Thursday, 8 October 2015

6 - 8 Oktober 2015




Teks: ain akib


TERIMA KASIH

Entri pada hari ini adalah tentang rasa penghargaan saya atas pinjaman-pinjaman indah yang diberikanNya melalui insan-insan di sekeliling saya.

2 hari lepas ulang tahun kelahiran saya yang ke 31 mengikut kalendar masihi.
Sweet 30-an ye tak, :p

Terima kasih Ya Allah atas ingatan doa daripada ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai yang mengingati hari dilahirkan insan ini dari rahim maknya.


PENGHARGAAN YANG TERUTAMA

Salah satu whatsapp dari junior rapat saya yang membuatkan saya sebak ialah,


'... Kirim salam dekat mak kak ain... dan cakap terima kasih sebab lahirkan dan didik kak ain jadi orang yang sangat memberi manfaat kepada orang lain...'

Menangis terus lepas baca.

Bermanfaatkah aku? Sebagai anak? Sahabat?

Dan...

Orang pertama yang wish adalah Mak (walaupun sehari awal..). 
Siap buat panggilan dan si kecil yang bercuti sekolah kerana jerebu turut menyanyi di telefon.

Abah, kakak-kakak, dan adik-adik saya berturutan menghantar whatsapp sambil ada juga yang mengingatkan tarikh lahir saya sama dengan bekas majikannya, Tan Sri Gani Patail yang bersara pada hari itu.
Erm. Ok..

Imej: Ama dan Adam, :)


Ucapan tidak putus dari sahabat-sahabat di mukabuku.
Terima kasih.
:)

Ingatan yang saya hargai.
:)

Juga doa kalian yang bermakna.
Sungguh.
Moga menjadi asbab kebaikan buat saya dan orang-orang di sekeliling saya.
:)

 Salah satu momento dari bestie saya, :)

Imej: Terima kasih Najah! :)


Birthday treat dari sepupu-sepupu saya yang letih-tapi-tetap-gigih-melayan-saya, hihi.
Gambar bersama anak-anak mereka sahaja ye, :p

Terima kasih Mak Yong, Bincak, Kak Huda, Ella, Nasyad dan si kecil-si kecil semua.
Sayang korang! <3

Imej: Bersama Zaqwan, Iman dan Ikhwan, :)

Imej: Sarimah jadi model kerusi tolak, :)



Terima kasih juga buat kiriman dari hati ke hati daripada guru ehati, Kak Diyana Tahir.
Mengigatkan semula bahawa tiada yang kebetulan dalam susunan aturanNya.
:)

Imej: <3


PERUTKU MENGUCAPKAN TERIMA KASIH, :p


Cucur sedap daripada Manjoi, hihi.

Imej: Terima kasih Mak Yong!



Berhempas pulas masak di pejabat.

Dari tukang beli; Abang Syamin dan Amy.
Kari kepala ikan resepi Kak Ija.
Dengan pembantu yang rajin; Amy, Kak Nor, Kak Hani.
Terima kasih.
:)

Oh, tak lupa juga kepada yang nyanyikan lagu, hihi.

Imej: Ketuk-ketuk Zulhijjah, :p



Kek chocolate chip walnut.
Geng oktober dengan Kak Nor.

Ashraf, seorang lagi rakan sepejabat tidak dapat kami sambut bersama sebab jauh nun di Pangkor, hehe.

Terima kasih.
:)

Imej: Terima kasih Aunty Betty, :)


Petang semalam pekena laksa sarang burung di Manjoi.
Menu istimewa di sini ialah laksa sarang burung dan ABC buah.
Alhamdulillah. Memang sedap!

Lokasi: Laksa Saranghae, (belakang Mydin Manjoi)
Waktu operasi: 4 petang - 11.30 malam. Isnin tutup.

Terima kasih korang sebab makan sekali.
Nasib baik Kak Ani dah baik demam.
:)

Imej: Laksa sarang dah habis dimakan...

Imej: ABC buah!


Oleh kerana ada yang berkata-kata sambutan selama 3 hari, maka masinlah mulut mereka, hehe.

Sahabat kami, Yin datang bersama kek dan anakanda Adlan!
Lama tak jumpa si bambam ni!
Terima kasih Yin, :) 
Rezeki Kak Sab juga, :)

Imej: Alhamdulillah, rezeki makan bersama, :)



Terima kasih Ya Razzaq atas kehadiran insan-insan yang hadir meminjamkan kegembiraan ini.
DariMu jua segalanya.
Moga segala kebaikan dikembalikan juga kepada mereka dan rahmatMu mengiringi bersama.
Ameen...

:)




No comments:

Post a Comment

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...