Thursday, 16 January 2014

Tingkatan 3 Dahulu


Teks: ain akib


SEKOLAH RENDAH DAHULU

Zaman sekolah tidak perlu berfikir banyak. Cuma ikut rutin harian. Ke sekolah, bermain, berkawan, buat kerja sekolah, tidur. Begitulah selama bertahun-tahun meniti usia di peringkat sekolah rendah. 

Pernah juga meninggalkan memori indah. Pergi beraya di rumah Guru dengan menaiki bas dan teksi, bermastautin di rumah kawan selepas habis latihan rumah sukan dan makan masakan umminya (setiap minggu ada anak tambahan ini datang bertamu, hehe), bergilir study group di rumah kawan sambil buat maggi goreng, bertugas menjaga buku latihan ahli kelas dan banyak lagi.


SEKOLAH MENENGAH DAHULU

Meningkat dewasa, semakin celik dengan dunia luar. Mula pandai ke sana ke mari dengan rakan-rakan. Sekolah kami dikategorikan sebagai pinggir bandar kerana bersebelahan dengan Kuala Lumpur. Bukan budak bandarlah nampaknya, hehe. Memandangkan kelas sewaktu Tingkatan 2 terletak bersebelahan dan menghadap Highway Karak, kami (saya dan rakan meja, Azrin) yang duduk di baris terakhir kelas bersebelahan dengan tingkap, kerap menjalankan aktiviti mengira kereta yang lalu di highway ketika mengantuk dalam sesi pembelajaran, hehe. Contoh yang tidak elok untuk diikuti walaupun lebih baik daripada terlena, :p.

Jamuan kelas pula pernah dibuat di Taman Tasik Titiwangsa dan McDonalds Jalan Pahang. Bertukar hadiah di penghujungnya. Berjalan-jalan sekitar KLCC adalah antara aktiviti yang dikira menarik pada penghujung 90-an sambil belajar menggunakan pengangkutan awam Transit Aliran Ringan (LRT).


Imej: 3 Jayz (daripada koleksi Azrin)



SOLAT HAJAT

Antara memori terbaik yang dapat saya kongsikan bersama ialah amalan yang diterapkan pada kelas kami sewaktu di Tingkatan 3 Jaya dahulu. Terima kasih Ustazah Ngaedah kerana membimbing kami menjadi insan yang bersyukur dan luarbiasa walaupun kami daripada sekolah harian biasa di pinggir bandar yang boleh dilihat jika melalui DUKE ke MRR2, :p. 

Setiap kali waktu rehat (sesi persekolahan pagi pada waktu itu), ustazah melatih kami sekelas untuk menunaikan solat hajat berjemaah memandangkan kami bakal menduduki peperiksaan PMR pada tahun itu. Bersama juga adalah sahabat-sahabat dari kelas lain yang ingin turut serta. Muslimin di bahagian luar surau dan muslimat di bahagian dalam surau. Di situ kami belajar bergilir menjadi imam dan makmum dan mengatur masa untuk makan, sehinggakan kadang-kadang berkelah sahaja di tepi surau, :)


Imej: 3 Jayz (daripada koleksi Azrin)

Terima kasih Ya Allah, :)


SUBJEK KILLER

Imej: Nota Sejarah yang dijumpai selepas 14 tahun


Nota sejarah ini mengingatkan kembali kepada Guru Sejarah kami, Puan Umi. Jika kelihatan ahli kelas giat membaca dan menghafal buku teks sebelum masuk guru subjek itu, maka Sejarahlah subjeknya. Manakan dapat dilupa, sebaik sahaja masuk guru Sejarah kami, berdirilah kami dengan penuh saspen sehingga dapat menjawab mana-mana soalan yang diberi. Jika tidak, rotan panjang dengan bunyi libasannya yang gerun menanti. 

Setelah dihitung, antara libasan rotan panjang, dipulas telinga, dentuman suaranya dan pembaris panjang, maka suaranyalah yang paling kami rindui. Satu-satunya guru yang garang tetapi ada manisnya, :). Dek kerana kegarangan Puan Umi dan kenakalan kami yang terkadang mendengar kata dan terkadang naik kepala itulah, alhamdulillah semua skor A bagi subjek Sejarah (kan korang?). Alhamdulillah.


TERIMA KASIH SAHABAT
 
Jejak kasih menerusi Friendster, kemudian berevolusi menerusi Mukabuku, dan terkini Whatsapp, membolehkan kami bersua di alam maya dan berkongsi cerita. Ukhuwah kembali bertaut dan alhamdulillah menjadi medan komunikasi yang berguna dan bermanfaat, :)

Ya Mujeeb, pelihara dan berkatilah kehidupan kami, keluarga kami, sahabat-sahabat kami, saudara-mara kami, jiran tetangga kami agar semuanya tetap berada dalam redhaMu..
Ameen..
Kembali menjejaki rumah-rumah sahabat di sekitar Gombak, ada yang telah berhijrah ke negeri lain dan tidak kurang masih di sekitarnya. Apa pun, mereka inilah yang telah bersama membentuk diri ini menjadi siapa diri ini sekarang. Terima kasih korang, :)

Gombak memang best.
Ehh??
:)


1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...