Wednesday 23 October 2013

Aku dan Kau Berbeza



Teks: ain akib



KITA SERUPA

Kita semua adalah manusia. Homo Sapien dalam bahasa saintifiknya. Kita adalah sama dari segi anugerah yang Allah ciptakan. Punyai anggota badan, deria yang pelbagai, juga keunikan tersendiri dari sudut bakat dan kemahiran. Semua ini Allah jadikan dengan aturan yang cukup cantik dan indah. Subhanallah.

Apabila wujud persamaan sesama kita, dengan mudah kita raikan dengan senyum ketawa, rasa suka dan senang hati. Adalah fitrah kita akan rasa suka pada perkara yang sama. Bagaimana pula dengan perbezaan yang timbul? Bagaimana untuk diuruskan? Ada manual jugakah?


TAPI KITA TAK SAMA

Dalam perbezaan yang wujud, di situ jelas, nyata dan terang melihatkan kuasa Ilahi. Dia Ya Aziz, mampu mencipta dan mewujudkan apa jua yang Dia kehendaki termasuklah yang di luar pemikiran kita. Dia Ya Awwal Ya Akhir, yang memulakan dan yang mengakhiri, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk dilalui oleh makhlukNya.

Dia menjadikan perbezaan untuk kita hadapi berpandukan ajaranNya. Tidak Allah jadikan sesuatu perkara itu dengan sia-sia dan tanpa manfaat, hatta sekecil-kecil perkara. Tiada bergerak satu zarah pun tanpa izinNya.



Imej: Carian Google



PERBEZAAN PENDAPAT/PANDANGAN

Seringkali perbezaan ini muncul sewaktu kita berbicara, dalam bentuk buah fikiran mahupun tindak-tanduk. Acapkali yang terjadi adalah EMOSI diletakkan di hadapan berbanding IMAN dan AKAL.

Bila direnung kembali pada diri sendiri, saya masih lemah dan kurang dari sudut skill untuk berdepan dengan perbezaan pendapat. Kadang-kadang saya mengeluarkan hujah-hujah yang dangkal yang memburukkan keadaan.

Perasan atau tidak, ada di kalangan guru-guru kita, sahabat-sahabat kita yang dalam keadaan kritikal berbeza pandangan, mereka masih mampu tersenyum dan memberi respon dengan baik. Relax dan cool sahaja mereka, hehe. Bila diamati, ada beberapa perkara yang diterap oleh mereka dalam diri. Kembali kepada nilai peradaban kita sebagai manusia, iaitu saling menghormati.

Antara adab dalam berbeza pandangan:
  • Bersangka baik dahulu
  • Tidak cepat melatah
  • Raikan pendapat


Kadangkala:
  • Sesuatu pandangan itu mampu menjadi pengimbang (check and balance) terhadap sesuatu isu
  • Dengan tidak memberi pandangan pada sesuatu masa juga adalah lebih baik



PERANAN AKU

Ada beberapa langkah yang boleh dilatih dalam diri untuk lebih bijak berhadapan dengan situasi berbeza pandangan ini. Bermula dengan bersangka baik, ini adalah kekuatan yang utama kerana sebenarnya kita berbaik sangka pada Pencipta untuk memberikan kita sesuatu yang terbaik. 


Imej: Carian Google


Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA: 
"Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak".


Latihan ini juga adalah buat diri saya yang terkadang-kadang dipandu oleh emosi dan kedangkalan akal. Allah telah sediakan manual untuk dipatuhi agar kita masih berada elok dalam kerangka pemeliharaanNya. Allah berikan panduan untuk memandu manusia mengurus dan mentadbir perbezaan pandangan ini. 
  • Budaya cakap-aku-sahaja-yang-betul dan cakap-dia-sahaja-yang betul perlu perlahan-lahan dihapuskan
  • Raikan perbezaan pendapat dengan tidak memperlekehkan pendapat orang lain (dari sudut teknikal seperti perkara cabang dsb. Bukan pada perkara pokok/dasar agama contohnya)
  • Sama-sama educate diri sendiri dan orang-orang di sekeliling untuk hormat para 'Ulama. Walaupun tidak suka akan mereka, jangan sehingga membenci dan mencaci mereka. Langkah yang amat dipandang remeh sekarang ini.



Imej: Carian Google


No comments:

Post a Comment

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...