Teks: ain akib
CAPPADOCIA
"I tak nak bawa you pergi Turki la," kata Ifti .
"I pun tak nak bawa you. Daripada I bawa you, lebih baik I bawa bertenang, bawa bersabar... Lagi bagus," jawab Via.
(Filem Manisnya Cinta di Cappadocia)
Filem ini dimainkan di dalam bas sewaktu perjalanan jauh 2 hari sebelum ini.
Hehe.
* * * * * * * * * *
Hari keempat.
Belon panas adalah opsyen, tidak termasuk dalam pakej berbayar sepertimana yang telah dimaklumkan sedari awal.
Bayaran sebanyak 200USD seorang boleh dibuat kepada ketua kumpulan sehari sebelum aktiviti dijalankan.
Alhamdulillah, Abah belanja kami kali ini.
Hihi.
Tercapai hasrat nak naik, :)
Imej: Belon panas dikembangkan |
Sesudah solat subuh, kami bergerak dari hotel dengan menaiki van ke tempat belon panas dikembangkan.
Ada banyak tempat permulaan dan setiap tempat ada dalam 4 hingga ke 7 biji belon akan berlepas.
Ada banyak tempat permulaan dan setiap tempat ada dalam 4 hingga ke 7 biji belon akan berlepas.
Bakulnya besar, mempunyai 4 bahagian untuk penumpang dengan setiap bahagian boleh memuatkan hingga 5-6 orang.
Di bahagian tengah adalah ruang bagi pengendali belon panas bersama pembantunya.
Di bahagian tengah adalah ruang bagi pengendali belon panas bersama pembantunya.
Sarapan ringan disediakan sebelum berlepas; air panas, 3-in-1, biskut dan bar coklat.
Makan, jangan tak makan, untuk mengelakkan perut berbunyi riang di atas udara nanti, :)
Imej: Keluarga (atas) dan rakan serombongan (bawah) |
Ok, ini gambar kami dan keluarga jiran bakul kami, ;).
Ahli kumpulan kami juga yang terdiri dari Ibu, bapa dan anak-anak mereka.
Waktu ini baru dalam beberapa meter ke udara, haha.
Ahli kumpulan kami juga yang terdiri dari Ibu, bapa dan anak-anak mereka.
Waktu ini baru dalam beberapa meter ke udara, haha.
Abah tinggal di hotel, tak mahu naik katanya, jadi, kami bawa balik gambar yang banyak untuk belekannya, ;).
Taklimat telah diberikan sebelum kami berlepas dan juga cara untuk berhenti.
Ada gaya yang perlu dibuat untuk membolehkan bakul dan belon landing nanti.
Pengendali belon kami fasih berbahasa inggeris dan ceria.
Bila ditanya namanya, dia menjawab, "Johnny Depp" dengan muka serius.
.
.
.
. Krik, krik....
Pengendali belon kami fasih berbahasa inggeris dan ceria.
Bila ditanya namanya, dia menjawab, "Johnny Depp" dengan muka serius.
.
.
.
. Krik, krik....
;)
Imej: Matahari naik dari belakang bukit |
Salah satu kecantikan dari atas sana ialah kami dapat melihat matahari terbit dari belakang bukit.
Subhanallah!
Cantik!
Silau sedikit iya, tapi tetap terasa 'nur'nya.
Silau sedikit iya, tapi tetap terasa 'nur'nya.
:)
Alhamdulillah cuaca cantik dan kami berpeluang melihat kebesaran-kebesaran Ilahi dari arah udara.
Once in a lifetime moment.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
And thank you Abah, :)
Tidak penting cantik atau tidak belon yang kita naiki kerana kita hanya akan menangkap gambar belon orang lain, haha.
Setelah 45 minit ke 1 jam di udara sambil melihat pelbagai bentuk topografi, alhamdulillah kami mendarat dengan selamat di atas treler kecil beroda.
Imej: Masa untuk berkemas dan pulang |
Imej: Bailam, instruktor belon kami |
Imej: Sijil naik belon, :) |
Seronok!
Dan teruja!
:)
Terima kasih Ya 'Aziz membenarkan kami merasai nikmatNya.
Tambah seronok berada di atas dengan keluarga dan geng yang tidak kurang meriahnya.
Alhamdulillah, :).
Tambah seronok berada di atas dengan keluarga dan geng yang tidak kurang meriahnya.
Alhamdulillah, :).
Kami bertolak balik ke hotel untuk sarapan pagi dan ke sekitar Cappadocia pula.
Beberapa keping gambar sempat diambil dalam perjalanan pulang semula ke hotel seperti di bawah.
Imej: Tembikar dijual di tepi jalan |
Imej: Pokok tumbuh semula selepas musim sejuk |
Masih berkisar di Cappadocia untuk entri seterusnya.
:)
:)
Turki (Siri 1: KLIA-Doha-Istanbul-Bursa)
Turki (Siri 2: Pamukkale | Hierapolis)
Turki (Siri 3: Konya | Maulana Jalaludin Al-Rumi)
Turki (Siri 4: Cappadocia | Belon Panas)
Turki (Siri 2: Pamukkale | Hierapolis)
Turki (Siri 3: Konya | Maulana Jalaludin Al-Rumi)
Turki (Siri 4: Cappadocia | Belon Panas)
No comments:
Post a Comment