Teks: ain akib
TEKSTIL
Hari kedua kami berjalan melihat kain yang beribu-ribu lemon!
Saya tak dapat ingat nama jalan atau tempat di sana, tapi beberapa kawasan yang amat besar ini dipenuhi dengan semua jenis kain, tekstil dan yang sewaktu dengannya.
Imej: Nak mesin jahit macam ini? |
Imej: Meninjau bangunan-bangunan kedai kain yang banyak |
Ada bahagian yang baru dan lama.
Tempat yang saya pergi ini adalah kawasan baru.
Pada awalnya, kami terpaksa menapak sedikit ke bangunan destinasi yang kami inginkan oleh sebab teksi yang kami naiki hanya memberhentikan kami di bahagian tepi kawasan itu.
Tapi, bagus juga sebab kami dapat pusing melihat kawasan sekitar itu yang penuh dengan kedai-kedai baru yang menarik.
Ini namanya window shopping, ;)
Imej: Kedai stripes, checkered, lace, jeans.. |
Sebuah kedai hanya menjual sejenis kain sahaja, seperti corak belang (stripes), kotak-kotak (checkered), kain jeans, lace, shawl dan sebagainya.
Semuanya hanya memaparkan sampel (gambar kanan bawah) sahaja.
Jika berkenan, akan ditanya berapa banyak yang kita mahukan.
Berapa papan?
Tak main dah meter-meter ni.
:)
Nama pun beli borong di Guangzhou, :)
Imej: Berjalan kaki keluar masuk kedai kain |
Bagi yang ingin membeli apa jua jenis material kain dalam kuantiti yang banyak, memang sangat berbaloi. Tidak kiralah untuk bisnes kecil-kecilan atau besar-besaran. Lagi banyak anda beli lagi murah harga yang diberikan.
Sebaik sahaja masuk ke salah satu bangunan yang menjual lace, saya terpaku.
(Maaf, tiada gambar sebab asyik melihat kiri kanan, tak teringat nak tangkap gambar, hehe).
Syurga lace.
Hoho.
Beratus buah kedai di bawah satu bumbung.
Beratus buah kedai di bawah satu bumbung.
Ada juga syurga butang, manik dan sebagainya.
Maksud syurga di sini hanya untuk menggambarkan betapa banyak kuantitinya sahaja ya.
Mak aih...
Masa tu juga dah berkira-kira kalaulah buka bisnes di Malaysia ni memang untung...
Ka-ching!
:)
MI SEDAP
Imej: Mi sejuk yang rasa menandingi rupa! Sangat sedap! |
Maafkan saya sebab tak tahu nama sebenar mi ini.
Saya panggil mi sedap sebab memang sedap!
Di sini tiada cop halal Jakim sebab ini bukan Malaysia.
Yang ada cuma cop halal mereka yang dipamerkan di hadapan meja jualnya, :)
Pada mulanya saya berkeras untuk berkongsi sahaja mi itu dengan Mak memandangkan rupanya yang kurang menarik hati, hehe.
Tapi disebabkan penjual itu dah siapkan 2 mangkuk mi sejuk sedap ini dengan 1 mangkuk mi yang bersup panas untuk kami bertiga, maka makan sahajalah.
Pada suapan yang pertama masih ragu-ragu akan rasanya.
Hmm...
Telan.
Hmmmmmm....
Lain dari yang lain.
Tak pernah makan mi yang rasanya macam ini.
Walhal nampak dari awal penjual itu membuatnya.
Yang ada di dalamnya adalah mi yang seperti spageti, dicampur dengan minyak (minyak zaitun agaknya), beberapa jenis sos, tauge segar yang rangup, dan kacang tanah.
Digaul-gaul dan sedia untuk dimakan.
Suapan diteruskan.
Walaupun cuaca sejuk dan mi itu juga sejuk, tapi....
Sedap!
Haha.
Tak tahu saya nak jelaskan lagi bagaimana.
Terbaik!
:)
Imej: Rakan menapak (Mak dan Abang Li) |
Ini pula mi sup panas.
Ini Mak dan Abang ipar saya.
:)
Rasa macam ala-ala backpackers pulak sebab dengan beg sandang belakang dan berhenti makan di tepi jalan, hehe.
Imej: Universiti (atas kiri), Melintas ketika hujan renyai (kanan atas), Buah berangan panggang (bawah kiri) |
RESTORAN ABDULLAH
Imej: Makan malam di Restoran Abdullah |
Kami menaiki bas untuk makan malam ini.
Makanan arab lagi.
Entree dengan teh hijau.
Panas yang dialu-alukan pada musim sejuk ini.
Imej: Menu istimewa kambing goreng tepung (kanan atas) |
Antara yang saya rasakan unik ialah cili goreng (gambar tengah kiri) yang berwarna oren itu boleh dimakan begitu sahaja, seperti makan twisties.
Krup, krup.
Krup, krup.
Rangup, berperisa tapi tidak pedas.
Kambing goreng tepung juga adalah menu yang tak pernah lagi saya jumpa.
Tapi saya tetap sukakan lagi kambing bakar pada lidi besi itu, hehe.
Enak makanan di sini.
KEDAI KEK
Imej: Kedai kek Muslim |
Seperti siang tadi juga, kedai kek ini tertera logo halal dari sana.
Barangsiapa yang musykil, boleh cari dan kenalpasti logo halal yang diiktiraf di China.
Comel kan kek ini?
Tuannya makan seorang dan itu adalah potongan yang terakhir dijual.
Tiada rezeki untuk rasa.
Cuma kami beli roti dan ban untuk dibawa balik ke hotel.
Imej: Ada surau di dalamnya (kiri bawah) |
Tertarik hati melihat kedai ini.
Ciri moden yang mempamerkan ciri keislaman.
Turut menyediakan surau untuk pekerja dan pelanggan menunaikan solat.
:)
Imej: Bas letrik (atas) |
Menaiki bas letrik (gambar kiri dan kanan atas) pada waktu malam.
Kad yang digunakan untuk menaikinya adalah sama dengan kad yang kami gunakan untuk menaiki metro.
Touch and go.
Gambar kiri bawah adalah di dalam teksi di sekitar Guangzhou.
Standard teksi mereka mempunyai jejaring grill antara tempat duduk hadapan dan belakang.
Kucing hitam ini saya temui di salah sebuah kedai berhampiran hotel.
Dia duduk tegak seperti patung di atas meja.
Kesejukan agaknya.
Imej: Sambil berjalan ke perhentian bas |
Sambil menapak dari perhentian bas ke hotel, saya rakamkan beberapa keping gambar di luar hotel-hotel lain yang kami lalui.
Sempat juga bersembang dengan sepasang suami isteri Muslim yang mengurup wang (money change) di hadapan sebuah hotel. Siap bergambar di atas sebuah tuk-tuk yang elok parking di tepi itu juga bersama isteri pengurup wang itu, haha (gambar kanan atas).
Begitulah perjalanan hari kedua kami.
Alhamdulillah.
Banyak berjalan menapak atas kaki, tapi cuaca yang sedikit sejuk menjadikan perjalanan kami selesa dan best.
Betullah.
Banyak berjalan, luas pemandangan, bertambah pengalaman.
Saya kongsikan pengalaman hari ketiga dan hari terakhir pada entri seterusnya, insyaAllah.
Moga bermanfaat.
:)
Guangzhou (Siri 2: Tekstil dan Makanan)
bestnye enn! hmmm business opportunity ni........
ReplyDeleteKannnn!! Sangat banyak peluang bna.. Everything is there. Dari yang sekecil-kecil benda sampai sebesar-besarnya. You name it. Pergila, berbaloi untuk start any kind of bisnes. :)
Delete