Monday 24 February 2014

Bersangka Baik Itu Rahmat


Teks: ain akib


Imej: Carian Google


RAHMAT ITU ANUGERAH

Bersangka baik itu suatu rahmat.

Untuk memahami ayat di atas ini, perbezaan kedua-dua persepsi kebaikan dan keburukan perlu diperlihatkan supaya akal dapat menimbangtara dan memilih. 

Bayangkan jika kita sentiasa bersangka buruk.
Datang satu perkara terjadi pada kita, kita terus bersangka buruk.
Think of the worst that might happen.

"Aku masak ni mesti tak sedap,"

"Ala, dia tu memang macamtu. Dah perangai dia macamtu, kita nak buat macamana lagi?"

Sedari awal kita telah meletakkan sebuah batu penghalang, seolah-olah perkara itu telah ditakdirkan begitu dan tidak sama sekali boleh berubah.

Bagaimana jika kita meletakkan harapan yang baik dari permulaan?

Saya kongsikan pengalaman saya pertama kali memasak satu jenis masakan. Pertama kali mencuba agak kurang yakin sebenarnya namun saya beranikan diri untuk buat dengan niat ingin memberi yang terbaik buat santapan orang-orang tersayang. 

Berbekalkan keyakinan yang Allah akan membantu saya, saya redah juga meneruskan eksperimen saya. Yang penting sekali adalah persediaan diri bahawa jika semuanya berjalan lancar, maka Allah ingin mengajar kita erti gembira bahawa tiada apa yang mustahil. Jika ada sesuatu yang tidak kena, maka Allah ingin mengajar kita erti gembira bahawa Dia memilih kita untuk belajar dari kesilapan dan memperbaiki diri untuk seterusnya, kerana kegagalan dan pengalaman adalah guru yang terbaik! Dan yang paling best ialah kedua-duanya adalah rahmat daripadaNya!


Imej: Carian Google


Bekal keyakinan padaNya inilah yang menjadikan diri ini gembira walau apa jua natijah di penghujungnya. 

Kerana semua adalah daripadaNya jua.

Terima kasih Ya Allah, :)


MOMOKAN KUASA

Ya, sebagai seorang manusia, ketermampuan kita sememangnya terbatas. Namun, kita akan cuba mencari kehidupan yang menghampiri kesempurnaan di mana tiada apa yang mustahil. Kesannya, muncul drama dan filem seperti Genie In A Bottle, Aladdin, Doraemon, The Incredibles, Superman yang menggambarkan extra power yang mampu membawa kebaikan yang lebih kepada dunia.

Sebagai seorang yang beraqidah sejahtera, kita harus mempercayai bahawa kuasa dan kemampuan yang kita miliki semuanya adalah atas izinNya. 
Apabila Dia mengizinkan, maka, terjadilah sesuatu itu. 

Dia Ya Muqtadir (Maha Berkuasa).
Semua dengan izinNya.
Subhanallah.


BERSANGKA BAIK ITU DI MANA?

Bersangka baik itu di mana ya?

Tindakan dan tuturkata yang baik datangnya dari didikan dalaman yang baik.
Pemikiran dan hati yang baik akan memandu perilaku dan percakapan yang juga baik.
 
From inner to outer.

Seringkali kehidupan kita ini dipenuhi dengan momokan yang kurang sihat sejak kecil seperti yang saya tuliskan di atas tadi. Momokan ini perlu kita tapis dan perbaharui dengan fahaman yang selaras dengan aqidah dan ketetapan agama Allah.

Dalaman ini yang mengawal kehidupan kita seperti nakhoda bagi sebuah kapal dan raja sebuah kerajaan. Hati ini akan sering bertemu dengan pelbagai perkara yang akan mengganggu-gugat. Oleh kerana itu, penyucian hati dan jiwa adalah perlu.

Tidak perlu Febreeze atau Clorox untuk penyucian ini (:p).
Cuma bermodalkan kesatuan hati dan lidah sahaja.



Imej: Mukabuku Motivational Muslim


Kerana dengan mengingati Allah, Ya Mukmin (Maha Melimpahkan Keamanan) hati akan menjadi tenang, :)

Bersangka baik dengan manusia kerana bermakna kita bersangka baik dengan Allah.
Dan rahmat Allah akan dapat dirasai dari pelbagai sudut. 
Hati yang tenang, keluarga yang sakinah, urusan yang diberkati dan seumpamanya. 
Aliran rahmat adalah antara nikmat terbesar kurniaan Allah kepada hambaNya.
Masakan mahu kita bersangka buruk terhadap Ya Malikul-Mulk (Pemilik Segala Kerajaan)?

'ALLAH memberi dengan kesempurnaan, kita mengingini dengan keterbatasan!'
(Ustaz Pahrol Mohd Juoi)

Bersangka baik itu untung! Tidak rugi!
:)



No comments:

Post a Comment

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...