Wednesday 2 October 2013

Video : Erti Al-Fatihah


Teks: ain akib


Pernah dengar tak lagu dari kumpulan Voices of Ummi ini? Tajuknya Erti Al-Fatihah.

Sangat mudah difahami oleh semua lapisan umur, termasuk kita yang dewasa mahupun kanak-kanak. Setelah mendengar beberapa kali, kita juga akan turut menghafalnya.  Mudah! Jom sama-sama kutip buah ilmu ke syurga, :)





Bismillahir Rahmanir Rahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani

Segala puji bagi Allah
Tuhan semesta alam
Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Yang Menguasai hari pembalasan

Hanya kepadaMu, Ya Allah
Kami menyembahMu, Ya Allah
Hanya kepadaMu
Kami mohon pertolongan

Tunjukilah kami jalan yang lurus
Iaitu jalan orang-orang yang Kau kurniakan
Nikmat kepada mereka
Bukan jalan mereka yang dimurkai
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat

Erti Al-Fatihah | Voices of Ummi

:)

No comments:

Post a Comment

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...