Friday 11 October 2013

Sound Effect


Teks: ain akib


Imej: Carian Google


BUNYI DAN HAIWAN

Bunyi dan audio adalah salah satu deria yang diciptakan bagi mengimbangi kehidupan makhluk di muka bumi ini. Organ pendengaran ialah telinga yang terletak di sisi kepala manusia. Bagi haiwan pula, ada yang sama seperti manusia dan ada yang di atas kepala. Bunyi memainkan peranan besar dalam kehidupan haiwan sebagai penggera kepada pergerakan atau kewujudan mangsa/ pemangsa di sekitarnya. Deria ini sangat membantu dalam kehidupan seharian dan sekaligus menjadi deria yang berfungsi sebagai pelindung.


BUNYI DAN MANUSIA

Berbeza fitrahnya antara manusia dan haiwan ialah pada akal walaupun keduanya memiliki otak. Perkaitan bunyi dengan kedua makhluk istimewa Allah ini adalah di bahagian tindakan. Jika haiwan menerima rangsangan bunyi hanya akan mendatangkan tindakan refleks, namun pada manusia sistemnya ada yang refleks juga yang kompleks. Tindakan yang kompleks inilah yang tidak terdapat pada haiwan kerana melibatkan akal memproses sebelum menghasilkan tindakan. Subhanallah, cantik sekali ciptaan Allah.


BUNYI DAN VIDEO

Bunyi atau audio mampu memukau penontonnya apabila elemen ini ditambah masuk ke dalam sebuah video. Normanya, kita gunakan lagu atau sound effect. Impak yang diingini boleh terhasil bilamana kita menyesuaikan sound effect yang sesuai dengan paparan dan kata-kata dalam video.  

Sound effect juga diselaraskan dengan:

  • Kelajuan paparan; jika laju paparan bergerak, maka lagu yang berentak laju dan begitulah sebaliknya.
  • Emosi yang ingin dibangkitkan ketika babak tertentu
  • Gambaran yang ingin ditampilkan kepada penonton mengenai mesej dalam video
  • Persepsi yang ingin dibentuk kepada penonton
  • Persekitaran produk/servis/ilmu yang ingin dibawa dalam video 
  • Pergerakan atau momen subjek yang bergerak atau yang mendatangkan kesan bunyi

Imej: Carian Google


Cuba anda bayangkan menonton sebuah video yang sarat dengan aksi tetapi tidak mempunyai sebarang bunyi. Ok, turunkan sahaja volume dan tonton. Pasti tidak menarik! Hoho, ;)







Ini adalah contoh video yang terawal saya hasilkan buat Kelab Remaja Lestari untuk promosi Seminar Super Leader. Boleh kenalpasti beberapa sound effect yang digunakan.

Sound effect yang baik dan sesuai mampu menjadikan sebuah video itu sebuah video yang WOW, MEMUKAU dan OUTSTANDING. Tak percaya? Anda boleh cuba! :)


BUNYI DAN MESEJ VIDEO

Mesej yang dibawa akan sampai kepada sasaran dengan bantuan sound effect ini insyaAllah. Dengan syarat, niat terawal kita menghasilkan video ini setelah kita tetapkan dengan teknik WHY (boleh rujuk entri NAWAITU), akan kembali padaNya. Begitulah video bebricara, :)

Allah jadikan telinga sebagai pelengkap kehidupan kita. Dengan itu Allah jadikan di sekeliling kita dengan bunyi-bunyian buat halwa telinga itu sendiri. Berlainan desibel, frekuensi dan not tetapi kembali kepada bagaimana kita menjaga dan menapis bunyi-bunyian yang menempa masuk menerusi telinga seterusnya emosi kita. Emosi yang baik akan melahirkan tindakan yang baik. Maka, sama-samalah kita mendengar bunyi-bunyian yang baik yang dapat mendekatkan diri kita denganNya. 

Paling kurang, bunyi-bunyian ini mengingatkan kita tentang kebesaran dan keagunganNya. Sebab itulah antara bunyi yang mendamaikan adalah bunyi alam itu sendiri. Kicauan beburung, ombak menghempas pantai, desiran angin yang mendamaikan, semuanya fitrah alam yang menenangkan. Subhanallah. Terima kasih Ya Allah. 

:)


No comments:

Post a Comment

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...