Tuesday 8 October 2013

Kiki Lala


Teks: ain akib


Berbuat baik dengan haiwan juga adalah termasuk dalam akhlak kita sebagai Muslim. Makhluk Allah yang memerlukan bantuan wajar diberikan pertolongan terutamanya yang tiada siapa-siapa tempat bergantung. :)




KIKI LALA

Ini adalah nama brand pakaian kanak-kanak kan? Tapi kami letakkan sebagai nama kepada ahli baru keluarga kami. Kiki dan Lala. Ditemui di belakang rumah pada April yang lalu.

Ketika ditemui dalam pasu

Masih kecil, belum buka mata

Binatang apakah ini? Baru berusia beberapa minggu, belum buka mata pun lagi. Inilah haiwan yang dinamakan TUPAI aka Squirrel. Bukan cek ti, sugar glider dan sebagainya. Khabarnya telah ditinggalkan oleh kedua ibu bapanya kerana keesokan harinya masih tiada jejak ibu bapanya datang mencari. Maka, kami bela dalam rumah dan diperkenalkan dengan along kawasan, Juju namanya.


Juju


Sesi beramah mesra, tapi tidak diendahkan

Testing tidur dalam mangkuk Juju


Setelah dua minggu kerjanya tidur sahaja dengan mata tertutup, minum susu pun dengan mata tertutup, akhirnya mata terbuka untuk melihat dunia. 


Menjengah dunia

Tupai adalah haiwan liar yang alamnya adalah bersama hidupan flora dan fauna. Makanya, mereka dibiarkan semula bebas di luar rumah melompat ke sana ke mari mengenal alam. Sedikit takut kerana mereka tidak biasa dan lebih suka untuk merayap pada ahli keluarga (seperti dalam gambar). 

Selama beberapa minggu bekalan susu diletakkan di atas meja di luar setiap pagi untuk mereka. Beberapa ketika dapat melihat mereka memunculkan diri di sekitar rumah. Walaupun nama mereka diseru, tempoh mereka mengenali nama mereka agak terbatas, jadi mereka masih belum sempat menghadam nama sendiri. Jadi, dipanggil pun mereka tak faham, :p. 

Selepas sebulan setengah, tiada lagi kelihatan Kiki dan Lala. Seronok kerana dapat mengenali anak tupai secara dekat. Ciptaan Allah SWT yang cukup sempurna dari anak kecil yang tidak tahu apa-apa, hanya minum susu dan tidur, sehinggalah celik sahaja mata terus beraksi sebagaimana fitrah mereka.

Moga mereka bahagia dan selamat di alam habitat mereka. 

:)


No comments:

Post a Comment

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...