Teks: ain akib
'Daripada Allah kami dijadikan dan kepada Allah kami kembali'
Maksud dari kalimah yang sering kita ucapkan apabila mendapat perkhabaran pulangnya insan ke rahmatullah.
إناللة وإنا إلية راجعون
Malam ini membaca hebahan pemergian seorang sahabat sekolah menengah dahulu.
Mengejut.
Sumber mengatakan berpunca daripada jantung.
Saya kurang mengenalinya.
Sekadar sahabat satu sekolah, SM Sains Muar.
Bukan satu kelas, satu dorm, satu biro mahupun satu kelab.
Tapi mengenali beliau yang merupakan ahli dorm rakan sekelas.
Saya kira, kami tak pernah berbicara sedari dulu, cuma berhubung melalui mukabuku sahaja dengan adakalanya saling 'like' post antara kami.
12 April 2016
Baru kurang lebih sebulan lalu beliau menghantar personal mesej pada inbox mukabuku saya.
Pertama kali.
Dan,
Mesejnya memberi kesan.
Punya rasa terkejut yang bersulam rasa indah berukhuwwah.
Itu sahaja.
Yup. A welcoming random message.
Terima kasih Mimi mengingatkan saya.
Penghujung hari ini sebenarnya saya diselubungi dengan tarikan energi negatif namun apabila pemergian beliau sampai di pengetahuan saya, ibarat disimbah dengan air sejuk.
Bushhhhhhh.......
Serta-merta rasa diperingatkan tentang kuasa Sang Pencipta.
Dianugerahkan kembali rasa bertuhan.
Alpa sebentar dengan emosi.
'Aku bukan sesiapa untuk serba mengatur segala keadaan mengikut kehendakku kerana itu sifatNya, Al-Malik, Yang Menguasai,'
Ya Awwal, Ya Akhir...
Terima kasih kerana memeliharaku dengan peringatan ini.
Bila-bila sahaja Engkau mampu mencabut nyawa ini.
Dan Engkau menampakkan di hadapan kami ini cuma serpihan kecil ujian.
Entah esok, entah lusa, entahkan sebentar lagi!
Peringatan demi peringatan.
Al Fatihah untuk Allahyarhamah Mimi Azrina Mawati
ReplyDeleteAl- Fatihah.... :'(
DeleteAl Fatihah untuk Allahyarhamah Mimi Azrina Mawati
ReplyDelete