Teks: ain akib
27 RAMADHAN 1435H YANG LALU
Pada hari ke-27 Ramadhan 1435 Hijrah.
Hari Jumaat.
Hari terakhir bekerja sebelum cuti Aidilfitri.
Semua tersenyum ceria, berlatarbelakangkan lagu raya, menaikkan mood raya, :)
Sedang duduk-duduk di dalam pejabat, tiba-tiba sebuah sampul dihulur kepada saya.
Sambil tersenyum, saya menyambut huluran itu sambil bertanya,
"Untuk saya? Siapa bagi?" terkejut dan teruja. Haha.
"Sayalah," jawab pihak atasan saya.
"Hah? Yeke?" soal saya yang masih terkejut.
Bos tersenyum dan menganggukkan kepala.
" Wahhhhhhh..... Terima kasih... Terharunya saya! Hehe.. Ini sampul pertama saya dapat tahun ini. Terharu!" kata saya yang masih lagi dalam keadaan tak menyangka akan menerimanya.
Sebab apa?
Kerana di usia ini, aktiviti ini hanya berlaku di kalangan keluarga sahaja, :p.
1 SYAWAL
Alhamdulillah, berpeluang menunaikan solat sunat aidilfitri di kampung saya (sebelah Abah). Selepas tamat khutbah raya, kami beriringan sanak saudara menziarahi kubur arwah Tok dan moyang-moyang yang terletak di perkuburan bersebelahan dengan masjid.
Al-Fatihah buat ahli keluarga yang terdahulu...
Al-Fatihah buat ahli keluarga yang terdahulu...
Kami sempat bergambar dengan seramai 5 generasi di hadapan rumah Opah. Masih ramai sepupu sepapat yang belum tiba pada waktu ini. Ini baru sedikit namun gambar ini termasuklah Opah saya serta cicit dan piutnya. Beliau sedikit sedih mengenangkan kaum keluarga adik-beradiknya yang telah tiada, :'(.
Alhamdulillah, tidak putus-putus kaum keluarga dan saudara-mara berkunjung ke teratak ini. Saya berdedikasi pada bahagian yang bekerja di hadapan sinki, kakak saya di bahagian bancuhan air manakala sepupu dan adik-adik saya di bahagian penyediaan makanan, :)
Paling meriah ketika bergurau senda dengan anak-anak saudara yang mudanya hanya beberapa tahun sahaja daripada makcik-makciknya ini, :)
Terima kasih Ya Allah, dengan peluang di hari raya ini, kami berpeluang mengeratkan silaturrahim sesama kami.
Terima kasih Ya Allah..
Imej: Bersama keluarga sebelah Abah |
Pada malam Aidilfitri kedua, kami mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil buat Arwah Tok, Opah dan Pakyob di Ipoh. Ini sebelah Mak saya pula.
Pertama kali kami beraya tanpa Pakyob (Pakcik sulung) kami. Arwah kembali menghadap Ilahi pada 5 Jun yang lalu di sini...
Al-Fatihah...
Imej: Kredit buat Kak Cu |
Imej: Bersama keluarga sebelah Mak |
Dalam hari raya ini juga, kami memenuhi hajat Mak Buyong (Kakak sulung saya, dua dari kanan dalam gambar di atas) untuk menghabiskan masa di pantai. Maka, destinasi terdekat yang menjadi sasaran ialah Pulau Pangkor! :)
Imej: Bersama satu-satunya Pakcik yang tinggal. Beliau pening melayan kerenah kami, hihi |
Imej: Adam dan Ameerah membuat kolam pasir, Makcik-makciknya sibuk mandi laut, :) |
Imej: Misi mencari Nemo,:p |
Alhamdulillah. Seronok!
Beriadah bersama keluarga.
Puas mandi laut.
:)
Terima kasih Ya Allah...
MAKNA SYAWAL
Imej: Carian Google |
Makna Syawal bagi saya ialah meraikan kebersamaan dengan keluarga, sanak-saudara, juga sahabat handai.
Berkumpulnya umat Muhammad meraikan hari mulia dan kemenangan setelah berlalunya Ramadhan.
Bersua muka, bertukar ceria, berkongsi rasa yang sama.
Tanpa melupakan tarbiyah dalam kelas Ramadhan yang lalu.
Tidak rugi bagi sesiapa yang memuliakan kedua ibu bapanya, juga kaum keluarganya, selagimana mereka berada dalam kerangka syariatnya.
Alirkan kasih sayang kerana itulah penarik rahmatNya!
:)
DALAM GEMBIRA BERKONGSI DUKA
Pada 17 Julai 2014, penerbangan
Malaysia dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, MH17 terhempas jatuh di Ukraine
ditembak peluru berpandu dan telah mengambil nyawa 283 penumpang dan 15
kru. Ini adalah insiden kedua yang melibatkan kapal terbang Malaysia
selepas 8 Mac yang lalu misteri kehilangan MH307 dari Beijing ke Kuala
Lumpur.
Sejak Ramadhan sehingga ke Syawal juga kita diberitakan tentang kesengsaraan saudara kita di bumi Palestin.
Dijajah di bumi sendiri.
Allah...
Imej: Mukabuku Aqsa Syarif |
Bedilan demi bedilan bom dan senjata api tanpa belas, memusnahkan apa jua yang ada.
Paling tidak dapat diterima ialah sasaran zionis laknatullah ini ke atas hospital-hospital di Gaza.
Bilamana perikemanusiaan itu ditarik Allah SWT dari jiwa, maka semulia-mulia ciptaan ini (manusia) akan menjadi seperti haiwan yang tiada kurniaan akal, walhal seganas-ganas haiwan, mereka juga tidak mampu menafikan fitrahnya yang ada belas.
Ya Kabir,
Hancur lumatkan zionis yang menzalimi warga Palestin...
Ya 'Alim,
Balasilah kekejaman mereka dengan balasan yang setimpal pada hitunganMu, bukan hitungan kami...
Ya Rahim,
Lindungilah saudara kami yang kuat jiwanya dengan kayanya rahmat kasih sayangMu...
P/s: Hospital demi hospital dijadikan sasaran. Yang terkini satu-satunya stesen janakuasa elektrik mereka dimusnahkan. These are too much!
Hancur lumatkan zionis yang menzalimi warga Palestin...
Ya 'Alim,
Balasilah kekejaman mereka dengan balasan yang setimpal pada hitunganMu, bukan hitungan kami...
Ya Rahim,
Lindungilah saudara kami yang kuat jiwanya dengan kayanya rahmat kasih sayangMu...
P/s: Hospital demi hospital dijadikan sasaran. Yang terkini satu-satunya stesen janakuasa elektrik mereka dimusnahkan. These are too much!
Imej: Mukabuku |
Marilah sama-sama kita hulurkan bantuan dan sumbangan yang kita mampu kepada saudara-saudara Muslim kita di Palestin juga Syria. Huluran dalam bentuk kewangan, khidmat kepakaran, sebaran bagi membangkitkan kesedaran ummah mahupun kiriman doa. Moga menjadi saham buat kita di akhirat kelak, ameen..
No comments:
Post a Comment