Teks: ain akib
KONYA CITY
Imej: Depan hotel di Pamukkale |
Hari ketiga.
Selamat tinggal Pamukkale.
Kami bergerak menuju ke Konya pula.
Imej: Peta perjalanan bermula dari Istanbul |
"Konya is the most islamic city in Turkey,"
Itulah yang diberitahu oleh Pemandu Pelancong kami, Serkhan.
Beritahunya lagi bahawa di bahagian timur Turki, kurang bangunan di sana dan kadar kelahiran adalah tinggi.
Satu keluarga memiliki anak dalam lingkungan 10 ke 15 orang anak.
Satu keluarga memiliki anak dalam lingkungan 10 ke 15 orang anak.
Ok.
Kadar pembangunan berkadar songsang dengan kadar kelahiran?
Mungkin.
Imej: Stadium di Konya |
Bandar Konya kelihatan agak moden dan tersusun dengan bahagian perindustrian terletak di satu bahagian besar manakala bandar utama menempatkan pusat pentadbirannya.
Lanskap memang cantik dan lawa di bahagian bandar.
Saya tabik dengan perancang bandar di bahagian bandar, juga kumpulan sokongan yang menceriakannya!
Hehe.
Lanskap memang cantik dan lawa di bahagian bandar.
Saya tabik dengan perancang bandar di bahagian bandar, juga kumpulan sokongan yang menceriakannya!
Hehe.
MAKAN TENGAHARI
Imej: Pizza (kanan) dan roti bawang putih (kiri bawah) |
Imej: Nasi, kekacang lecek, daging dalam terung |
Makan tengahari kami dalam perjalanan di mana mereka telah bersedia unutk menerima kedatangan kami.
Pembuka selera seperti biasa adalah roti tapi kali ini adalah roti bawang dan ala-ala pizza. Ok, sedap, :)
Menu utama ialah nasi bersama kekacang lenyek dan daging rempah dibungkus dalam kepingan terung bakar.
Sedap jugak, :)
Alhamdulillah...
MAULANA JALALUDIN AL-RUMI
Imej: Dari luar |
Al-Rumi.
Nama pena yang cukup dikenali dalam lakaran puisi.
Rupanya seorang ilmuwan yang tersohor dan dipandang tinggi di bumi Konya ini.
Makam Jalaludin Al-Rumi terletak di Konya.
Mereka menggelarnya Maulana (Mevlana).
Ini adalah gambar di luar kawasan makam beliau.
Kami perlu mengenakan plastik di kasut sebelum masuk ke bahagian dalam makam.
Supaya tidak mengotorkan bahagian dalam sana.
Supaya tidak mengotorkan bahagian dalam sana.
Imej: Makam Jalaludin Al-Rumi (kiri bawah) |
Di dalam makam tersebut terdapat juga makam-makam yang lain, saya agak makam anak-anak muridnya.
Peninggalan beliau juga terdapat di dalam kawasan makam ini seperti penulisan, pakaian dan sebagainya.
Lebih banyak lagi barang peninggalan di bilik-bilik kecil di perkarangan kawasan makam ini seperti pedang, alat tulis, kitab dan banyak lagi.
Seperkara yang dapat dilihat ialah orang-orang di sana mengagungkan beliau.
Bagaimana saya boleh kata begitu?
Mereka akan menghampiri makam beliau dengan ekspresi wajah yang amat hiba, ada yang menangis bersungguh-sungguh dan dari air muka nampak mereka memandang beliau sebagai idola.
Bagaimana saya boleh kata begitu?
Mereka akan menghampiri makam beliau dengan ekspresi wajah yang amat hiba, ada yang menangis bersungguh-sungguh dan dari air muka nampak mereka memandang beliau sebagai idola.
Imej: Tulip dan pokok ceri |
Imej: Perkarangan luar |
Sementara semua ahli kumpulan berlegar di sekitar peninggalan Sheikh Jalaludin Al-Rumi, kami menikmati cuaca yang baik dan sejuk ini di taman perkarangan luar.
Imej: Cenderahati di luar |
Sambil bergerak kembali menuju ke arah bas, kami melalui kedai-kedai cenderahati.
Sempat saya membeli sebuah buku yang memuatkan karya beliau dan magnet.
Ole-ole untuk diri sendiri, :)
Tertarik dengan penulisan di Konya kota bermula tarian sufi Turki ini.
Ada sejenis tarian sufi.
Patutlah ada watak seorang yang memakai ala-ala dress putih (gambar atas ini)
Ada sejenis tarian sufi.
Patutlah ada watak seorang yang memakai ala-ala dress putih (gambar atas ini)
Imej: Tram (atas) |
SEPANJANG PERJALANAN DARI PAMUKKALE-KONYA-CAPPADOCIA
Imej: Sekitar Konya. Mesin ATM (tengah). |
Imej: Ladang-ladang mula menghijau |
Imej: Kambing biri-biri |
Imej: Pemandangan dari dalam bas |
Imej: Luas muka bumi Allah |
Imej: Bunga penaik seri (bawah) |
Imej: Sisa salji di puncak bukit |
Imej: Gerabak |
Imej: Penanda aras ketebalan salji |
Imej: Bendera Turki |
Menjelang malam, kami tiba di Cappadocia.
Esok, akan menaiki belon panas!
Biiznillah.
:)
Turki (Siri 1: KLIA-Doha-Istanbul-Bursa)
Turki (Siri 2: Pamukkale | Hierapolis)
Turki (Siri 3: Konya | Maulana Jalaludin Al-Rumi)
Turki (Siri 2: Pamukkale | Hierapolis)
Turki (Siri 3: Konya | Maulana Jalaludin Al-Rumi)
No comments:
Post a Comment