Wednesday 6 November 2013

Syukur Itulah Kuncinya


Teks: ain akib


APA ITU SYUKUR?


Imej: Carian Google


Percaya atau tidak, sentiasa ada perkara yang boleh kita syukuri. Sentiasa ada.
Saat stres, kecewa, sedih, hati galau, jiwa kacau, marah, dan yang sewaktu dengannya, rasa syukur ini mampu menjadi ubat ketenangan
Ubat yang menjadi penawar dengan rasa dihadirkan dalam diri. 
Mungkin sukar pada permulaan kerana tak biasa, tapi MAMPU kita latih.
Bermula dengan sentiasa merasakan Tuhan Memerhati, Tuhan Menilai hambaNya.
Perlahan-lahan kita akan merasa diri ini hanya kerdil.
Seterusnya mengingatkan kita tentang siapa yang lebih berkuasa, kita atau DIA?


BILA NAK SYUKUR?



Imej: Carian Google


Bila-bila masa. Setiap masa. Tak kira masa. 
Syukur sewaktu menerima nikmat kebaikan. Juga syukur sewaktu menerima nikmat ujian.
Lebih banyak RASA SYUKUR ini kita hadirkan dalam diri, lebih mudah tenang dan lebih indah perjalanan hidup, insyaAllah.
 

UNTUNGNYA SYUKUR?


Imej: Carian Google


Imej: Carian Google


Imej: Carian Google


Imej: Carian Google


Gambar-gambar di atas ini menyatakan semuanya.

Untungnya:
  • Menarik rezeki
  • Merasa nikmat Allah itu tidak terkira
  • Merasa bahagia
  • Mendapat tenang
  • Merasa cukup

Inilah yang dicari dan ingin dimiliki oleh kita semua kan? :)


BAGAIMANA SYUKUR?



Imej: Carian Google

Hadirkan RASA SYUKUR itu dalam hati.
Dalam apa jua bahasa.
Dengan apa jua cara.


Things you can't feel, you can't heal.
So, feel it.

:)


Imej: Carian Google

No comments:

Post a Comment

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...