Thursday, 3 October 2013

PERTAMA KALI


Teks: ain akib


 PERTAMA KALI

There is always a first time for everything.

Imej: Carian Google


Pertama kali saya belajar memuatnaik video yang saya hasilkan di alam maya menjadikan saya teruja. Terselit juga rasa teragak-agak kerana belum pernah berbuat demikian. Pada ketika itu, matlamat saya adalah berkongsikan satu video lagu yang amat dekat di hati saya kerana pertama kali saya mendengar lagu itu bersama bait-baitnya, terus saya jatuh cinta. Jadi, saya mulakan video pertama saya dengan kesukaan saya. Setelah berhari-hari menghadap dan meng'touch-up' video tersebut, saya berpuas hati dengannya walaupun ada sedikit teknikal yang masih saya kurang mahir untuk perbetulkan. Tapi, tak mengapa, saya tersenyum puas, :)

Pengalaman berkongsi sesuatu yang kita suka buat pertama kali adalah satu rasa seperti kita menaiki roller-coaster. (Ya, saya tidak pernah menaikinya cuma pernah menaiki permainan yang hampir serupa dengannya yang bertaraf adik kepada roller coaster, :p). Perasaan yang bercampur baur antara seronok, teruja, berdebar dan yang seangkatan dengannya. Saya seorang yang agak sukar untuk menggambarkan rasa dan perasaan ini, tetapi saya cuba dalam penulisan ini insyaAllah.

Detik pertama kali itu masih saya ingat kerana bagi saya, itu adalah salah satu perkara yang menuntun sedikit kekuatan daripada kebiasaan saya. Sebenarnya, klik-klik sahaja di hadapan laptop (hehe..) tetapi memulakan sesuatu yang tidak pernah kita lakukan itulah yang menjadikannya suatu yang menjemput rasa bercampur-baur itu. 

'Fikir banyak sangatlah ain, buat sahaja, orang lain buat dengan relax je'.

Dengan lafaz Bismillah, saya muatnaik dengan langkah-langkah yang diajar dalam kelas. Berbekalkan keyakinan bahawa saya telah usahakan sesuatu yang berkualiti dan saya berpuas hati, maka saya teruskan. Alhamdulillah, satu pencapaian saya rasakan buat diri saya. Alhamdulillah, Allah datangkan keberanian itu walaupun bermacam-macam gelodak rasa yang bermain dalam diri. Terima kasih Ya Allah, :)


DIDIK DAN TERUS DIDIK


Imej: Carian Google


Berbalik kepada perkongsian rasa pertama kali ini, ada kisah di sebaliknya.
Video yang telah saya muatnaik itu kini tiada lagi di situ. Hayatnya seketika cuma di sana. Sedih. Pujuk juga hati tapi masih ada rasa itu. 

Allah mahu saya belajar sesuatu dari kejadian itu. Telah datang kepada saya beberapa petunjuk yang bahawa saya perlu mengambil tindakan tetapi saya terabaikannya kerana kurangnya ilmu saya berkenaan prosedur di alam maya ini. Setelah memohon tunjuk ajar dari Sifu dan sahabat-sahabat, saya ketemui jawapan di mana memang atas kesilapan dan kealpaan sayalah jadinya begitu. Pengalaman memang ternyata guru yang terbaik! :)

Apabila datang ujian atas diri, adalah fitrah kita bertindakbalas dengan segala rasa yang ada dalam diri. Seringkali kita bertindakbalas dengan sewenangnya hanya kerana itu kebiasaan kita tapi adakah tindakbalas itu Allah suka dan Allah redha? Sayangi diri dengan berbuat yang Allah suka dahulu. 

Bagaimana? Dengan segera mencari dan menampakkan sisi barakah perkara yang datang kepada kita. Didiklah hati, didiklah diri. Allah akan beri pada hambaNya yang datang mencariNya. Subhanallah! Ternyata Allah sayang dan kasihkan kita. Ujian Dia datangkan untuk menaikkan tingkat iman! :)

Sisi barakah buat saya dalam ujian ini?
Tingkatkan ilmu yang berkaitan dengan apa yang kita ceburi. Ilmu Allah itu luas, teruskan belajar dan ternyata pengalaman ini mengajar, :) Dan yang terpenting, teruskan usaha, hasilkan video yang lain, letak di tepi perkataan putus asa kerana istilah putus antara kita dan Dia itu tiada. Dengan kenyataan itu sahaja telah memujuk hati dan diri ini. Syukur Ya Allah. :)

Terima kasih Ya Sobur (Maha Penyabar) kerana sabar dengan karenah hambaMu ini, seringkali tidak bersyukur dengan apa yang kau timpakan atas diri ini.

:)

No comments:

Post a Comment

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...