Saturday, 11 July 2015

LUNAKKAN HATI



Teks: ain akib


Alhamdulillah.

Dalam tidak sedar, sudah hampir empat bulan saya TERhibernasi dari alam blog.
Tidak dirancang.
Namun telah mengajar satu erti rindu.
Rindu menulis.
Cuma mampu diterjemahkan rindu itu di ruangan mukabuku.


Alhamdulillah.

Masih terpilih untuk hidup dalam fasa terakhir Ramadhan al-Mubarak.
Jasad, ya, hidup.
Rohani?
Sedang dilatih untuk subur kerana prosesnya berpanjangan.


Terdetik untuk berkongsi hari ini tanpa lengah.

Ayat cinta Ya Latif <3
:)

Bersempena dengan buruan malam-malam terakhir fasa Ramadhan al-Mubarak.


SURAH AL-MUZZAMMIL (ORANG YANG BERSELIMUT)


Imej: Carian Google

Surah ke-73

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Ayat 1- 20.


Wahai orang yang berselimut (Muhammad)


Bangunlah (untuk solat) pada malam hari, kecuali* sebahagian kecil


(iaitu) separuhnya atau kurang sedikit dari itu,


Atau lebih dari (seperdua) itu, dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan.


Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan  yang berat kepadamu.


Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa); dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan.


Sesungguhnya pada siang hari engkau sangat sibuk dengan urusan-urusan yang panjang.


Dan sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepada-Nya dengan sepenuh hati.


(Dialah) Tuhan timur dan barat, tidak ada tuhan selain Dia, maka jadikanlah Dia sebagai pelindung.


Dan bersabarlah (Muhammad) terhadap apa yang mereka katakan dan tinggalkanlah mereka dengan cara yang baik.


Dan biarkanlah Aku (yang bertindak) terhadap orang-orang yang mendustakan, yang memiliki segala kenikmatan hidup, dan berilah mereka penangguhan sebentar.


Sungguh, di sisi Kami ada belenggu-belenggu (yang berat) dan neraka yang menyala-nyala,


dan (ada) makanan yang menyumbat di kerongkongan dan azab yang pedih.


(Ingatlah) pada hari (ketika) bumi dan gunung-ganang bergoncang keras, dan menjadilah gunung-gunung itu seperti longgokan pasir yang dicurahkan.


Sesungguhnya Kami telah mengutus seorang Rasul (Muhammad) kepada kamu, yang menjadi saksi terhadapmu, sebagaimana Kami telah mengutus seorang Rasul kepada Firáun.


Namun Firáun mendurhakai Rasul itu, maka Kami siksa dia dengan siksaan yang berat.


Lalu bagaimanakah kamu akan dapat menjaga dirimu jika kamu tetap kafir kepada hari yang menjadikan anak-anak beruban.


Langit terbelah pada hari itu. Janji Allah pasti terlaksana.


Sungguh, ini adalah peringatan. Barangsiapa menghendaki, nescaya dia mengambil jalan (yang lurus) kepada Tuhannya.


Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawa engkau (Muhammad) berdiri (solat) kurang daru dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersamamu. Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahawa kamu tidak dapat  menentukan batas-batas waktu itu, maka Dia memberi keringanan kepadamu, kerana itu bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al-Quran; Dia mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit, dan yang lain berjalan di bumi mencari sebagian kurnia Allah; dan yang lain berperang di jalan Allah, maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al-Quran dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. Kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu nescaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan  yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. Dan mohonlah ampunan kepada Allah; sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. 



* Solat malam ini mula-mula wajib, sebelum turun ayat  ke-20 dalam surah ini. Setelah turunnya ayat ke-20 ini hukumnya menjadi sunat



Apabila dibaca satu persatu...

Bahasa orang zaman sekarang----> DEEP.

Sangat dekat peringatan demi peringatan.




2 comments:

  1. JW Marriott Casino & Spa, Las Vegas - JTM Hub
    JW 영주 출장안마 Marriott Casino & Spa in Las 대전광역 출장마사지 Vegas, NV. We 동해 출장마사지 have 세종특별자치 출장안마 2 restaurants in hotel rooms, and in hotel rooms and suites. JW Marriott offers the ultimate 시흥 출장안마 in

    ReplyDelete

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...