Friday 28 February 2014

Sabar Itu Anugerah


Teks: ain akib


SOD. BA. RO.

Seringkali kesabaran diuji.
Terkadang dalam lewat doa yang dipanjatkan pada Yang Maha Esa, meminta diri ini diberi kekuatan dalam mengharungi hidup. 
Dan Allah makbulkan.
DiberiNya kekuatan kepada hamba yang meminta. Namun dalam bentuk ujian yang hadir agar kekuatan itu dibina sedikit demi sedikit kerana Dia Maha Mengetahui jalan terbaik untuk dilalui oleh hamba ciptaanNya.

Hikmahnya?
  1. Memperlihatkan kebesaranNya dan kekuasaanNya
  2. Melatih diri merasa kasih sayangNya melalui ujian yang diberikan
  3. Merasa bahagia kerana tergolong dalam insan terpilih dan diberi perhatian olehNya
  4. Melahirkan rasa kehambaan

Terima kasih Ya Allah...


Imej: Carian Google


JALAN SABAR

Ambil tempoh untuk bertenang.
Tarik nafas dalam-dalam.
Dan lepas perlahan-lahan.
Sambil meratib Ya Sabur, Ya Sabur, Ya Sabur (Maha Penyabar).

"Solat dan membaca Al-Quran adalah waktu untuk kita bertenang. Fokus dengan apa yang kita kerjakan dan lafazkan.

Waktu sakit juga adalah waktu untuk kita bertenang. Muhasabah atau refleksi, menyingkap kelemahan diri.

Rawatan rohani".

 
(Solusi, Edisi Khas, 64) 


RASAI ANUGERAH SABAR


Imej: Carian Google

Hakikat insan adalah terlalu faqir.
Faqir dan amat memerlukan bimbingan daripada Pencipta yang satu.

Ya Ghaffar (Maha Pengampun), ampunkanlah diri ini atas dosa-dosaku..
Janganlah dosa-dosaku menjadi penghalang aku menerima rahmat dan kasih sayangMu..
Ampunkan aku Ya Allah..
Lembutkan hatiku dan sabarkan aku..

Ameen..

    No comments:

    Post a Comment

    Jaga Dia untuk Kami

    Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...