Tuesday 19 November 2013

Terima Kasih Sahabat


Teks: ain akib


Imej: Carian Google


Syukur alhamdulillah. Allah hadirkan rasa gembira dan bahagia apabila saya berjejak kasih dengan sahabat lama saya sewaktu di universiti dahulu. Agak rapat suatu ketika namun sedikit terjarak setelah tamat belajar. Saya tidak menjangka sama sekali bahawa pertemuan pada hari itu bakal menjentik seribu satu rasa. 

Rasa yang membuatkan saya kembali merasa kasihnya Allah pada hambaNya. 
Indahnya sahabat yang membimbing ke arah mendekatiNya.
Allahuakbar.
Terima kasih Ya Allah.
Allah mengurniakan saya seorang sahabat yang mana pada mulanya, beliau memohon sedikit pengertian bagi mengubat rasa hati yang sedang diuji. Cabaran besar buat beliau yang amat memerlukan pengertian dan perkongsian. Bagi wanita, muslimah, adalah suatu keringanan apabila dapat meluahkan. Saya cuba meminjamkan telinga, kefahaman dan berbekalkan sedikit empati yang saya ada. Kelihatan seperti hanya satu pihak yang menerima kebaikan iaitu yang meluahkan. Namun, ternyata Allah masih mahu memandang diri ini. Masih mahu memberi sesuatu yang berharga pada diri ini. Allah mentarbiyah diri ini dengan suntikan kasih sayang daripada respon sahabat saya itu sendiri. 


TERIMA KASIH YA ROBB!

Wanita, muslimah, apabila ia berkata-kata, otaknya turut ligat menyusun atur. Itu fitrah. Boleh rujuk Buku 'Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps', :). 

Sahabat saya ini, kelebihannya adalah beliau mampu meluahkan rasa dengan mengenalpasti setiap apa yang berlaku ke atas dirinya. Beliau jelas dengan apa yang telah Allah timpakan atas dirinya dan beliau merasakan dirinya itu dipanggil kembali untuk dekat padaNya. Selang-seli perbualan itu menampakkan beberapa buah hikmah yang dapat saya temui. Walaupun ada yang telah saya ketahui, namun apabila didengari semula bagaikan peringatan buat diri ini yang selalu leka.

  • Sebelum tidur, doa dan minta Allah bangunkan kita pada waktu yang mustajab berdoa
  • Jika terbangun tengah malam, jika tak larat nak dirikan qiam sekalipun, berdoalah walaupun pendek
  • Ada perkara yang Allah beri pada kita, kemudian Allah ambil semula. Mungkin Allah mahu kita kembali dekat denganNya kerana perkara itu telah melekakan kita.
  • Kadang-kadang kita ini tak sabar, walhal Allah suruh sabar sikit sahaja lagi
  • Kita usaha, doa. Jangan putus asa. Master plan ada pada Allah :)


Yang paling saya terharu, beliau berpesan pada saya,

"Ain, hang jangan letak aku kat hati hang tau. Takut time marah hang tak suka aku. Letak kat doa,"

Saya pun sambung,

"Letak dalam doa. Sebab doa naik ke langit,"

:)

No comments:

Post a Comment

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...