Friday, 23 October 2015

Oldtown Ipoh


Teks: ain akib


IPOH

''Ada apa yang menarik di Ipoh?'' soalan yang kerap ditanya pada saya.

Ermmm....banyak sebenarnya.
Cuma tahap menarik itu ditentukan oleh minat orang yang bertanya.
Setiap orang berbeza.

Ada yang suka cari makan.
Ada yang suka berjalan-jalan.
Ada yang suka tempat tertutup.
Ada yang suka berkaitan sejarah.
Dan sebagainya.

Bagi saya, selagi mana geng untuk pergi bersama itu sekepala, maka apa-apa pun akan jadi menarik dan best, :)
 

OLDTOWN IPOH

Sekitar pekan lama Ipoh (berhampiran Padang Ipoh) ada beberapa lokasi mural (ada yang memanggilnya graffiti) di dinding. 

Kali ini saya berpeluang meronda pekan lama ini. 
Sekejap berkereta, sekejap menapak di atas kaki.

Gambar Jejak Warisan di bawah ini hanya bersebelahan dengan Masjid Negeri.

Imej: Ipoh Heritage Trail



Bersebelahan dengan Padang Ipoh pula terletaknya Jejak 1 dan 2.
Jejak 2 nun jauh di bahagian atas bangunan.

Imej: Jejak 1 -Old Uncle With Coffee Cup

Imej: Jejak 2 - Paper Plane



Bergerak ke bahagian sebelah sana menghampiri sungai, bertemu dengan Jejak 3 dan 4.
Jika dilihat dengan jarak dekat, kopi o ini memang kelihatan menarik dan menyelerakan terutama ketika panas terik, hmm...

Pelan atau peta adalah seperti gambar di bawah.

Imej: Jejak 3 - Kopi O

Imej: Pelan lokasi 

Imej: Jejak 4 - Hummingbird



Mural yang terbesar ialah Jejak 5 ini.
Mengimbau zaman melombong bijih timah di Tanah Melayu.

Imej: Jejak 5 - Evolution



Kami bergerak ke Jejak 7 kemudiannya kerana agak berhampiran dengan kawasan ini.
Jejak 7 ialah gambar seorang kanak-kanak perempuan memijak bangku dan buku.
Ada sebuah sangkar burung di atas itu.

Jangan keliru. 
Model adalah jejaka yang ingin dirahsiakan identitinya, haha, :p

Imej: Jejak 7 - Girl



Yang terakhir ialah Jejak 6, Trishaw.
Ada beca lama ditempatkan di situ.

Imej: Jejak 6 - Trishaw



Berhampiran kawasan ini juga, terdapat satu lorong yang dihiasi dengan awanan payung berwarna merah dan putih.
Cantik!
Pada waktu yang sama, ada 2 pasang pengantin yang turut ke situ untuk membuat sesi berfoto.
Maknanya, hotspot juga lorong ini..

Imej: Berhampiran gambar Trishaw



Ada beberapa lagi mural di dinding untuk dijelajahi kemudian.

Hmm...
Menarik juga Ipoh ni kan?
;)


1 comment:

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...