Friday 22 November 2013

Vietnam (Siri 1: Saigon)


Teks: ain akib

AWAN BIRU


Imej: Awan Biru


Alhamdulillah. Diberikan nikmat menjejakkan kaki ke bumi jiran di Asia iaitu Vietnam. Penerbangan yang mengambil masa 1 jam 40 minit ini sempat saya rakamkan beberapa keping. Subhanallah! Cantik sungguh cuaca dan pemandangan dari atas awan biru (seperti gambar di atas). Serasa seperti terapung dalam gula-gula kapas! :)

Kami menginap di salah sebuah hotel di Ho Chi Minh City, lebih kurang 15 minit dari lapangan terbang Tan Son Nhat. Ho Chi Minh City (HCMC) dahulunya dikenali sebagai Saigon. Nama Saigon ini masih digunapakai di sana manakala nama HCMC hanya digunakan atas dokumen.


PERSINGGAHAN SOLAT

Imej: Masjid Al-Rahim

Salah satu masjid di Ho Chi Minh City yang sempat kami ziarahi. Tok siak yang cekap dan prihatin terhadap tetamu Allah ini amat membantu kami sewaktu ingin menunaikan solat di sana. Tingkat 1 adalah untuk jemaah wanita dan tingkat dua untuk jemaah lelaki. Telekong di sana bersih dan wangi, :).


INFO

Di sini, saya selitkan juga kisah dan suasana di Vietnam yang disampaikan oleh Pemandu Pelancong kami yang bernama Alex @ Harun. Seorang Vietnamese yang sangat ramah dan ceria!


- SISTEM PENDIDIKAN
  • 96% warga Vietnam boleh membaca dan menulis
  • 20 November adalah Hari Guru mereka. Sambutan di sekolah juga ada seperti di Malaysia tetapi mereka turut raikan bersama guru mereka di luar waktu sekolah dengan berkumpul bersama. Seperti reunion di tempat karaoke ataupun kedai makan.
  • Sistem pendidikan adalah berbayar untuk semua peringkat: pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti. Tidak seperti Malaysia yang percuma.
  • Hanya percuma untuk 2 golongan iaitu: 
  1. Memiliki ahli keluarga yang meninggal ketika waktu perang dengan Perancis atau Amerika dahulu.
  2. Keluarga yang miskin (Terdapat 10 kategori)



- GAYA HIDUP BEKERJA

  • Jam 4 pagi bangun, pergi bersenam atau taichi di taman
  • Jam 8 pagi masuk kerja tetapi akan sarapan dahulu bersama rakan-rakan dalam kumpulan kecil. Meja kecil dan kerusi kecil di kaki lima kedai
  • Jam 9 pagi baru mula bekerja
  • Jam 11.30 pagi berhenti untuk rehat tengahari selama 2 jam
  • Jam 4 petang tamat waktu bekerja
  • Makan malam adalah bersama keluarga di rumah

 Santai bukan? :)


PERSINGGAHAN MAKAN

Imej: Roti pisang (kanan bawah)
 
 
Imej: Restoran dan sajian


Alhamdulillah, tiada masalah bab makan.Tambahan pula Agensi Tabung Haji Travel yang menguruskan perjalanan kami pada kali ini. Kami berpeluang makan masakan Melayu dan makanan stail Vietnam. Oh ya, kuey teow di salah sebuah restoran ini sedap! Saya bukanlah seorang yang cerewet bab makan, jadi semua pun saya makan dan nikmatinya, :p. Antara restoran yang kami singgah ialah:

  • Halal Restoran Saigon Seri Penang
  • Halal Restoran Kampung Melayu
  • Banana Leaf
  • Halal Mekong Restaurant

Ada kari ayam, telur dadar, ayam goreng masak mentega, ikan masak tiga rasa, tomyam udang. Sup pula pelbagai, ada sup sayur, sup ubi teratai, sup bayam. Keropok udang seringkali dihidang bersama. Yang lain dari kebiasaan ialah bubur keladi dengan biji teratai, taufu goreng mentega yang rangup, fishcake jagung, popia daging dan ikan cencaru yang direbus kemudian digoreng. Thumbs up!


PERSINGGAHAN BERSEJARAH

Imej: Centre Post Office

Gambar di atas adalah Centre Post Office, Pejabat Pos yang tertua sejak dari tahun 1819. Masih mengekalkan konsep bangunan Perancis kerana dibina sewaktu penjajahan orang Perancis dahulu.

Antara tempat yang kami lawati ialah Cu Chi Tunnel, Delta Sungai Mekong yang mana akan saya ceritakan pada entri yang lain. 


MEMBELI BELAH

Selain itu, tempat yang kami singgah ialah tempat membeli belah di sekitar Saigon seperti Ben Tanh Market, Russian Market, Homemade Fabric, Daina's Collection, dan pasar malam berdekatan hotel kami. Kebanyakan kedainya selain dari deretan kedai (shop lot) adalah dalam rumah mereka di tingkat atas, sedikit kelainan dari Malaysia kita, :). Orang kata di sini adalah shopping's heaven untuk beli kain cotton, baju kurung bermanik, jubah, luggage, telekong dan barang buatan kulit. Murah berbanding Malaysia, cuma perlu dipastikan kualitinya. Pakaian dan cenderamata tempatan yang pelbagai amat merambangkan mata, hoho :p. Di sana juga mewah dengan buah-buahan, kekacang seperti badam, biji gajus, biji teratai dan kopi dengan harga yang berpatutan.

Nantikan sambungan Siri 2: Cu Chi Tunnel dan Siri 3: Sungai Mekong ya!

:)

No comments:

Post a Comment

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...