Teks: ain akib
DELTA SUNGAI MEKONG
Sambungan dari entri Vietnam (Siri 2: Cu Chi Tunnel)
Salah
satu destinasi di Vietnam yang menarik ialah Delta Sungai Mekong.
Dengan menaiki bot dalam 10 minit sahaja kita boleh menyeberangi Sungai
Mekong dan melihat beberapa perusahaan di seberang sana. Akan saya
ceritakan seterusnya.
MADU LEBAH
Imej: Sarang lebah |
Imej: Teh, Madu lebah, Bee pollen, dan Limau |
Perhentian pertama adalah ke tempat Lebah Rumah dibiakkan. Kami dibenarkan merasa sendiri madu dari sarangnya, seperti dalam gambar di atas. Kami dihidangkan dengan minuman campuran antara madu lebah, bee pollen, limau kasturi dan teh panas. Minuman ini sesuai untuk orang yang sakit tekak dan sedap. Turut dihidangkan sedikit kerepek dan titbits. Dijual madu lebah, bee pollen, kerepek dan royal jelly di situ. Saya tidak nyatakan harga di sini kerana terlalu banyak tawar-menawar yang berlaku. Jika anda seorang yang pandai tawar-menawar, memang berbaloi, :)
GULA-GULA KELAPA
Imej: Proses pertama (Cara mendapatkan santan dari kelapa) |
Imej: Proses kedua (Penghasilan gula-gula kelapa) |
Imej: Proses terakhir (pembungkusan) |
Berdasarkan gambar-gambar di atas, penghasilan gula-gula kelapa ini dilakukan sendiri dari A-Z di sini. Dari proses mengopek buah kelapa, dapatkan santan, kacau hingga likat dan terhasillah gula-gula yang kita selalu makan.
Pelbagai perisa seperti pandan, kacang, durian dan original boleh diperolehi. Caranya adalah gula-gula itu pada proses ketiga, ia dibalut dengan kulit popia nipis yang berperisa pandan, durian dan kacang. Kemudian barulah diikuti dengan kertas balutan luar.
SUNGAI MEKONG
Imej: Sepanjang atas bot |
Sepanjang Sungai Mekong, terdapat tempat pembiakan ikan air tawar seperti gambar (kanan atas). Di bawahnya adalah gambar stesen minyak yang terdapat di tepi sungai.
DAYUNG SAMPAN
Imej: Menaiki sampan |
Imej: Saya bersama Mak, Puan Sarimah dan En. Basri |
Ok, sebenarnya kami naik sahaja sampan itu dan didayung oleh orang Vietnam di sana, hehe. Setiap sampan terdapat 2 orang pendayung di hadapan dan di belakang sampan dan mampu memuatkan 4 orang penumpang dewasa. Di kiri kanan laluan sampan adalah pokok nipah dan kelihatan banyak ikan belacak melompat-lompat di tanah lumpur. Traffic jammed semasa menaiki sampan kerana banyak sampan di kedua-dua arah sungai, seperti kita berada di jalan raya, :p. Seronok! :)
Imej: Kelapa muda |
Akhir sekali, setelah menaiki sampan, kami terus bertukar ke bot yang kami naiki pada awal tadi. Sebagai goodbye drink, kami diberikan sebiji kelapa muda setiap seorang. Menarik kan? Terima kasih Allah, :)
INFO
Saya tuliskan sedikit gaya hidup orang Vietnam yang diceritakan oleh Pemandu Pelancong kami.
- KEMATIAN
- Apabila seseorang meninggal dunia, mereka bergantung kepada Penilik Nasib (Fortune Teller) untuk menentukan waktu bila untuk siapkan mayat, bila untuk keluarkan mayat dari rumah, bila untuk dikebumikan. Maksimum adalah 7 hari
- Ahli keluarga tidak boleh menyentuh mayat kerana dipercayai darah akan mengalir keluar daripada badan mayat. Hanya saudara-mara dan rakan-rakan sahaja yang boleh menyentuh mayat
- Semasa menyimpan mayat di rumah (sebelum dikebumikan), diletakkan buah-buahan dan lilin di dalam rumah
- Jika mayat meninggal di hospital atau rumah, majlis pengebumian boleh diadakan di rumah
- Jika mayat meninggal di jalanraya, kemalangan dsb, majlis pengebumian tidak boleh diadakan di rumah tetapi dibuat di rumah awam yang disediakan oleh kerajaan
- Kubur mereka adalah di tanah kepunyaan mereka (seperti sawah) kerana kepercayaan mereka adalah mereka akan bawa bersama tanah milik mereka di kehidupan selepas mati
- Arah kubur mereka ditentukan oleh Penilik Nasib
- Jika haiwan peliharaan mereka mati, mereka mesti simpan dalam plastik dan dibuang ke dalam sungai. Ini bertujuan supaya di kehidupan selepas mati nanti mereka boleh bertemu kembali. Jika ditanam, haiwan itu hanya akan mengekori tuannya di dunia ini tapi tidak di kehidupan selepas mati.
Berakhirlah kisah di Vietnam selain melawat beberapa tempat bersejarah dan membeli-belah, :p
Seronok berkelana ke negara lain melihat ciptaan Allah yang pelbagai.
Kenal diri, kenal Ilahi.
Kenal alam, kenal Pencipta alam.
MasyaAllah hebat!
Seronok dan berbaloi! Saya rekemenkan anda untuk pergi!
:)
Vietnam (Siri 1: Saigon)
Vietnam (Siri 2: Cu Chi Tunnel)
No comments:
Post a Comment