Teks: ain akib
"Istanbul, aku datang,"
Fefeeling Lisa Surihani, ;)
"Istanbul, aku datang,"
Fefeeling Lisa Surihani, ;)
ISTANBUL: BOSPHORUS CRUISE
Nama lama Istanbul ialah Byzantium, kemudian Constantinople dan kini Istanbul.
Pernah baca kisah Sultan Muhammad Al-Fateh?
Saya hanya tahu sedikit sahaja mengenai sirah ini, tak banyak.
Jatuh cinta apabila membaca kisah beliau dalam buku.
Juga apabila seringkali namanya disebut-sebut dalam kuliah dan usrah.
Betulkan jika ada yang saya tersilap ya.
- Seorang yang tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib semenjak baligh hingga ke akhir usia.
- Beliau menakluk Constantinople pada umur 21 tahun sekaligus menjatuhkan Empayar Byzantine.
Sabda Rasulullah SAW dalam Perang Khandak:
"Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera,"
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Berdasarkan hadis ini, terdapat banyak cubaan sewaktu pemerintahan Empayar Bani Umayyah, Abasiyyah dan Uthmaniyyah.
Namun akhirnya terlaksana pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh selaku sultan ketujuh Empayar Bani Uthmaniyyah.
- Beliau menukar nama Constantinople kepada Islambol manakala Kamal Atartuk menukar kepada Istanbul.
Saya berikan link yang menarik untuk bacaan ringan:
Muhammad Al-Fateh: Pembuka Constantinople
Sirah - Sultan Muhammad Al-Fatih
Di Istanbul ini, terdapat satu daerah dinamakan dengan nama beliau: Fateh District.
* * * * * * * * * *
Hari keenam.
Kami bergerak dari Bolu sejurus selepas sarapan.
Serkhan kata kami harus bertolak awal.
Apabila terlewat walaupun hanya 5 minit, akan membuatkan kami tersekat berjam-jam akibat melalui waktu laluan kenderaan besar seperti lori.
Perjalanan kurang lebih 2 jam dari Bolu ke Ankara itu sedikit sepi dan bas bergerak laju mengejar masa.
Laju tapi masih di bawah kadar kelajuan yang dibenarkan.
Just on time.
Kami bergerak masuk ke bahagian Eropah Istanbul merentasi jambatan.
Menuju ke tepi pelabuhan untuk menaiki bot cruise.

Imej: Obor-obor yang banyak (bawah) |
Sempat berjumpa makhluk kesayangan Nabi SAW ini.
Berlari datang bila dipanggil.
Hehe.
Sebaik melangkah naik ke atas bot, menjengahkan kepala ke luar, kelihatan ribuan obor-obor memenuhi laut di bawah.
Angin sepoi-sepoi...
Berangin...
Kemudian hujan renyai-renyai...
Kami bergerak dari dek bot masuk ke dalam cafe di tingkat bawah.
Gambar di atas ini adalah grinder untuk lada hitam dan lada putih.
Ala-ala antik sikit.
Harganya 8 TL, :)
Berhari-hari bertemu daging kambing dan daging lembu, akhirnya bertemu dengan ikan pula, :)
Nasi dan ikan seekor.
Bayam sejuk, keledek lecek, sambal (tanpa belacan) dan salad.
Menu sedikit baru bagi kami.
Sedap!
Saya tak tahulah...
Kebanyakan makanan yang melalui tekak saya, memang saya kata sedap.
Kadang-kadang meluncur dari lidah perkataan sedap atas rasa syukur Ya Razzaq memberi nikmat makan dan kadangkala memang lidah dapat menerima rasa makanan itu.
Apabila selalu dilazimi, ibarat doa.
Maka, Allah berikan rasa sedap itu walaupun kadang-kadang orang lain kata tak sedap.
Sepupu saya selalu kata kalau nak review makanan, tak boleh tanya saya.
Saya akan kata semua sedap.
Haha, :D
Seterusnya menunaikan kewajipan fardhu di Masjid Suleiyman, yang terletak berhampiran sebuah universiti di sana.
Tempat wudhu dan bilik air terletak agak jauh dari ruang solat.
Airnya...
Allah...
Sejukkk!!!
Juga disebut Ayasofya.
Ada pembaikpulihan sedang dijalankan.
Keluar dari Hagia Sophia, ada air pancut yang berwarna-warni (bila malam) dan taman yang cantik.
Blue Mosque hanya berhadapan dengan Hagia Sophia.
Mengapa digelar Masjid Biru?
Di dalam masjid ini terdapat 20,000 keping jubin berwarna biru.
Familiar nama beliau.
Tapi saya tidak dapat nak recall.
Nama anak saudara saya Ayyub, teringat kat budak gundut itu, hehe.
Ayyub dan Ameerah.
Tiba-tiba video mereka terselit dalam travelog Turki.
Rindu.. :)
Abah bercerita tentang siapa Ayyub Al Ansari ini.
Ketika Nabi berhijrah dari Mekah ke Kota Madinah bersama golongan muhajirin, semua orang-orang Ansar memanggil-manggil dan teringin sekali untuk baginda menjadi tetamu mereka yang mulia di rumah mereka.
Demi berlaku adil, maka baginda Rasulullah SAW memutuskan untuk menjadi tetamu di rumah yang di mana unta baginda berhenti.
Dan,
Unta baginda berhenti di hadapan rumah Ayyub Al-Ansari.
Insan terpilih.
:)
Kemudiannya termasuk dalam salah seorang sahabat Nabi yang dikasihi.
Di sinilah negara terakhir Ayyub Al-Ansari berada dan dikebumikan.
Ada sejarah mengenai wasiatnya ingin disemadikan di bawah kota benteng Constantinople ini, seperti dalam pautan di atas.
Merajuk la pulak.
Adoi...
Kami amat teruja dengan makan malam ini.
Masakan India!
Rindu makanan mamak, hehe.
Kari daging.
Ohhh... terlepas rindu pada kari.
Semua muka gembira bertemu capati dan nasi.
Puas anak tekak, :)
Saya akhiri hari ini dengan catatan saya di mukabuku:
Kesibukan di sini seperti di KL.
Dan, sebagai langkah berjaga-jaga, hotel yang kami tiba malam ini juga menjalankan kawalan keselamatan melalui imbasan setiap beg yang dibawa masuk.
Rasa selamat.
Dan penat.
Dah 11 malam.
Good nite.
Esok, masih di Istanbul.
:)
Sebaik melangkah naik ke atas bot, menjengahkan kepala ke luar, kelihatan ribuan obor-obor memenuhi laut di bawah.
Ya.
Obor-obor.
Imej: On board |
Imej: Sepanjang sungai mendung |
Imej: Jambatan |
Imej: Dalam cafe tingkat bawah |
Angin sepoi-sepoi...
Berangin...
Kemudian hujan renyai-renyai...
Kami bergerak dari dek bot masuk ke dalam cafe di tingkat bawah.
Imej: Universiti (atas), kapal Atartuk (bawah) |
Imej: Burung seagull |
Imej: Menghampiri semula ke pelabuhan |
Imej: Pelabuhan |
Tak dapat duduk lama di bahagian dek di atas bot menikmati udara segar.
Walaubagaimanapun, pengalaman yang seronok dengan panorama kiri dan kanan bahagian Asia dan Eropah Istanbul! :)
ISTANBUL: SPICE BAZAAR
Rambang mata masuk ke bazar ini.
Mengapa?
Melihat longgokan rempah ratus (spices) di situ!
Alamak, tiada pula gambar jualan rempah di sana.
Maaf...
Banyak juga barang seramik, jewellery, sarung kusyen, shawl, runner, manisan, lukisan dan bermacam-macam lagi jualan.
Imej: Kedai-kedai dalam Spice Bazaar |
Imej: Kiri kanan kedai |
Imej: Ke tingkat bawah |
Imej: Dari mana? Malaysia... |
Imej: Kedai manisan |
Di Malaysia,harga rempah ratus yang jarang digunakan agak mahal.
Jadi, saya mengambil peluang membeli rempah yang telah lama diidamkan di Spice Bazaar ini.
Akibat selalu menonton rancangan masakan yang mudah di televisyen.
Mix, prep and ready.
Hoho.
Harganya di sini saya kira agak berpatutan dan lebih murah jika beli dalam kuantiti yang banyak.
Alhamdulillah.
Misi tercapai.
:)Gambar di atas ini adalah grinder untuk lada hitam dan lada putih.
Ala-ala antik sikit.
Harganya 8 TL, :)
MAKAN TENGAHARI DI KUMKAPI
Selesai membeli belah di Spice Bazaar, kami mengisi tenaga kembali.
:)
Imej: Batman (kanan) :p |
Imej: El Marina Fish & Meat Restaurant |
Imej: Lauk-pauk |
Berhari-hari bertemu daging kambing dan daging lembu, akhirnya bertemu dengan ikan pula, :)
Nasi dan ikan seekor.
Bayam sejuk, keledek lecek, sambal (tanpa belacan) dan salad.
Menu sedikit baru bagi kami.
Sedap!
Saya tak tahulah...
Kebanyakan makanan yang melalui tekak saya, memang saya kata sedap.
Kadang-kadang meluncur dari lidah perkataan sedap atas rasa syukur Ya Razzaq memberi nikmat makan dan kadangkala memang lidah dapat menerima rasa makanan itu.
Apabila selalu dilazimi, ibarat doa.
Maka, Allah berikan rasa sedap itu walaupun kadang-kadang orang lain kata tak sedap.
Sepupu saya selalu kata kalau nak review makanan, tak boleh tanya saya.
Saya akan kata semua sedap.
Haha, :D
Imej: Alhamdulillah |
ISTANBUL: SULEIYMAN MOSQUE
Seterusnya menunaikan kewajipan fardhu di Masjid Suleiyman, yang terletak berhampiran sebuah universiti di sana.
Imej: Di pintu masuk perkarangan Masjid Suleiyman |
Imej: Perkuburan di sebelah Masjid Suleiyman |
Tempat wudhu dan bilik air terletak agak jauh dari ruang solat.
Airnya...
Allah...
Sejukkk!!!
Imej: Luar masjid, inner court, dan pintu masuk masjid |
Imej: Bahagian dalam Masjid Suleiyman |
Menaiki bas menuju ke Dataran Sultanahmet.
Dataran yang menghubungkan Hagia Sophia, Blue Mosque, dan Topkapi Palace.
Dataran yang menghubungkan Hagia Sophia, Blue Mosque, dan Topkapi Palace.
ISTANBUL: HAGIA SOPHIA
Sejarah ringkasnya:
Tambah terkenal juga atas saiznya yang besar dan mudah dilihat.
Senibina Hagia Sophia menjadi asas seni pembinaan bagi Turki.
- Mengambil masa dari 6 - 15 Masihi untuk membina Hagia Sophia
- Maksud Hagia Sophia ialah holy wisdom
- Sewaktu pemerintahan Empayar Byzantine, ia adalah sebuah gereja
- Setelah ditakluk oleh Kerajaan Bani Uthmaniyyah, ia menjadi sebuah masjid
- Kamal Atartuk menjadikannya muzium dengan alasan tidak mahu agama berlainan berbalah
Tambah terkenal juga atas saiznya yang besar dan mudah dilihat.
Senibina Hagia Sophia menjadi asas seni pembinaan bagi Turki.
Imej: Hadapan Hagia Sophia (atas), tempat wudhu (bawah kiri) |
Imej: Tiket masuk |
Juga disebut Ayasofya.
Imej: Di dalam Hagia Sophia |
Imej: Mimbar |
Imej: Siling |
Imej: Ukiran nama Allah, Muhammad dan Khalifah Ar-Rasyidin |
Ada pembaikpulihan sedang dijalankan.
Sebelum ini tersebar luas di mukabuku, gambar seekor kucing berwarna oren yang dikatakan sering berlegar dalam Hagia Sophia.
Kucing pada gambar (kanan atas) adalah yang saya temui dalam Hagia Sophia.
Kawan kepada kucing oren itu kot?
:p
Kucing pada gambar (kanan atas) adalah yang saya temui dalam Hagia Sophia.
Kawan kepada kucing oren itu kot?
:p
Imej: Artifak (atas), cenderamata dan buku (bawah) |
ISTANBUL: BLUE MOSQUE
Keluar dari Hagia Sophia, ada air pancut yang berwarna-warni (bila malam) dan taman yang cantik.
Blue Mosque hanya berhadapan dengan Hagia Sophia.
Imej: Blue Mosque (atas) |
Imej: Kereta polis (kanan) |
Imej: Menuju ke Blue Mosque |
Imej: Kubah bahagian dalam |
Mengapa digelar Masjid Biru?
Di dalam masjid ini terdapat 20,000 keping jubin berwarna biru.
Imej: Berlampu kuning |
Imej: Blue Mosque |
Subhanallah!
Cantik!
Cantik!
ISTANBUL: EYYUP MOSQUE
Imej: Masjid Ayyub |
Familiar nama beliau.
Tapi saya tidak dapat nak recall.
Nama anak saudara saya Ayyub, teringat kat budak gundut itu, hehe.
Tiba-tiba video mereka terselit dalam travelog Turki.
Rindu.. :)
Imej: Penerangan ringkas |
Abah bercerita tentang siapa Ayyub Al Ansari ini.
Ketika Nabi berhijrah dari Mekah ke Kota Madinah bersama golongan muhajirin, semua orang-orang Ansar memanggil-manggil dan teringin sekali untuk baginda menjadi tetamu mereka yang mulia di rumah mereka.
Demi berlaku adil, maka baginda Rasulullah SAW memutuskan untuk menjadi tetamu di rumah yang di mana unta baginda berhenti.
Dan,
Unta baginda berhenti di hadapan rumah Ayyub Al-Ansari.
Insan terpilih.
:)
Kemudiannya termasuk dalam salah seorang sahabat Nabi yang dikasihi.
Di sinilah negara terakhir Ayyub Al-Ansari berada dan dikebumikan.
Ada sejarah mengenai wasiatnya ingin disemadikan di bawah kota benteng Constantinople ini, seperti dalam pautan di atas.
Imej: Pintu masuk Masjid Eyyup |
Imej: Makam Ayyub Al-Ansari (kiri) |
Makam beliau terletak di dalam perkarangan masjid.
Imej: Jubin di luar kawasan makam |
Imej: Kucing garang |
Gambar ini sempat ditangkap sebelum kucing ini mendengus kasar sambil berpaling menghadap dinding.
Merajuk la pulak.
Adoi...
PUSING-PUSING ISTANBUL
Imej: Cleaner dan Polis |
Imej: Istanbul bahagian Asia |
Imej: Istanbul bahagian Eropah |
Imej: Burung dan bunga |
Imej: Lanskap |
Imej: Bangunan |
Imej: Kedai manisan |
Imej: Stadium dalam pembinaan |
Imej: Bangunan |
Imej: Istanbul bahagian Eropah |
MAKAN MALAM: INDIAN CUISINE
Kami amat teruja dengan makan malam ini.
Masakan India!
Rindu makanan mamak, hehe.
Kari daging.
Ohhh... terlepas rindu pada kari.
Semua muka gembira bertemu capati dan nasi.
Puas anak tekak, :)
Imej: Bersama pemilik restoran. Bukan Indian tau, ;) |
Saya akhiri hari ini dengan catatan saya di mukabuku:
Kesibukan di sini seperti di KL.
Jem juga seperti di KL.
Perjalanan yang 40 minit boleh mencecah sehingga ke 1 jam atau 2 jam.
Terdapat dua bahagian Istanbul, bahagian Asia dan bahagian Eropah dan yang memisahkan keduanya adalah Jambatan Bosphorus (sebagai jambatan utama).
Petang tadi diberitakan terdapat sebuah kereta di atas jambatan itu tanpa pemandu di dalamnya.
Pihak berkuasa mengambil langkah menutup penggunaan jambatan itu sehinggalah malam ini, walaupun tiada sebarang bom ditemui di dalamnya.
Dan, sebagai langkah berjaga-jaga, hotel yang kami tiba malam ini juga menjalankan kawalan keselamatan melalui imbasan setiap beg yang dibawa masuk.
Rasa selamat.
Dan penat.
Dah 11 malam.
Good nite.
-Malam, 15 Mac 2016, Istanbul.
Esok, masih di Istanbul.
:)
Turki (Siri 7: Istanbul | Bosphorus Cruise, Spice Bazaar, Kumkapi, Suleiyman Mosque, Hagia Sophia, Blue Mosque, Eyyup Mosque)
No comments:
Post a Comment