Teks: ain akib
FILEM
Ada pelbagai genre filem yang menguasai pasaran. Yang seringkali mendapat tempat adalah berdasarkan fenomena yang melanda ketika itu. Contoh, ketika musim K-pop melanda samudera Malaysia, semua yang berkaitan artis korea menjadi kegilaan ramai. Dari biodata artis, kumpulan penyanyi, drama korea, filem korea dan tempat-tempat menarik di Korea. Sebut sahaja nama Lee Jun Ki, Lee Min Ho, siapa yang tak kenal? Menjadi pujaan (sebut: poo-jaan) hati wanita terutamanya remaja, :)
Imej: Carian Google |
Fenomena bermusim seringkali menjadi target untuk penjualan filem. Seperti musim perayaan seperti Aidilfitri, krismas, Tahun Baru Cina, Deepavali akan keluar filem berunsur kasih sayang kekeluargaan dan musim kemerdekaan pula filem berunsurkan semangat patriotisme.
Filem yang mendapat rating tontonan dan kutipan yang tinggi dikategorikan sebagai filem box-office.
Namun, genre filem ini perlu diberi perhatian kerana unsur-unsur filem yang kita tonton, sedikit sebanyak akan membentuk peribadi kita.
PANGGUNG WAYANG
Imej: Carian Google |
Filem yang ditonton di panggung wayang berkelebihan dari beberapa sudut.
- Kapasiti ruang yang besar membenarkan lantunan audio yang berkesan. Maka efek bunyi adalah maksimum.
- Layar skrin yang besar memberi kepuasan maksimum menonton.
- Selesa berpenghawa dingin
MINI PANGGUNG
Imej: Carian Google |
Imej: Carian Google |
Juga dikenali sebagai mini teater di rumah, :)
Kelebihannya juga ada iaitu:
- Menonton bersama keluarga secara santai tanpa menghiraukan gangguan yang berlaku
- Pelaburan duit hanya pada permulaan untuk membeli set mini teater
- Bila-bila masa untuk menonton
- Tidak perlu mengeluarkan kos membeli tiket, petrol dan makanan. Hanya kos membeli dvd
- Santai di rumah sendiri
TONTONLAH FILEM
Bagi yang gemarkan keselesaan menonton dan ingin menjiwai filem, tidak salah memilih keadaan menonton yang disukai. Yang paling utama ialah Allah juga suka dan redha.
- Sukakah Allah JIKA kita menonton dalam kegelapan namun ada tersorok sebarang aktiviti atau perkara yang dimurkaiNya? JIKA tiada alhamdulillah.
- Bahan tontonan itu memberi manfaat pada diri dan hati? Atau memudaratkan?
- Sesuaikah masa yang digunakan untuk menonton itu? Atau kita telah mencuri masa untuk melaksanakan suatu yang lebih utama?
Kerana, apa jua kesukaan kita, tetap perlu dipagari dengan iman dan taqwa. Itulah benteng dan perisai bagi menjaga diri insan bernama hamba. Dibekalkan dengan akal bagi menilai dan menimbang setiap perkara sebaiknya. Pengakhirannya akan tetap kembali pada Pencipta. Sukakah Dia jika aku berbuat begini dan bertindak begini?
Saya juga dalam proses membaiki diri. Berusaha untuk memilih bahan tontonan yang mendatangkan impak yang baik buat diri, berusaha memilih untuk menonton di tempat yang juga baik harapnya. Kebiasaan yang ingin diubah bukanlah hanya dalam sekelip mata tapi mampu dilaksanakan apabila kesedaran itu ada, insyaAllah.
MINI FILEM = VIDEO
Imej: Carian Google |
Sebagaimana filem yang gah tertera bermain di layar skrin, video adalah versi mini filem yang mahukan impak yang sama. Ingin menyampaikan maklumat, menarik perhatian penonton dan membantu orang ramai untuk lebih sejahtera dalam menjalani kehidupan.
Filem lebih kepada penyampaian intipati nilai moral, manakala video memaparkan nilai kesedaran dan capaian mudah untuk memperbaiki kehidupan. Lihat sahaja pada iklan di kaca televisyen, penyampaiannya jelas merangkumi visual, audio, kinestetik dan digital. Empat unsur yang membantu dalam menyampaikan maklumat. Akan saya ulas dalam entri yang lain insyaAllah.
No comments:
Post a Comment