Monday, 24 November 2014

Cameron Highlands (Siri 1: Brinchang, Ladang Teh, Makanan Istimewa)


Teks: ain akib


BRINCHANG, CAMERON HIGHLANDS

Alhamdulillah, 3 hingga 5 November 2014 yang lalu saya berkesempatan ke Cameron Highlands bersama sebahagian ahli keluarga. Kami naik ke sana melalui Simpang Pulai dan terus tiba ke Brinchang. Hampir sejam setengah untuk sampai ke atas dengan jalan yang sedikit berpusing namun jalanrayanya elok.

Petang itu kami sampai di Copthorne Apartment yang dahulunya adalah Equatorial. Bersiar-siar di sekitarnya menikmati udara sejuk dan segar sambil mengabadikan gambar-gambar si cilik 2 orang ini.

 
Imej: Mesra dengan alam


Imej: Di taman permainan

Imej: Kiri-Termometer gergasi


LADANG TEH
 
Imej: Ladang Teh
Keesokan harinya kami ke kawasan ladang teh yang sangat luas. 
Apabila berada di dalam kawasan tersebut, sudah terbayang imej dari televisyen, pekerja ladang itu mencabut daun teh dengan bakul besar di belakang badan, hehe, walaupun pada waktu itu tiada terlihat di hadapan mata. 
Itulah pengaruh iklan televisyen, :).
 

Imej: Santai minum pagi
Kami minum teh asli Cameron Highlands di cafe yang terletak bersebelahan dengan pintu masuk ke ladang itu. 
Dihidangkan sekali bersama scones yang masih lagi panas dengan pilihan filling jem strawberi dan krim. 
Hmm.. sedap dimakan pada suhu yang rendah itu.
:)


MAKANAN ISTIMEWA CAMERON

Imej: Dari kiri atas- Strawberi coklat, Aiskrim strawberi, Jagung susu, Sambal strawberi
Dalam tak sedar, ada beberapa jenis makanan yang unik, sedap dan murah di sini. 
Inilah specialties di sini. 

1- Strawberi bersalut coklat

Rasa masam dari buah strawberi digabungkan dengan manis dari salutan coklat memang superb! Implikasi dari penangan hantaran Datuk K kepada Siti Nurhaliza dahulu, hehe. Boleh didapati di kebun-kebun strawberi dan ada juga kedai makanan yang mempunyai menu ini.

2- Aiskrim strawberi

Saya bukanlah penggemar strawberi yang tegar, jadi sebab itulah saya tidak membeli aiskrim ini. Tapi bila melihat kakak dan abang ipar saya makan dan berulangkali menyuruh saya merasa, ok, saya makan sedikit. 

Hmm.. ok.. memang sedap sebab rasa strawberi asli dan bukan seperti aiskrim proses yang dah dijenamakan. RM1 untuk aiskrim di dalam plastik seperti yang kita buat di rumah. Serius, sedap! Oh ya, ini di MARDI. Nanti akan saya ceritakan kisah di MARDI pada entri seterusnya.

3- Jagung susu

Saya kira, ada juga yang dijual di sekitar kita tapi jarang orang menjualnya kan? Yang bestnya, buang sahaja kulit jagung ini terus dah boleh makan. Rasanya seperti namanya. Ada rasa macam susu sedikit dan sedap. Tak perlu rebus atau bakar. Enak dimakan begitu saja, :p.

4- Sambal strawberi ikan masin

Saya tak pasti dah berapa lama wujudnya sambal perisa ini (ke saya yang baru tahu, hoho). Mula-mula saya agak tertanya-tanya macamanalah rasa sambal strawberi ikan masin ini. Kalau sambal ikan masin memang sedap dah, tapi bila tambah strawberi ni...Masam ke masin? :D

Di Kampung Melayu, Tanah Rata ada kedai ini. Nasi Lemak Sambal Strawberi Ikan Masin. Haa...Kami diberi sedikit sampel sambal ini dan rasanya memang sedap! Rasa sambal ikan masin dengan sedikit rasa strawberi. Yummy! Ini saya rekemen untuk yang tak pernah rasa, untuk menikmatinya, :)

Seterusnya, pengalaman ke Taman Teknologi MARDI Cameron Highlands, insyaAllah.
Semoga entri ini bermanfaat buat sahabat-sahabat yang membaca, :)


Cameron Highlands (Siri 2: Taman Teknologi MARDI)


No comments:

Post a Comment

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...