Wednesday, 11 May 2016

Turki (Siri 2: Pamukkale | Hierapolis)


Teks: ain akib



PAMUKKALE


Imej: Peta perjalanan di Turki

Kami tiba di Pamukkale pada sebelah petang.
Pamukkale bermaksud Cotton Palace.

Mengapa dipanggil sedemikian?


Kerana landmark di situ ialah kawasan putih di atas bukit, terdiri daripada terusan aliran mineral yang membentuk kolam dan teres putih bertingkat-tingkat. 

Akan saya tunjukkan nanti. 

Dan,

Pamukkale adalah pengeluar kain kapas di Turki.

Kami menaiki jalan yang berbukit untuk naik ke Hierapolis, di mana runtuhan empayar Greco-Rom bersisa di situ.

Dengan bas sudah semestinya.
Hehe.


PAMUKKALE | HIERAPOLIS


Imej: Tiket 

Imej: Runtuhan Kota Hierapolis

Imej: Tinggalan Hierapolis



Imej: Cebisan sejarah

Hierapolis termasuk dalam UNESCO World Heritage Place (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization).

Hiera adalah isteri kepada pemerintah empayar pada ketika itu  manakala Polis membawa maksud bandar (city).


PAMUKKALE | THERMAL SPA TERRACE


Inilah yang saya ceritakan di awal post ini.

Cotton Palace yang serba putih.
Bersebelahan dengan runtuhan kota Hierapolis ini.


Imej: Syok sendiri, hihi

Dinding seperti gula-gula kapas itu adalah keras manakala kaki kami dalam rendaman air yang membentuk kolam di situ.

Punca air adalah dari bukit melalui bawah tanah.

Walaupun cuaca sejuk dan berangin di sekitar 10-15 darjah celcius, air yang mengalir adalah suam.


Imej: Panorama kiri
Imej: Panorama kanan

Gambar atas adalah pemandangan di sebelah kiri manakala gambar bawah adalah pemandangan di sebelah kanan.

Dengan cuaca yang Ya Khaliq (Yang Maha Pencipta) izinkan memancar indah...

Subhanallah!

Dialah sebaik-baik Pencipta.


Imej: Macam gula-gula kapas!

Gambar ini adalah zoom-in dari panorama kanan tadi.

Subhanallah, cantik!


Video: Rakaman air dalam kolam yang mempunyai berudu, ;)


Imej: Close-up dataran (kiri) dan kolam air (kanan)

Inilah dataran yang kami pijak dan kolam air yang berparas di buku lali hingga ke betis.


Imej: Matahari berlabuh

Dalam 45 minit juga kami berada di situ, bermain air, mengambil foto, mengenal tekstur permukaan bumi yang menarik ini.

Abah menunggu kami di kerusi, tolong jaga kasut dan beg, hihi.


Imej: Senja nan merah

Imej matahari terbenam (sunsets) sempat kami rakamkan.

Terima kasih Ya Badi' ( Yang Maha Indah).

:)


Imej: Pakcik aiskrim yang teruja nak tunjuk aiskrim, hehe

Sebelum menaiki bas kembali, sempat merakam sekeping gambar penjual aiskrim di sana. 

Oleh kerana sejuk, tak rasa nak makan aiskrim, hehe.

Minta izin untuk menangkap gambar beliau maka beliau berikan pose bersama keseluruhan asikrim di dalam bekas di hadapannya, :)


Imej: Pintu masuk ke Antique Pool



Empayar Rom terkenal dengan kolam mandi (bath) dan yang terkenal adalah Kolam Cleopatra yang dikatakan menjadi kolam pemulihan bagi banyak jenis penyakit.



Imej: Cleopatra's Pool

Masih di Hierapolis ini, Antique Pool memelihara beberapa buah kolam semulajadi yang masih kekal ada selepas gempa bumi dahulu.



Imej: Bas kami yang berjasa

Imej: Tong kitar semula

Selepas itu kami singgah di kedai Kain Kapas yang menjual semua hasil kain kapas seperti tuala, bathrobe, runner, tablecloth, sarung kusyen, cadar, sarung bantal dan bermacam-macam lagi. 

Maaf, tiada gambar.

Sempat mengambil gambar tong kitar semula yang berada di luar kedai.


Imej: Al-Quran dalam bilik hotel

Check in di hotel kedua kami, kali ini di Pamukkale.


Ada disediakan Al-Quran dalam bilik hotel kali ini.
Dalam Turkish.


Esok, kami akan meneruskan perjalanan meninggalkan Pamukkale.


Ke mana?

Teruskan membaca travelog di bawah.

:)


Turki (Siri 1: KLIA-Doha-Istanbul-Bursa)
Turki (Siri 2: Pamukkale | Hierapolis)


No comments:

Post a Comment

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...