Sunday 24 November 2013

Program (Software) Mudah untuk Buat Video


Teks: ain akib


PROGRAM (SOFTWARE) MUDAH UNTUK BUAT VIDEO

Terdapat banyak program untuk menghasilkan sebuah video. Saya kongsikan serba sedikit tentang 3 program yang mudah untuk kita belajar dan guna untuk dijadikan sebuah video.

 
Windows Movie Maker



Imej: Carian Google

Imej: Carian Google

  • Program ini kebanyakannya telah sedia ada dalam perisian laptop dan komputer ketika dibeli. Lazimnya telah dimuatturun bersama. 
  • Amat mudah digunakan kerana simple
  • Boleh dipelajari dari youtube
  • Sediakan gambar dan lagu, masukkan dan susun, tambahkan sedikit transition effect dan siap!


After Effects

Imej: Carian Google


Imej: Carian Google

  • Perlu dimuatturun
  • Lebih mudah kerana banyak template telah disediakan
  • Template yang pelbagai dengan design visual yang menarik
  • Mudah dipelajari dari youtube
  • Masukkan gambar, video rakaman, kata-kata dan lagu yang sesuai
  • Sesuai untuk hasil kerja yang cepat


Sony Vegas


Imej: Carian Google

Imej: Carian Google

  • Perlu dimuatturun
  • Terdapat juga pelbagai template yang menarik cuma tidak sebanyak After Effects
  • Sesuai jika menginginkan hasil kerja yang memenuhi spesifikasi yang diinginkan
  • Lebih detail berbanding dua program di atas
  • Boleh dipelajari dari youtube
  • Masukkan gambar, video rakaman, kata-kata, lagu dan efek yang diingini


Saya biasa menggunakan Windows Movie Maker pada awal saya berjinak-jinak dengan video ini. Seronok bila meneroka apa yang boleh dihasilkan daripadanya.

Setelah saya pergi ke Video Internet Master Technology (VIMT) barulah saya diperkenalkan dengan Sony Vegas. Ternyata ia lebih banyak fungsi dan lebih memuaskan. Capaian yang pelbagai memberikan pilihan yang banyak untuk dihasilkan. 

After Effects saya hanya belajar sekali lalu dari youtube dan ia banyak digunapakai oleh pelajar-pelajar dan rakan-rakan saya.

Jadi, pilih ikut keselesaan anda dan hasilkan sesuatu yang bermanfaat! 

:)

Saturday 23 November 2013

Vietnam (Siri 3: Sungai Mekong)


Teks: ain akib
DELTA SUNGAI MEKONG  
 
Sambungan dari entri Vietnam (Siri 2: Cu Chi Tunnel)

Salah satu destinasi di Vietnam yang menarik ialah Delta Sungai Mekong. Dengan menaiki bot dalam 10 minit sahaja kita boleh menyeberangi Sungai Mekong dan melihat beberapa perusahaan di seberang sana. Akan saya ceritakan seterusnya.


MADU LEBAH


Imej: Sarang lebah

Imej: Teh, Madu lebah, Bee pollen, dan Limau

Perhentian pertama adalah ke tempat Lebah Rumah dibiakkan. Kami dibenarkan merasa sendiri madu dari sarangnya, seperti dalam gambar di atas. Kami dihidangkan dengan minuman campuran antara madu lebah, bee pollen, limau kasturi dan teh panas. Minuman ini sesuai untuk orang yang sakit tekak dan sedap. Turut dihidangkan sedikit kerepek dan titbits. Dijual madu lebah, bee pollen, kerepek dan royal jelly di situ. Saya tidak nyatakan harga di sini kerana terlalu banyak tawar-menawar yang berlaku. Jika anda seorang yang pandai tawar-menawar, memang berbaloi, :)


GULA-GULA KELAPA


Imej: Proses pertama (Cara mendapatkan santan dari kelapa)

Imej: Proses kedua (Penghasilan gula-gula kelapa)

Imej: Proses terakhir (pembungkusan)

Berdasarkan gambar-gambar di atas, penghasilan gula-gula kelapa ini dilakukan sendiri dari A-Z di sini. Dari proses mengopek buah kelapa, dapatkan santan, kacau hingga likat dan terhasillah gula-gula yang kita selalu makan.

Pelbagai perisa seperti pandan, kacang, durian dan original boleh diperolehi. Caranya adalah gula-gula itu pada proses ketiga, ia dibalut dengan kulit popia nipis yang berperisa pandan, durian dan kacang. Kemudian barulah diikuti dengan kertas balutan luar.


SUNGAI MEKONG


Imej: Sepanjang atas bot

Sepanjang Sungai Mekong, terdapat tempat pembiakan ikan air tawar seperti gambar (kanan atas). Di bawahnya adalah gambar stesen minyak yang terdapat di tepi sungai.


DAYUNG SAMPAN

Imej: Menaiki sampan

Imej: Saya bersama Mak, Puan Sarimah dan En. Basri

Ok, sebenarnya kami naik sahaja sampan itu dan didayung oleh orang Vietnam di sana, hehe. Setiap sampan terdapat 2 orang pendayung di hadapan dan di belakang sampan dan mampu memuatkan 4 orang penumpang dewasa. Di kiri kanan laluan sampan adalah pokok nipah dan kelihatan banyak ikan belacak melompat-lompat di tanah lumpur. Traffic jammed semasa menaiki sampan kerana banyak sampan di kedua-dua arah sungai, seperti kita berada di jalan raya, :p. Seronok! :)


Imej: Kelapa muda

Akhir sekali, setelah menaiki sampan, kami terus bertukar ke bot yang kami naiki pada awal tadi. Sebagai goodbye drink, kami diberikan sebiji kelapa muda setiap seorang. Menarik kan? Terima kasih Allah, :)


INFO

Saya tuliskan sedikit gaya hidup orang Vietnam yang diceritakan oleh Pemandu Pelancong kami.


- KEMATIAN

  • Apabila seseorang meninggal dunia, mereka bergantung kepada Penilik Nasib (Fortune Teller) untuk menentukan waktu bila untuk siapkan mayat, bila untuk keluarkan mayat dari rumah, bila untuk dikebumikan. Maksimum adalah 7 hari
  • Ahli keluarga tidak boleh menyentuh mayat kerana dipercayai darah akan mengalir keluar daripada badan mayat. Hanya saudara-mara dan rakan-rakan sahaja yang boleh menyentuh mayat
  • Semasa menyimpan mayat di rumah (sebelum dikebumikan), diletakkan buah-buahan dan lilin di dalam rumah
  • Jika mayat meninggal di hospital atau rumah, majlis pengebumian boleh diadakan di rumah
  • Jika mayat meninggal di jalanraya, kemalangan dsb, majlis pengebumian tidak boleh diadakan di rumah tetapi dibuat di rumah awam yang disediakan oleh kerajaan
  • Kubur mereka adalah di tanah kepunyaan mereka (seperti sawah) kerana kepercayaan mereka adalah mereka akan bawa bersama tanah milik mereka di kehidupan selepas mati
  • Arah kubur mereka ditentukan oleh Penilik Nasib 
  • Jika haiwan peliharaan mereka mati, mereka mesti simpan dalam plastik dan dibuang ke dalam sungai. Ini bertujuan supaya di kehidupan selepas mati nanti mereka boleh bertemu kembali. Jika ditanam, haiwan itu hanya akan mengekori tuannya di dunia ini tapi tidak di kehidupan selepas mati. 


Berakhirlah kisah di Vietnam selain melawat beberapa tempat bersejarah dan membeli-belah, :p

Seronok berkelana ke negara lain melihat ciptaan Allah yang pelbagai.
Kenal diri, kenal Ilahi.
Kenal alam, kenal Pencipta alam.
MasyaAllah hebat! 

Seronok dan berbaloi! Saya rekemenkan anda untuk pergi!

:)


Vietnam (Siri 1: Saigon)
Vietnam (Siri 2: Cu Chi Tunnel)



Vietnam (Siri 2: Cu Chi Tunnel)


Teks: ain akib



CU CHI TUNNEL (baca: Gu Chi Tunnel)

Terowong Cu Chi ini adalah salah satu tempat bersejarah peninggalan dari zaman perang di vietnam dahulu. Dijadikan tempat melancong bagi memperlihatkan suasana kehidupan ketika mereka sentiasa dikelilingi dengan peluru hidup dan keadaan yang tidak aman.


Imej: Perangkap untuk haiwan sebagai sumber makanan

Gambar di atas adalah perangkap samar bagi menangkap haiwan sebagai sumber makanan. Jika terpijaknya, haiwan mangsa akan terjatuh ke dalam lubang dan mati kerana terdapat buluh tajam yang tersedia letak di dalamnya (gambar kanan bawah).

 
Imej: Lubang terowong

Ini pula adalah lubang keluar dari terowong yang akan ditutup. Bahagian atas penutup itu akan dipenuhi dengan air. Ini bertujuan supaya musuh tidak dapat menjumpai pintu masuk ke dalam terowong.


Imej: Perangkap ketika perang. Cerucuk tajam dibuat dari buluh.

Pelbagai jenis dan bentuk perangkap diperbuat dari buluh ketika perang ini. Orang-orang Cu Chi memang kreatif. Apabila melihat pada semua perangkap ini, sememangnya ngeri dan kejam. Kecacatan seumur hidup atau maut apabila terjatuh ke dalam mana-mana perangkap ini. Inilah Harun, Pemandu Pelancong kami (gambar kiri), :)


Imej: Cara membuat kulit popia

Di atas ini pula adalah demonstrasi bagaimana membuat kulit popia. Bermula dari (gambar kiri atas) tepung beras dibancuh dan dituang atas kain yang mempunyai air kukus di bawahnya. Kemudiannya digulung dengan roller (gambar kanan atas) dan digolek semula atas ampaian (gambar kiri bawah). Seterusnya dijemur beberapa jam (gambar kanan bawah) dan terhasillah kulit popia. Menarik!

 
Imej: Kasut dari getah

Ini pula adalah kasut yang digunapakai sewaktu zaman perang itu. Diperbuat daripada getah tayar. Pisau yang amat tajam digunakan bagi membentuk kasut ini. Cara memakai kasut ini adalah dengan memakainya terbalik antara hadapan dan belakang. Ini bertujuan untuk mengelirukan tentera musuh agar tapak kasut yang berbekas di tanah adalah arah yang berlawanan.


Imej: Tempat pemerhati berjaga

Ini juga adalah antara lubang masuk terowong yang menempatkan pengawal yang bertugas menjaga keadaan sekitar. Terdapat pelbagai kedalaman terowong ini dan kami berpeluang memasuki terowong yang kedalamannya 20 meter. Terowong itu bersaiz muat badan dan kita membongkok di dalamnya, tetapi sebenarnya perlu merangkak, hehe. Merasa bagaimana tentera zaman dahulu bergerak melalui terowong itu.


Imej: Ubi kayu kukus

Selepas itu, kami dihidangkan dengan makanan ruji pada zaman perang itu iaitu ubi kayu rebus/kukus. Pada waktu perang, mereka masak seawal jam 4 pagi kerana asap dari masakan bersama dengan suasana kabus di awal pagi, tidaklah mereka dapat dikesan oleh musuh. Hidangan ini disertakan dengan campuran kacang kisar, gula dan garam sebagai perasa. Teh panas juga melengkapkan perjalanan yang penuh informasi ini.


Hebat betul ciptaan Allah yang sempurna. Sumber alam dari Allah yang bermacam-macam digunapakai, selaras dengan pembangunan minda yang juga kurniaan Allah, membolehkan tentera dan orang pada zaman itu terus hidup. Allah Ya Aziz.

Imej: Paip air buluh

Paip air dalam buluh. Basuh tangan sebelum makan, :p


Imej: Pintu masuk terowong (kiri), Peluru perang (kanan atas), Ho Chi Minh (kanan bawah)

Alhamdulillah, berakhirlah sudah perjalanan merentasi kawasan Cu Chi Tunnel (baca: Gu Chi Tunnel). Kisah yang menarik bagaimana mereka pada zaman itu mengharungi hidup mereka dengan mengutamakan aspek keselamatan.

Saya selaku seorang yang bukan fanatik sejarah, menjadi teruja dengan pengalaman saya di Cu Chi Tunnel ini. Banyak perkara baru yang saya pelajari dan yang paling menarik adalah kekreatifan mereka mengubahsuai dan mencari jalan untuk terus hidup dan selamat. Tak rugi dan best! 

Terima kasih Ya Allah mengizinkan diri ini untuk berada di sana mengenali ciptaanNya.

Teruskan dengan mengikuti entri Vietnam (Siri 3: Sungai Mekong) pula, :)


Vietnam (Siri 1: Saigon)
Vietnam (Siri 3: Sungai Mekong)


Friday 22 November 2013

Vietnam (Siri 1: Saigon)


Teks: ain akib

AWAN BIRU


Imej: Awan Biru


Alhamdulillah. Diberikan nikmat menjejakkan kaki ke bumi jiran di Asia iaitu Vietnam. Penerbangan yang mengambil masa 1 jam 40 minit ini sempat saya rakamkan beberapa keping. Subhanallah! Cantik sungguh cuaca dan pemandangan dari atas awan biru (seperti gambar di atas). Serasa seperti terapung dalam gula-gula kapas! :)

Kami menginap di salah sebuah hotel di Ho Chi Minh City, lebih kurang 15 minit dari lapangan terbang Tan Son Nhat. Ho Chi Minh City (HCMC) dahulunya dikenali sebagai Saigon. Nama Saigon ini masih digunapakai di sana manakala nama HCMC hanya digunakan atas dokumen.


PERSINGGAHAN SOLAT

Imej: Masjid Al-Rahim

Salah satu masjid di Ho Chi Minh City yang sempat kami ziarahi. Tok siak yang cekap dan prihatin terhadap tetamu Allah ini amat membantu kami sewaktu ingin menunaikan solat di sana. Tingkat 1 adalah untuk jemaah wanita dan tingkat dua untuk jemaah lelaki. Telekong di sana bersih dan wangi, :).


INFO

Di sini, saya selitkan juga kisah dan suasana di Vietnam yang disampaikan oleh Pemandu Pelancong kami yang bernama Alex @ Harun. Seorang Vietnamese yang sangat ramah dan ceria!


- SISTEM PENDIDIKAN
  • 96% warga Vietnam boleh membaca dan menulis
  • 20 November adalah Hari Guru mereka. Sambutan di sekolah juga ada seperti di Malaysia tetapi mereka turut raikan bersama guru mereka di luar waktu sekolah dengan berkumpul bersama. Seperti reunion di tempat karaoke ataupun kedai makan.
  • Sistem pendidikan adalah berbayar untuk semua peringkat: pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti. Tidak seperti Malaysia yang percuma.
  • Hanya percuma untuk 2 golongan iaitu: 
  1. Memiliki ahli keluarga yang meninggal ketika waktu perang dengan Perancis atau Amerika dahulu.
  2. Keluarga yang miskin (Terdapat 10 kategori)



- GAYA HIDUP BEKERJA

  • Jam 4 pagi bangun, pergi bersenam atau taichi di taman
  • Jam 8 pagi masuk kerja tetapi akan sarapan dahulu bersama rakan-rakan dalam kumpulan kecil. Meja kecil dan kerusi kecil di kaki lima kedai
  • Jam 9 pagi baru mula bekerja
  • Jam 11.30 pagi berhenti untuk rehat tengahari selama 2 jam
  • Jam 4 petang tamat waktu bekerja
  • Makan malam adalah bersama keluarga di rumah

 Santai bukan? :)


PERSINGGAHAN MAKAN

Imej: Roti pisang (kanan bawah)
 
 
Imej: Restoran dan sajian


Alhamdulillah, tiada masalah bab makan.Tambahan pula Agensi Tabung Haji Travel yang menguruskan perjalanan kami pada kali ini. Kami berpeluang makan masakan Melayu dan makanan stail Vietnam. Oh ya, kuey teow di salah sebuah restoran ini sedap! Saya bukanlah seorang yang cerewet bab makan, jadi semua pun saya makan dan nikmatinya, :p. Antara restoran yang kami singgah ialah:

  • Halal Restoran Saigon Seri Penang
  • Halal Restoran Kampung Melayu
  • Banana Leaf
  • Halal Mekong Restaurant

Ada kari ayam, telur dadar, ayam goreng masak mentega, ikan masak tiga rasa, tomyam udang. Sup pula pelbagai, ada sup sayur, sup ubi teratai, sup bayam. Keropok udang seringkali dihidang bersama. Yang lain dari kebiasaan ialah bubur keladi dengan biji teratai, taufu goreng mentega yang rangup, fishcake jagung, popia daging dan ikan cencaru yang direbus kemudian digoreng. Thumbs up!


PERSINGGAHAN BERSEJARAH

Imej: Centre Post Office

Gambar di atas adalah Centre Post Office, Pejabat Pos yang tertua sejak dari tahun 1819. Masih mengekalkan konsep bangunan Perancis kerana dibina sewaktu penjajahan orang Perancis dahulu.

Antara tempat yang kami lawati ialah Cu Chi Tunnel, Delta Sungai Mekong yang mana akan saya ceritakan pada entri yang lain. 


MEMBELI BELAH

Selain itu, tempat yang kami singgah ialah tempat membeli belah di sekitar Saigon seperti Ben Tanh Market, Russian Market, Homemade Fabric, Daina's Collection, dan pasar malam berdekatan hotel kami. Kebanyakan kedainya selain dari deretan kedai (shop lot) adalah dalam rumah mereka di tingkat atas, sedikit kelainan dari Malaysia kita, :). Orang kata di sini adalah shopping's heaven untuk beli kain cotton, baju kurung bermanik, jubah, luggage, telekong dan barang buatan kulit. Murah berbanding Malaysia, cuma perlu dipastikan kualitinya. Pakaian dan cenderamata tempatan yang pelbagai amat merambangkan mata, hoho :p. Di sana juga mewah dengan buah-buahan, kekacang seperti badam, biji gajus, biji teratai dan kopi dengan harga yang berpatutan.

Nantikan sambungan Siri 2: Cu Chi Tunnel dan Siri 3: Sungai Mekong ya!

:)

Wednesday 20 November 2013

Rasa Hati


Teks: ain akib


Imej: Mukabuku English is Fun



Suatu ketika, kita akan melupakan kelukaan, asbab kita menangis dan siapa yang membuatkan kita merasa sakit. Akhirnya kita akan sedar bahawa rahsia menjadi gembira dan bebas bukanlah dengan membalas dendam, tetapi dengan membiarkan perkara itu berlalu dengan caranya dan masanya yang tersendiri. Kerana, apa yang penting bukanlah pada awalannya, tetapi pengakhiran kisah hidup kita yang menunjukkan betapa cemerlangnya kita berjaya melaluinya.
 
Jadi, tersenyumlah, ketawa, memaafkan, percaya dan sayangilah semuanya semula.

Kehidupan ini adalah suatu perjalanan yang memerlukan kita beradaptasi dengan pelbagai perasaan. Benar, yang paling sukar adalah membiarkan perkara yang tidak disenangi berlalu mengikut rentaknya. 

Sifu saya Puan Diyana Tahir memberi tunjuk ajar agar menghargai kehadiran perasaan itu, menggunakan minda dan emosi dengan cara yang betul dan perlahan-lahan biarkan ia berlalu dengan semulajadi. Sama ada ia akan berlalu serentak dengan berlalunya masa atau ia akan masih di situ buat seketika dan akhirnya akan pergi. Mana-mana pun, itu akan menguatkan kita apabila kita melihat sisi berkahnya. Selebihnya kita serahkan pada Yang Maha Besar untuk menyembuhkan dan memelihara kita. Terima kasih Ya Allah.
 
Perkara yang tidak dapat kita rasai, tidak dapat kita sembuhi.

- eHati -

Akan datang : eHati 2.0

:) 


Tuesday 19 November 2013

Terima Kasih Sahabat


Teks: ain akib


Imej: Carian Google


Syukur alhamdulillah. Allah hadirkan rasa gembira dan bahagia apabila saya berjejak kasih dengan sahabat lama saya sewaktu di universiti dahulu. Agak rapat suatu ketika namun sedikit terjarak setelah tamat belajar. Saya tidak menjangka sama sekali bahawa pertemuan pada hari itu bakal menjentik seribu satu rasa. 

Rasa yang membuatkan saya kembali merasa kasihnya Allah pada hambaNya. 
Indahnya sahabat yang membimbing ke arah mendekatiNya.
Allahuakbar.
Terima kasih Ya Allah.
Allah mengurniakan saya seorang sahabat yang mana pada mulanya, beliau memohon sedikit pengertian bagi mengubat rasa hati yang sedang diuji. Cabaran besar buat beliau yang amat memerlukan pengertian dan perkongsian. Bagi wanita, muslimah, adalah suatu keringanan apabila dapat meluahkan. Saya cuba meminjamkan telinga, kefahaman dan berbekalkan sedikit empati yang saya ada. Kelihatan seperti hanya satu pihak yang menerima kebaikan iaitu yang meluahkan. Namun, ternyata Allah masih mahu memandang diri ini. Masih mahu memberi sesuatu yang berharga pada diri ini. Allah mentarbiyah diri ini dengan suntikan kasih sayang daripada respon sahabat saya itu sendiri. 


TERIMA KASIH YA ROBB!

Wanita, muslimah, apabila ia berkata-kata, otaknya turut ligat menyusun atur. Itu fitrah. Boleh rujuk Buku 'Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps', :). 

Sahabat saya ini, kelebihannya adalah beliau mampu meluahkan rasa dengan mengenalpasti setiap apa yang berlaku ke atas dirinya. Beliau jelas dengan apa yang telah Allah timpakan atas dirinya dan beliau merasakan dirinya itu dipanggil kembali untuk dekat padaNya. Selang-seli perbualan itu menampakkan beberapa buah hikmah yang dapat saya temui. Walaupun ada yang telah saya ketahui, namun apabila didengari semula bagaikan peringatan buat diri ini yang selalu leka.

  • Sebelum tidur, doa dan minta Allah bangunkan kita pada waktu yang mustajab berdoa
  • Jika terbangun tengah malam, jika tak larat nak dirikan qiam sekalipun, berdoalah walaupun pendek
  • Ada perkara yang Allah beri pada kita, kemudian Allah ambil semula. Mungkin Allah mahu kita kembali dekat denganNya kerana perkara itu telah melekakan kita.
  • Kadang-kadang kita ini tak sabar, walhal Allah suruh sabar sikit sahaja lagi
  • Kita usaha, doa. Jangan putus asa. Master plan ada pada Allah :)


Yang paling saya terharu, beliau berpesan pada saya,

"Ain, hang jangan letak aku kat hati hang tau. Takut time marah hang tak suka aku. Letak kat doa,"

Saya pun sambung,

"Letak dalam doa. Sebab doa naik ke langit,"

:)

Monday 18 November 2013

Prabayar ke Pascabayar


Teks: ain akib


DETIK-DETIK BERTELEFON BIMBIT

Saya berjinak-jinak dengan alam bertelefon bimbit bermula dari alam universiti. Ok, nampak macam agak lewat kan? Hehe. Itupun setelah timbul keperluan dari sudut komunikasi apabila bergerakerja di dalam kampus. Waktu itu, saya antara yang agak terkebelakang dalam bidang teknologi gajet ini, :p.

Telefon bimbit saya yang pertama ialah Nokia 2100 yang Mak saya dengan baik hatinya belikan untuk kegunaan anakandanya ini. Terima kasih Mak, :). Waktu ini game ular teramatlah glamour, :p.

Ketika ini kaedah prabayar atau prepaid digunakan dengan jayanya. Pada waktu ini hanya nilai tambah kredit sebanyak RM10, RM30 dan ke atas sahaja yang ada. Belum ada nilai tambah kredit RM5 seperti sekarang.



Imej: Carian Google

Imej: Carian Google


Shila, ingat lagi tak memori kita dengan telefon ini? :)


PRABAYAR DAN PASCABAYAR

Prabayar = prepaid
Pascabayar = postpaid

Nilai tambah kredit dalam telefon bimbit adalah berdasarkan penggunaan kita. Semakin banyak kita guna, semakin banyak pengeluaran wang yang dikeluarkan. Lazimnya di zaman belajar, kita menggunakan kaedah prabayar, sesuai dengan latarbelakang kita yang belum bekerja, hanya bergantung pada elaun belajar ataupun biasiswa. Penggunaan Sistem Khidmat Ringkas ( SMS - Short Message System) amat tinggi di kala ini dengan rakan-rakan mahupun ahli keluarga.

Apabila memasuki alam pekerjaan, peluang lebih terbuka luas sama ada kita mahu menggunakan antara kaedah prabayar atau pascabayar. Kadang-kadang kerana telah mempunyai pendapatan tetap sendiri, maka ada yang memilih untuk bertukar dari prabayar ke pascabayar.

Ada banyak sebab yang menyebabkan orang ramai bertukar dari prabayar ke pascabayar, antaranya ialah:

  • Berpendapatan tetap menyebabkan mampu untuk melaburkan sejumlah wang tetap ke arah ini secara bulanan
  • Tidak mahu menambah nilai kredit berulang kali
  • Mudah menguruskan kewangan tanpa perlu memikirkan gangguan penggunaan telefon bimbit (kredit habis)
  • Terdapat pelan yang menguntungkan dari syarikat rangkaian telekomunikasi

Terdapat banyak lagi sebab yang menyumbang kerana situasi setiap orang adalah berbeza. Situasi dari sudut kekerapan penggunaan, faktor persekitaran seperti capaian talian (line coverage), kewangan, keperluan, dan sebagainya.


Imej: Carian Google


PRABAYAR KE PASCABAYAR

Saya kongsikan pengalaman saya dahulu ketika saya, setelah bertahun-tahun menjadi pengguna sistem prabayar beralih arah ke sistem pascabayar.

Bermula dari keperluan.
Sebelum itu saya hanya banyak menggunakan SMS untuk berhubung dengan orang sekeliling, maka sistem prabayar sudah memadai.

Ketika itu saya baru sahaja memasuki alam pekerjaan. Keterlibatan dalam menguruskan sebuah program bertaraf antarabangsa yang gerakerjanya bermula setahun sebelum ianya berlangsung, mengubah kekerapan penggunaan telefon bimbit saya. Saya kerap perlu menghubungi pelbagai jenis orang dan kadangkala situasi adhoc juga timbul. Kekerapan membuat panggilan meningkat juga dari sudut nilai kredit yang perlu sentiasa diperbaharui (waktu itu tak biasa untuk tambah nilai kredit dalam nilai yang banyak). Dari situ, saya mula berfikir untuk menggunakan sistem pascabayar yang mana ia mampu menguruskan masalah (baca: cabaran) yang saya hadapi.

Terus tukar?
Tidak.
Itu baru terfikir dan rasa ingin bertukar.

Apabila melibatkan duit, sudah pasti kita akan menimbang tara dengan sebaiknya bukan?
Pasti kita tidak mahu menanggung sebarang kerugian daripada tindakan yang diambil.
Maka, saya jalankan dahulu sedikit analisis sebelum mengambil apa-apa tindakan.


LANGKAH YANG DIAMBIL

  1. Setiap bulan, saya rekod penggunaan kredit prabayar saya. Nilai wang yang dibelanjakan untuk kredit, kadar kekerapan SMS dan panggilan yang dibuat. Direkod selama 6 bulan. Bagi saya memadai untuk saya lihat trend penggunaan saya.
  2. Perbandingan dibuat dari keenam-enam bulan tersebut. Saya dapati nilai kredit meningkat dari segi penggunaan panggilan yang dibuat dan saya dapat mengetahui purata nilai yang saya perlu guna setiap bulan. Ok, saya berpuas hati dengan bukti ini kerana dari sini saya tahu nilai minimum dan maksimum yang saya perlukan.
  3. Seterusnya, saya teliti rangkaian-rangkaian telekomunikasi yang ada berserta pelan-pelan pascabayar yang ditawarkan. Maxis, Celcom, Digi, dan lain-lain. Cari, teliti dan bandingkan.
  4. Nilai kesamaan yang saya cari adalah dari sudut untung apabila membuat lebih banyak panggilan daripada SMS kerana kekerapan panggilan yang saya buat adalah melebihi penggunaan SMS. 
  5. Antara perkara yang perlu diteliti pada pakej yang dikemukakan ialah:  
  • Caj panggilan setiap minit
  • Caj setiap SMS kepada rangkaian telekomunikasi yang sama/berbeza
  • Terma dan syarat (kontrak atau tidak, berapa lama kontrak, caj pendahuluan dsb)
  • Rebat
  • Wujud kadar istimewa atau waktu panggilan yang tertentu/terhad
  • Penggunaan nombor yang sama atau tidak 
  • Wujud caj yang lain atau tidak
  • Had limit caj minimum/maksimum

Setelah mengenalpasti pakej yang paling sesuai dengan keperluan penggunaan dan jumlah kewangan yang mampu dilaburkan, barulah saya bertukar ke sistem pascabayar.

Alhamdulillah.
Dengan hasilnya itu, saya amat berpuas hati dan saya rasa amat berbaloi. Tidak sia-sia apa yang saya usahakan kerana saya membuat pilihan dengan mata yang terbuka.
Pilihan sentiasa ada, cuma terpulang pada kita untuk memilih.
Itu termasuklah memilih jalan yang mana untuk membuat pilihan.

Jalan untuk terus bertukar kepada sistem pascabayar tanpa berfikir panjang ataupun meneliti serba sedikit sebelum bertukar. Masing-masing pilihan itu ada kesannya yang tersendiri.

:)


 HIKMAH

Nampak macam susah?
Rekod, analisis, cari maklumat, membuat perbandingan dan akhirnya membuat keputusan.
Saya pun tidak pasti, mungkin sudah terbiasa berada di aliran sains yang melazimkan diri dengan laporan dan semua kaedah-kaedah di atas, hehe. Ada baiknya juga, saya aplikasikan di sini, alhamdulillah, :). Itulah hikmahnya sifat teliti yang diperolehi ketika belajar walaupun karakter saya bukanlah yang sebegitu sebelum ini.

Apapun, prabayar atau pascabayar, tetap berbalik pada tahap penggunaan kita masing-masing. Ada yang situasinya sesuai dengan prabayar apabila line coverage agak kurang memuaskan di kawasan itu, maka, tidak banyak kredit yang digunakan. Mungkin ada yang sesuai dengan prabayar apabila penggunaannya memadai dengan pakej prabayar yang dipilih. Mungkin ada juga yang sesuai dengan pakej pascabayar yang setiap bulan memberikan rebat apabila penggunaannya tinggi dan banyak lagi. Terpulang pada penggunaan dan situasi kita.

Pengalaman saya yang saya kongsikan ini adalah usaha yang telah saya laksanakan beserta hasilnya. Pengalaman yang melibatkan pemilihan berdasarkan akal yang rasional yang Allah pinjamkan ketika itu. Ditambah dengan kerajinan membuat sedikit kajian, :p. Itu sahaja. Ambillah jika ilmu ini berguna buat anda yang membaca.

Moga ada hikmahnya dan Allah redha.

:)


Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...