Teks: ain akib
Seketika menyepi dari alam blog, diizinkan Allah dihidupkan kembali dengan sebuah entri yang amat rapat dengan jiwa...
12 Februari 2015
Apa yang dekat di hati akan terkesan apabila berlaku sesuatu padanya.
Walaupun sudah dapat diduga, cepatnya ia berlaku tak dapat dicerna pantas.
Mendapat perkhabaran pemergian ayahanda Tuan Guru Nik Aziz menjadikan suasana terkejut kerana realitinya tersedia di hadapan mata.
"Allah telah memanggil kembali hambaNya yang dirindui........"
:'(
Imej: Carian Google |
Ibarat tsunami jiwa melanda.
Sedih.
Haru-biru.
Sebak.
Mengalir perlahan air mata..
Tidak putus-putus ucapan takziah dan doa bertaliarus dalam rangkaian mukabuku.
Walaupun tiada pertalian darah mahupun apa jua perkaitan yang boleh diceritakan, tetap merasa kehilangan.
Mengapa begitu?
Ikatan apakah yang menimbulkan suasana pilu sebegini?
Ya.
Ikatan aqidah.
Hati kita semua tetap akan kembali kepada fitrah.
Kembali mengaku kepada kebenaran ajaranNya.
Dan itulah yang dibawa Tuan Guru.
Walaupun berapa keras jiwa-jiwa menafikan tindak-tanduknya, pendiriannya, namun jauh di sudut hati tetap akan mengakui dan membenarkan semua itu.
Ajaran Tuhan yang satu beserta syariatNya itulah yang didokong dan diketengahkannya selama ini.
Susun katanya, atur langkahnya, indah batinnya, sosok tubuhnya, semua dipandang mulia.
'Izzah dari amalannya yang sememangnya menjadi contoh terbaik seorang pemimpin yang memimpin jutaan insan.
Di mana kan dicari ganti...
Malam Jumaat yang tenang.
Bersamaan dengan tarikh pemergian Almarhum Imam Syahid Hassan Al-Banna 66 tahun yang lalu, 12 Februari 1949.
Ya Allah, pemergian beliau disambut dengan jutaan doa kebaikan buatnya. Allahu....
Bagaimana pengakhiranku nanti??
MERENUNG KEMBALI
Saya tiada pertemuan istimewa bersama Tuan Guru untuk dikongsikan.
Cuma pernah melihat dari jauh figuranya beberapa tahun yang lalu.
Ketika beliau mengakadkan 2 orang pengantin lelaki di dalam masjid bersebelahan rumahnya, Pulau Melaka. Cukup mudah sesi akad nikah sambil nasihat ringkas tentang tanggungjawab suami disampaikan dengan tegas.
Kemudian di saat kami menghampiri rumah kediaman Tuan Guru, saya berada di bahagian belakang jemaah, melihat dari jauh. Malu yang sangat tinggi ketika itu untuk ke hadapan menghampiri pintu kediamannya. Entah mengapa.
Sayu dan sebak melihat kelibat Tuan Guru yang sudi menerima kedatangan kami. Mereka sempat merakam sekeping dua gambar bersamanya manakala saya malu untuk bergambar sekali. Entah mengapa. Segan dengan ulama muktabar ini.
Ya Khaliq,
Kembalinya insan mulia ini ke pangkuanMu,
Santunilah beliau selayaknya Ya Robb..
Kasihilah beliau dengan rahmatMu...
Tenanglah beliau di sana..
Kami pohonkan syurga firdaus sebaik-baik tempat buatnya...
Ya Razzaq,
Berilah kami kekuatan menjaga dan memartabatkan agama kami,
Agar hidup subur dalam mentaatiMu...
Saya cukup terkesan dengan perkongsian dari hati sahabat saya, Diyana Sharifudin, sekaligus menjadi tajuk entri ini;
Berehatlah wahai murabbi.
Moga ilmumu yang bermanfaat, hikmahmu dalam segala aspek menjadi asbab untuk kami mengikutimu.
Moga ilmumu yang bermanfaat, hikmahmu dalam segala aspek menjadi asbab untuk kami mengikutimu.
Allahumma'ghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu
Al-fatihah.
No comments:
Post a Comment