Thursday 28 August 2014

Baik dan ROI (Return on Investment)


Teks: ain akib


Imej: Carian Google


BAIK KE?

Apa maksud baik?

Menolong orang itu baik?
Ya.
Memudahkan urusan orang lain itu baik?
Ya.
Itu semua perkara yang perlu kita usahakan ke atas orang lain.
Ya.
Baik untuk diri sendiri?
Ada. Banyak.

Kedua-duanya adalah baik dan ada kesannya ke atas diri kita.
Ada ROI (Return on Investment)nya.


Baik kepada orang lain

Apabila kita melatih diri untuk ringan tulang, sekaligus kita akan menarik perkara yang baik... Walaupun kita rasa diri kita ini belum baik. 

Contohnya, mudah menghulurkan bantuan apabila diminta, memudahkan urusan orang terdekat, hatta sekecil-kecil perkara seperti membawa pinggan ke sinki selepas makan, parking kereta di tempat yang sepatutnya dsb.

Saya percaya ada rahmat di sebalik setiap kebaikan yang kita lakukan, yang akan kembali kepada diri kita mahupun keturunan kita.
ROInya akan kembali kepada kita ataupun keturunan kita dalam pelbagai bentuk.
Takkan kita tak mahukan perkara yang baik datang pada kita?

Prof. Muhaya ada berkongsi tentang ucapan terima kasih.
Selalunya apabila orang berbudi pada kita, kita akan membalas dengan ucapan terima kasih bukan?

Pengalaman Prof. semasa beliau di London, beliau berpeluang memberikan sedikit air minuman kepada seorang Arab. Sebagai balasan, orang Arab itu berkata,

" Aku doakan engkau dapat air di syurga Jannah,"

Subhanallah...
Indah bukan?
Doa yang mampu menggembirakan kita, walaupun datangnya dari orang yang tidak kita kenali.
Mana tahu makbulnya doa itu? :)

Melatih lidah untuk berkata sedemikian sebenarnya menggambarkan indeks kesyukuran kita, kata Prof.

Hmm.. 

Benar.

Semakin kurang rasa syukur kita, semakin kurang kita mahu mendoakan orang lain.
Tetapi, semakin tinggi rasa syukur kita, semakin mudah kita melafazkan doa yang baik-baik untuk orang lain, juga diri kita.
:)

Begitu juga dalam memuji teknik Nabi yang pernah rakan saya kongsikan.
Kita memuji bukan pada orangnya, tetapi pada perbuatan itu dan kesan perbuatan itu.
Saya juga masih dalam latihan mengubah norma ini, dengan harapan, akan terbiasa.


Baik pada diri sendiri

Semudah-mudah sedekah yang boleh kita buat ialah senyum, :)
Mengundang barakah buat diri sendiri.
Senang sahaja.
:)

Mengamalkan sikap bertanggungjawab akan memandu kita untuk menjadi baik.

Aku bertanggungjawab atas diriku.
Maka, aku perlu menjaga perihal tingkah lakuku.

Aku bertanggungjawab atas solatku.
Maka, aku perlu mengambil berat perihal waktu solatku, wudhu'ku, auratku.

Aku bertanggungjawab atas kedua ibu bapaku.
Maka, aku perlu taat dan bangunkan cinta buat mereka selagimana aku hidup.

Aku bertanggungjawab atas harta bendaku.
Maka, aku perlu memelihara rezeki itu sebaiknya.

Aku bertanggungjawab atas kucing peliharaanku.
(Eh, kucing pun termasuk juga? hihi, :p)
Maka, aku perlu memastikan kebersihan dan makan minumnya terjaga.

ROI semua ini?

Menjadi seorang hamba Allah yang bermakna.
Khalifah yang memakmurkan bumi dalam kerangka kasih sayangNya.
Jalan menuju syurga.
Mahu apa lagi?
:)

Mengejar makna akan buat kita terinspirasi sebab makna boleh kita capai setiap saat.
Be a go-giver, not a go-getter.

-Prof. Muhaya, Orang Memperbaiki Diri.


SENAMAN CERMIN

Boleh klik di sini untuk mendengar youtube:
Prof Muhaya - Orang Memperbaiki Diri

Bangun dari tidur, tengok cermin.
Senyum pada diri kita dan cakap dengan diri sendiri:

Alhamdulillah, saya bersyukur saya sihat hari ini.
Hari ini kita masuk syurga nak?
Hari ini kita buat baik nak?
Hari ini kita buat apa yang Allah sayang, Allah pandang kita dengan penuh kasih sayang.
Kita buat apa yang Nabi suka, kita buat sunnah Nabi, kita dapat syafaat Nabi.
Hari ini kita cari pahala banyak-banyak. 
Hari ini kita kasihan pada semua orang yang buat tak baik pada kita dan kita doakan pada mereka.
Hari ini kita maafkan semua orang, nak beri lebih banyak manfaat pada orang.

Buat 3 perkara ini di awal hari untuk istiqamah:
1) Bercakap pada diri sendiri
2) Jaga tenaga kita (makanan, minuman, pakaian, bahan bacaan, radio, pergaulan)
3) Fikirkan apa manfaat yang kita boleh beri   


ROI (RETURN ON INVESTMENT)

Bagi saya, penulisan di alam maya ini bukan setakat sebagai medium untuk meluah rasa, berkongsi cerita, tapi juga perlulah bermanfaat pada akhirnya.
Bak kata adik junior merangkap sahabat baik saya, Nur Mastura Mansor;

" Apa jua yang kita buat, ROI (Return on Investment) mesti ada, hehe..."

Benar.
  
ROI ini telah Rasulullah SAW ajar pada kita sebenarnya.
ROI yang tampak nyata adalah dalam bentuk pulangan material dan juga hasil yang diingini.
Manakala ROI yang perlu dicari dan difahami seringkali kita terlepas pandang.

ROI Hikmah.

Hikmah=Manfaat.



Imej: Carian Google


Saya juga hanya manusia biasa yang terkadang sedar dan terkadang leka.
Ada waktu saya dihadapkan dengan rasa gembira, maka yang dikongsi juga adalah rasa gembira. Begitu juga sebaliknya.
Dan tak semua yang berlaku dapat saya lihat sisi indahnya.

Cuma...

Saya cuba menjadikan medan blog ini sebagai medan saya berkongsi perkara yang bermanfaat. Ada kalanya tulisan saya adalah lebih kepada untuk memperingatkan diri saya sendiri dan menjadi latihan untuk saya bersyukur.

Bersyukur untuk apa Ain?

Bersyukur kerana Allah masih mahukan saya untuk menghitung syukur kepadaNya. 

Saya suka menulis walaupun saya bukan seorang yang penyampai yang baik secara lisan.
Saya suka menulis kerana saya menghargai bait-bait kata yang tersusun indah dan bermakna.
Saya suka menulis kerana saya yakin ianya adalah salah satu wadah untuk memberi.

Memberi tanpa batas.

Kadangkala tenaga saya terbatas untuk turun bersama menjayakan program.
Kadangkala waktu saya pula diuji dengan perkara-perkara yang membataskan.
Kadangkala jarak dan kewangan pula menjadi asbab.


Imej: Carian Google

Maka, saya harap pemberian saya di sini mampu menjadi aset saya untuk meraih redhaNya.
Ameen Ya Robb...



2 comments:

  1. saya doakan pemilik blog ini dirahmati Allah sebab kongsi perkara yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen ya robbal'alamin Kak Monalita.. :)
      Semoga semua yang membaca juga beroleh rahmat dan kebaikan...
      :)

      Delete

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...