Wednesday, 26 November 2014

Cameron Highlands (Siri 2: Taman Teknologi MARDI)


Teks: ain akib


TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

Dari Brinchang (tempat tertinggi di Cameron) kami bergerak ke Tanah Rata menuju ke Taman Agroteknologi MARDI. Tiket masuk RM5 untuk dewasa dan RM3 bagi kanak-kanak. Terima kasih Abang Wan sebab belanja trip hari ini, hehe. 


Imej: Flora dan fauna
Masuk-masuk sahaja ada 2 buah rombongan bas sekolah yang turut mengadakan lawatan ke situ. 
Melihat mereka, baru saya teringat, masa saya Darjah 6 dahulu ada juga saya mengikuti rombongan sekolah 2 hari 1 malam ke sini.  
Yang dapat diimbas kembali cuma lawatan ke ladang teh sahaja, hoho.
Nak kena cari gambar lama semula di kampung nampak gayanya..


Anggur, Strawberi dan Bunga

Imej: Strawberi dan anggur
Bermula dengan laluan pejalan kaki yang berbumbungkan pokok anggur (gambar kiri bawah) dan taman strawberi. 
Di sini ada juga strawberi bersalut coklat tapi tak sempat ambil gambar dah habis masuk mulut, hehe.

Adam, anak saudara saya dah bermasam muka kerana di situ tidak dibenarkan untuk memetik buah strawberi (gambar atas), ;).

Terserempak dengan Pakcik Latif, sepupu kepada Abah (tak sempat nak bergambar). 
Penat kami tersengih-sengih  akhirnya baru Pakcik Latif perasan akan kami, :p. 
Dia berjalan bersama rakan-rakan MARDInya.

 

Imej: Pokok hiasan yang cantik
Kami teruskan perjalanan ke taman bunga. 
Cantik! 
Bunga-bunganya segar, berwarna-warni dan turut dijual. 
Bunga di atas ini (gambar kanan bawah) mengingatkan saya pada filem Frozen, :p.



Imej: Bunga matahari yang sudah hilang kelopak. Kanan bawah-close up biji matahari (kuaci)
Bunga matahari ini boleh mencapai ketinggian yang sama dengan abang ipar saya. 
Maaf ya, bunga ini keguguran kelopaknya dan saiz tengah bunganya menyamai saiz tapak tangan. 
Apabila dilihat secara dekat pada bahagian tengah itu (gambar kanan bawah) jelas kelihatan biji bunga matahari, yang mana apabila dikeringkan menjadi kuaci.



Imej: Pokok tomato
Pokok tomato menjalar dan berpaut (betul kan?) dengan ketika muda berwarna hijau muda dan berwarna oren setelah elok ranum. 
Baru kenal pokok tomato, ;).



Imej: Kiri-Epal, Kanan-Pear
Ketika kami di sana, hanya ada sebiji buah epal (gambar kiri) dan 2 biji buah pear (gambar kanan). Ok lah, dapat juga tengok buah dari dahannya.



Imej: Kincir air dan pokok halau nyamuk
Dalam taman bunga ini juga ada sebuah kincir air yang comel (gambar kiri). 
Antara yang menarik di sini ialah pokok halau nyamuk (gambar kanan). 
Selalu juga ada dijual di pasar tani. 
Boleh baca pada gambar ini tentang penerangannya.


Taman Dapur

Imej: Taman Dapur. Kanan atas-Timun air, Bawah-Labu
Ini adalah taman yang paling saya suka, :).
Sebab banyak yang kita kenal, selalu makan dan guna.
Dari pokok yang biasa dilihat seperti pokok pandan sehingga ke pokok yang tak pernah dilihat rupa pokoknya ada di sini.

Kadang-kadang, sesetengah nama sayuran itu hanya saya tahu dalam Bahasa Malaysia dan ada kalanya dalam Bahasa Inggeris. 
Di sini, baru belajar mix and match keduanya, :).



Imej: Dari kiri atas- Kubis bulat, Kubis bunga, Brokoli dan Salad
Kubis bulat (cabbage) pada gambar kiri atas manakala di sebelah kanannya kubis bunga, (cauliflower).
Brokoli (broccoli) tidak kelihatan di sini, hanya tinggal daunnya, hehe (gambar kiri bawah).
Salad (lettuce) yang pelbagai jenis, warna dan bentuk pada gambar sebelahnya (gambar kanan bawah).

Kadang-kadang, selain menumis sayur, Mak akan selang selikan hidangan sayur di rumah dengan sayuran segar seperti salad, timun, tomato. 
Jadi, kami dah terbiasa 'makanan segera' (yang tak perlu dimasak) yang segar ini, hehe.
Siap tanam petola secara hidroponik satu ketika dulu.
Dulu, tak berapa gemar juga sayur-sayuran, tapi lama-kelamaan, alhamdulillah, dah jadi habit.

Mak kata, sayur itu satu kemestian dalam menu, untuk sihat.
Ai ai Mak!
Betul tu.
Maklumlah, orang pertanian, ;)
 


Imej: Dari kiri atas- Daun kunyit, Leek, Jintan manis dan Daun sup
Yang paling glamour untuk masak rendang ialah daun kunyit (turmeric) (gambar kiri atas).
Datang sini baru tahu turmeric tu apa, lettuce tu apa. 
Pernah dengar sahaja perkataan-perkataan ini dalam My Kitchen Rules, Masterchef dan rancangan realiti masakan yang lain, tapi tak pernah betul-betul ingat termanya.
Kali ni boleh simpan maklumat dalam minda dah, insyaAllah, :).

Leek (gambar kanan atas), baru saya tahu dalam Bahasa Malaysia ialah Lekio.
Kadang-kadang Mak masak letak dalam sup sayur.

Jintan manis (Fennel) tak berapa nak kelihatan sebab dah jatuh ke tanah kot (gambar kiri bawah). 
Tinggal daunnya sahaja.
Selama ini tahu yang dah siap ada dalam peket je, :).

Ok. Yang ni paling glamour.
Daun sup (gambar kanan bawah).
Hehe.
Baru tahu ia juga dikenali dengan nama Sadri Cina (Chinese celery).
Oooo.....

Memang rasa ini lawatan sambil belajar!

Alhamdulillah. Betul seperti kalamullah dalam Surah Al-Mulk;

Ayat 15.

'Dia (Allah) yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya (rezeki Allah). Dan kepadaNya (kepada Allah) kamu kembali,'


Masa di Tingkatan 4 dahulu, inilah surah yang dibaca dalam dorm asrama setiap malam sebelum tidur. 
Dan hari ini, baru saya faham salah satu ayat di dalamnya.

Terima kasih Ya Malikul-Mulk (Penguasa Kerajaan Semesta)...



Imej: Dari kiri atas- Asparagus, Daun pandan, Kailan dan Cili
Asparagus sedap dimakan rangup! (gambar kiri atas).
Letak sedikit minyak zaitun pada kuali sederhana panas, letakkan batang-batang asparagus ini dan taburkan sedikit garam di atasnya. Golek-golekkan atas api sebentar dan angkat.
Makan sewaktu panas. Crunchy!

Pokok pandan (gambar kanan atas) sangat dikenali untuk masak nasi lemak, buat air sirap dan sebenarnya untuk menghalau lipas. Sangat berguna dan mudah ditanam di rumah.

Sayur terkenal di kedai makan masakan thai ialah Kailan (Chinese Kale).
Menunya Kailan ikan masin. Kan?
:)

Gambar kanan bawah ialah Pokok Cili.
Ada yang panggil cabai juga lada, :). 

 

Imej: Dari kiri atas-Thyme, Rosemary, Artichoke dan Oregano
Pertama kali saya melihat pokok Thyme (gambar kiri atas) dan Oregano (gambar kanan bawah). Digunakan untuk masak pasta, spagetti dsb. Selalu beli dalam bentuk serpihan kecil dalam botol di pasaraya. Kedua ini memang sedap baunya dan memberi rasa spagetti, :). 
Salah satu makanan kegemaran saya ialah spagetti yang dibuat sendiri di rumah. Yummy!

Rosemary (gambar kanan atas) dan Artichoke (gambar kiri bawah) jarang kita gunakan di Malaysia. Buah Artichoke adalah seperti gambar di bawah ini.


Imej: Carian Google


Kaktus dan Haiwan

Imej: Kaktus dan Bunga Dahlia
Ada taman mini kaktus (gambar tengah) yang menunjukkan pelbagai jenis pokok kaktus. Gambar di atas dan bawahnya pula adalah bunga dahlia. Cantik merimbun, :)


Imej: Arnab
Ada kandang arnab di hujung taman agroteknologi ini. 
Luas kandangnya.
Arnab sedang makan tengahari dengan kubis bulat.
 


Imej: Burung Nuri
Berdekatan dengan kandang arnab terdapat sangkar burung. 
Ada juga burung lain tapi saya tidak tahu namanya, hehe.
Yang menarik perhatian saya ialah sabut kelapa ini. 
Mula-mula ingatkan kosong, tiba-tiba, terjengul kepala tuan rumahnya.
Burung nuri. Comel je, :).

 

Imej: Kolam di Taman Agroteknologi ini
Meneruskan perjalanan yang menuju ke arah pintu masuk MARDI ini, ada sebuah kolam ikan yang berjambatan (gambar atas).
Terdapat seekor kura-kura beristirehat di atas batu (gambar kanan atas).
Sunbathing agaknya ya, :p.

Di sini ada kemudahan seperti surau, tandas, cafe kecil dan juga kedai yang menjual hasil dari strawberi dan teh. 
Kordial, minuman segera 3 in 1, uncang teh berperisa, buahyang telah dikeringkan, dan banyak lagi. 
Sesuai untuk menjadi buah tangan, :)

Dan di sini jugalah kami beli aiskrim strawberi asli yang sedap seperti yang saya ceritakan pada entri sebelum ini, :).


KAMPUNG MELAYU, TANAH RATA

Imej: Memetik strawberi
Destinasi kedua terakhir pada hari ini masih di Tanah Rata iaitu Kampung Melayu. 
Di sinilah terdapat Nasi Lemak Sambal Strawberi Ikan Masin yang juga saya ceritakan pada entri sebelum ini.

Kami beraktiviti memetik strawberi (ops...menggunting strwaberi) dari pokoknya.
Minima adalah separuh bakul pink ini (gambar atas) dengan bayaran RM20, jika saya tak silap.

Barulah tersenyum Adam setelah dapat memetik strawberi sebab ayahnya pesan bawa balik strawberi... 
Hmmm...patutlah beria-ia nak petik strawberi...



Imej: Kaktus lagi
Dalam perjalanan pulang ke Brinchang, kami berhenti di Cactus Point yang menjual pokok kaktus yang pelbagai saiz dan warna. Turut terjual keychain dan cenderahati dari tanah Cameron ini.


Imej: Sayur-sayuran
Gambar di atas ini adalah antara tempat yang kami singgah untuk membeli sayur-sayuran segar untuk dibawa pulang. 
Berhampiran dengan Brinchang.

Nota (gambar atas) ini adalah checklist yang Ameerah buat dua hari sebelum ke Cameron ini. 
List for shopping katanya, :p
Mesti makcik-makciknya yang mengajar, hoho..


Imej: Sebelum bertolak balik
Keesokan harinya kami pulang setelah sarapan pagi di Pekan Brinchang.
Beberapa keping gambar diambil sebelum memulakan perjalanan balik.
Best!
Dan sejuk...
:) 

Terima kasih Ya Allah,
Atas nikmat sihat dan peluang merehatkan minda di sini...





No comments:

Post a Comment

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...