNya kekuatan kepada hamba yang meminta. Namun dalam bentuk ujian yang hadir agar kekuatan itu dibina sedikit demi sedikit kerana Dia Maha Mengetahui jalan terbaik untuk dilalui oleh hamba ciptaanNya.

Hikmahnya?
  1. Memperlihatkan kebesaranNya dan kekuasaanNya
  2. Melatih diri merasa kasih sayangNya melalui ujian yang diberikan
  3. Merasa bahagia kerana tergolong dalam insan terpilih dan diberi perhatian olehNya
  4. Melahirkan rasa kehambaan

Terima kasih Ya Allah...


Imej: Carian Google


JALAN SABAR

Ambil tempoh untuk bertenang.
Tarik nafas dalam-dalam.
Dan lepas perlahan-lahan.
Sambil meratib Ya Sabur, Ya Sabur, Ya Sabur (Maha Penyabar).

"Solat dan membaca Al-Quran adalah waktu untuk kita bertenang. Fokus dengan apa yang kita kerjakan dan lafazkan.

Waktu sakit juga adalah waktu untuk kita bertenang. Muhasabah atau refleksi, menyingkap kelemahan diri.

Rawatan rohani".

 
(Solusi, Edisi Khas, 64) 


RASAI ANUGERAH SABAR


Imej: Carian Google

Hakikat insan adalah terlalu faqir.
Faqir dan amat memerlukan bimbingan daripada Pencipta yang satu.

Ya Ghaffar (Maha Pengampun), ampunkanlah diri ini atas dosa-dosaku..
Janganlah dosa-dosaku menjadi penghalang aku menerima rahmat dan kasih sayangMu..
Ampunkan aku Ya Allah..
Lembutkan hatiku dan sabarkan aku..

Ameen..

    Monday 24 February 2014

    Bersangka Baik Itu Rahmat


    Teks: ain akib


    Imej: Carian Google


    RAHMAT ITU ANUGERAH

    Bersangka baik itu suatu rahmat.

    Untuk memahami ayat di atas ini, perbezaan kedua-dua persepsi kebaikan dan keburukan perlu diperlihatkan supaya akal dapat menimbangtara dan memilih. 

    Bayangkan jika kita sentiasa bersangka buruk.
    Datang satu perkara terjadi pada kita, kita terus bersangka buruk.
    Think of the worst that might happen.

    "Aku masak ni mesti tak sedap,"

    "Ala, dia tu memang macamtu. Dah perangai dia macamtu, kita nak buat macamana lagi?"

    Sedari awal kita telah meletakkan sebuah batu penghalang, seolah-olah perkara itu telah ditakdirkan begitu dan tidak sama sekali boleh berubah.

    Bagaimana jika kita meletakkan harapan yang baik dari permulaan?

    Saya kongsikan pengalaman saya pertama kali memasak satu jenis masakan. Pertama kali mencuba agak kurang yakin sebenarnya namun saya beranikan diri untuk buat dengan niat ingin memberi yang terbaik buat santapan orang-orang tersayang. 

    Berbekalkan keyakinan yang Allah akan membantu saya, saya redah juga meneruskan eksperimen saya. Yang penting sekali adalah persediaan diri bahawa jika semuanya berjalan lancar, maka Allah ingin mengajar kita erti gembira bahawa tiada apa yang mustahil. Jika ada sesuatu yang tidak kena, maka Allah ingin mengajar kita erti gembira bahawa Dia memilih kita untuk belajar dari kesilapan dan memperbaiki diri untuk seterusnya, kerana kegagalan dan pengalaman adalah guru yang terbaik! Dan yang paling best ialah kedua-duanya adalah rahmat daripadaNya!


    Imej: Carian Google


    Bekal keyakinan padaNya inilah yang menjadikan diri ini gembira walau apa jua natijah di penghujungnya. 

    Kerana semua adalah daripadaNya jua.

    Terima kasih Ya Allah, :)


    MOMOKAN KUASA

    Ya, sebagai seorang manusia, ketermampuan kita sememangnya terbatas. Namun, kita akan cuba mencari kehidupan yang menghampiri kesempurnaan di mana tiada apa yang mustahil. Kesannya, muncul drama dan filem seperti Genie In A Bottle, Aladdin, Doraemon, The Incredibles, Superman yang menggambarkan extra power yang mampu membawa kebaikan yang lebih kepada dunia.

    Sebagai seorang yang beraqidah sejahtera, kita harus mempercayai bahawa kuasa dan kemampuan yang kita miliki semuanya adalah atas izinNya. 
    Apabila Dia mengizinkan, maka, terjadilah sesuatu itu. 

    Dia Ya Muqtadir (Maha Berkuasa).
    Semua dengan izinNya.
    Subhanallah.


    BERSANGKA BAIK ITU DI MANA?

    Bersangka baik itu di mana ya?

    Tindakan dan tuturkata yang baik datangnya dari didikan dalaman yang baik.
    Pemikiran dan hati yang baik akan memandu perilaku dan percakapan yang juga baik.
     
    From inner to outer.

    Seringkali kehidupan kita ini dipenuhi dengan momokan yang kurang sihat sejak kecil seperti yang saya tuliskan di atas tadi. Momokan ini perlu kita tapis dan perbaharui dengan fahaman yang selaras dengan aqidah dan ketetapan agama Allah.

    Dalaman ini yang mengawal kehidupan kita seperti nakhoda bagi sebuah kapal dan raja sebuah kerajaan. Hati ini akan sering bertemu dengan pelbagai perkara yang akan mengganggu-gugat. Oleh kerana itu, penyucian hati dan jiwa adalah perlu.

    Tidak perlu Febreeze atau Clorox untuk penyucian ini (:p).
    Cuma bermodalkan kesatuan hati dan lidah sahaja.



    Imej: Mukabuku Motivational Muslim


    Kerana dengan mengingati Allah, Ya Mukmin (Maha Melimpahkan Keamanan) hati akan menjadi tenang, :)

    Bersangka baik dengan manusia kerana bermakna kita bersangka baik dengan Allah.
    Dan rahmat Allah akan dapat dirasai dari pelbagai sudut. 
    Hati yang tenang, keluarga yang sakinah, urusan yang diberkati dan seumpamanya. 
    Aliran rahmat adalah antara nikmat terbesar kurniaan Allah kepada hambaNya.
    Masakan mahu kita bersangka buruk terhadap Ya Malikul-Mulk (Pemilik Segala Kerajaan)?

    'ALLAH memberi dengan kesempurnaan, kita mengingini dengan keterbatasan!'
    (Ustaz Pahrol Mohd Juoi)

    Bersangka baik itu untung! Tidak rugi!
    :)



    Friday 14 February 2014

    Bintang Syurga - Tribute To Ahmad Ammar


    Teks: ain akib


    BINTANG SYURGA

    Pertama kali saya mendengar lagu ini, terus menyukainya.

    Apabila dilihat kepada bait liriknya. Allah.... :'(

    Dinyanyikan oleh Raqib Majid bersama kumpulan nasyid UNIC.

    Buat Allahyarham adik Ahmad Ammar...
    Moga Allah santuni beliau di sana..
    Al-Fatihah. 






    Lagu: Bintang Syurga
    Penyanyi: Raqib Majid (feat. Unic)


    Biar darah jadi baja

    Biar tulangku menjadi tonggaknya
    Islam tetap di puncak
    Biar imanku terus melonjak
     
    Aku tegar
    Aku rela
    Sekalipun aku dihenyak


    Burung-burung hijau terbang
    Oh ku tenang melayang
    Syurga firdausi menunggu ku datang
    Bidadari pun tersenyum
    Merindu cumbu harum
    Di saat cinta mekarku bercantum
     
    Pergiku tak kembali
    Kerana memburu nikmat syurgawi
    Itulah yang hakiki itu yang abadi
    Dan ku tidak mati
    Bahkan hidup dengan rezki dari Ilahi
     
    Kejayaan (kejayaan)
    Kebahagiaan (kebahagiaan)
    Bintang syuhada yang dirindukan
     
    Datang datanglah wahai syahid
    Dambaan mujahid
    Aku relakan sakit yang sedikit
     
    Dari tahanan sementara
    Biar aku nestapa
    Demi bahagia untuk selamanya
     





    Thursday 13 February 2014

    Fungsi Muzik dan Jenis Lagu


    Teks: ain akib


    Saya kongsikan tips yang sahabat saya kongsikan mengenai fungsi muzik dan jenis lagu ketika dalam sesuatu program. 


    FUNGSI MUZIK


    Imej: Carian Google


    Dua fungsi utama muzik:
    1. Mengubah keadaan minda (state of mind)
    2. Mengubah suasana (surrounding)

    Sebab itulah ada terapi yang menggunakan muzik sebagai salah satu alat bantu yang berjaya, seperti Terapi eHati, :)


    JENIS LAGU 

    Terdapat empat jenis lagu yang digunakan sewaktu program:


    1- Rentak tinggi dan cepat (high and fast beat)
    • Sesuai untuk pengenalan (introduction/ ice breaking)
    • Bertujuan untuk mengubah keadaan sejuk ketika mula program ke keadaan panas bagi menerima pengisian program.
    • Membangkitkan mood sasaran dan stimulasikan respon sasaran.
    • Contoh: Mr. Saxobeat - Alexandra Stan

    2- Rentak klasik atau instrumental
    • Sesuai untuk slot yang memerlukan sasaran fokus kepada sesuatu aktiviti berbentuk peribadi seperti menulis, menyelami jiwa dsb.
    • Mewujudkan suasana tenang.  
    • Contoh: Pot The Elegance of Pachelbel - Serenade

     3- Rentak perlahan seperti jazz 
    • Mempunyai lirik dan dimainkan secara perlahan
    • Sesuai untuk mewujudkan sharing
    • Contoh: Fly Me to The Moon - Frank Sinatra 

    4- Nada tinggi (high tone)
    • Mempunyai 1 boom tinggi
    • Sesuai untuk sasaran keluar dari tempat program
    • Menaikkan tenaga sasaran semula selepas tamat program daripada keletihan atau kesimpulan program yang agak sedih.
    • Contoh: Lets Get Loud - Jennifer Lopez


    JENIS LAGU DALAM VIDEO

    Bergantung kepada objektif video.


    Imej: Carian Google


    Video promosi/iklan
    • Bersesuaian dengan tema yang ingin dibawa
    • Bersesuaian dengan produk/servis
    • Bersesuaian dengan grafik

    Video event
    • Bersesuaian dengan mood yang ingin dibangkitkan
    • Abadikan memori dengan lagu tema event

    Video presentation
    • Bersesuaian dengan mood yang ingin dibangkitkan kepada sasaran
    • Bersesuaian dengan tema yang ingin dibawa
    • Bersesuaian dengan grafik

    Akhirnya, pastikan pilihan lagu atau muzik kita di dalam video atau program mahupun untuk halwa telinga kita adalah lagu yang baik. Kerana deria bunyi juga adalah komponen yang membentuk diri kita, jika baik bahan yang memasukinya, insyaAllah baiklah hasilnya. 

    Biiznillah.
    :)


    Monday 10 February 2014

    Masa Kita Akan Tiba


    Teks: ain akib

     
    PELAJARAN

    Satu pelajaran yang saya perolehi beberapa hari yang lepas.
    Pelajaran yang menurunkan ego saya.


    BUKA MATA

    Saya berpeluang pulang ke kampung bertemu dengan bonda kepada abah saya iaitu Opah saya, :).

    Sebelum ini, saya akan berbual dan melayani bicara Opah seperti biasa tetapi kali ini, saya tergerak hati untuk lebih memerhati. Bukan sekadar melihat tetapi memerhati dan meneliti karakternya bagi seorang yang sudah menjangkau 88 tahun di dunia ini. 

    Ada beberapa perubahan yang saya sedari.

    Tangkasnya tidak seperti dahulu.
    Bicaranya tidak setepat dahulu.
    Kepekaannya juga tidak seperti dahulu.
    Bukanlah sesuatu yang baru tetapi agak nyata terasa kali ini.

    Abah saya sedang menjaganya di kampung.
    Dan,
    Abah saya juga seorang yang sudah berusia.

    Di kala umurnya 60-an, dia tegar melaksanakan tanggungjawabnya ke atas bondanya. Walaupun di bahunya masih terpikul dengan tanggungjawab ke atas isteri dan anak-anaknya.

    Ini membuatkan saya terfikir...
    Allah sedang menunjukkan kuasaNya. 

    Ketika kecil kita bertatih mengenal dunia dan segala isi.
    Ketika menginjak remaja, gelojak ingin tahu serba serbi memandu diri.
    Ketika bergelar dewasa, kematangan dan logik di tahap yang tinggi.
    Ketika menongkah usia tua, kita menjadi seakan kanak-kanak kembali.
    Perlu diberi perhatian dan penjagaan.

    Begitukah aku di hari tua nanti? 


    Imej: Carian Google

    Kita pasti melalui zaman tua itu jika Allah mentakdirkan kita mencecahnya.



    MATA HATI

    Mengimbas diri pada saat ini, muda dan bertenaga melakukan apa sahaja yang diingini.
    Bergerak ke sana ke mari, meraikan nikmatnya sihat. 
    Sehingga terkadang nikmat ini dipandang enteng dan diambil mudah.
    We take for granted on little things we have.
    Terkadang memandang rendah kepada insan yang kurang upaya dari kita, yang lemah dari kita.

    Sedangkan betapa  perlunya kita berhenti sejenak dan melihat sekeliling.
    Komponen yang membentuk diri kita.
    Itulah insan-insan di sekeliling kita.

    Yang kanak-kanak menguji kesabaran kita melatih mereka memahami peraturan duniawi dan ukhrawi.
    Insan sebaya mengajar kita erti bertoleransi dan berkompromi.
    Warga emas menagih sedikit belas kasih dan tanggungjawab daripada kita.


    Imej: Carian Google

    Hakikatnya, perilaku baik harus kita berikan pada semua insan.
    Bukan atas dasar tanggungjawab semata, tetapi atas dasar inginkan rahmat kasih sayang Allah mengiringi kita.

    Aku berbuat baik kepada anak kecil yang lemah ini kerana aku inginkan rahmatMu Ya Latif..
    Aku berbuat baik kepada rakan sejawatku, majikanku kerana aku memerlukan kasihMu Ya Rahman..
    Aku berbuat baik kepada yang tua kerana aku mendambakan sayangMu Ya Rahim...

    Jadikanlah aku seorang hamba yang patuh padaMu, 
    Menurunkan ego kerana kerdilnya aku disisiMu,
    Ingatkanlah aku selalu tentang janji-janjiMu dan amaran-amaranMu,
    Dan berikanlah aku kekuatan untuk meraih syurgaMu Ya Rabb..
    Ameen..



    Jaga Dia untuk Kami

    Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...