Teks: ain akib
Hari ketujuh.
Imej: Kami berlatarbelakangkan Laut Marmara |
* * * * * * * * * * * *
Masih di Istanbul.
Imej: Menu utama, restoran dan buah-buahan |
Sarapan di hotel ini agak menarik dengan buah-buahan dan masakan yang agak menepati selera orang Asia.
Waitress juga comel bertudung (gambar tengah), :)
ISTANBUL: LEATHER
Keluar dari hotel, cuaca sedikit kelam namun sang suria masih mahu menyinar.
Imej: Awan gelap memberi laluan kepada matahari |
Kami ke kedai pakaian kulit.
Ini termasuk dalam jadual rombongan kami.
Pakaian dari kulit lembu dan kambing original.
Leather.
Jaket, seluar.
Harganya juga boleh tahan.
Berpatutan dengan kualiti, desain dan fleksibiliti.
Imej: Mini catwalk |
Mereka memperagakan beberapa jenis jaket kulit yang sesuai untuk dimiliki oleh orang Asia.
Dua orang ahli rombongan dijemput naik untuk turut serta menjadi model.
Faatin (kanan sekali) merasa jadi model seminit dua, :p
Imej: Dalam kedai |
Harga jaket yang dijual bermula dari 300USD.
Bayaran diterima melalui kad kredit juga tunai.
Mereka boleh bertutur dalam bahasa inggeris dan ini memudahkan komunikasi.
ISTANBUL: TOPKAPI PALACE
Imej: Bergambar bersama ahli kumpulan |
Topkapi Palace adalah istana sultan-sultan Kerajaan Bani Utmaniyyah dan telah dimasukkan di bawah UNESCO.
Mempunyai TIGA pintu gerbang utama.
Imej: Pintu gerbang pertama |
Pertama: The Imperial Gate (Babuhayyan)
Laman pertama ini besar dan cantik.
Pada zaman dahulu, rakyat jelata dibenarkan masuk dan pemakaian perlu kemas.
Urusan untuk mendapatkan tandatangan dan sebagainya dibuat di sini.
Imej: Laman pertama |
Imej: Lanskap di laman pertama |
Panjang perjalanan menapak masuk istana ini.
Alhamdulillah disajikan dengan pemandangan yang serba indah ini. :)
Imej: Sewaktu hendak keluar dari laman pertama (waktu balik) |
Imej: Pintu gerbang kedua |
Kedua: Gate of Salutation (Babussalam)
Berfungsi untuk urusan rasmi.
Yang berkuda perlu turun dari kuda tunggangan.
Di kawasan ini terletaknya harem dan dapur yang terpanjang pada zaman pemerintahan Bani Uthmaniyyah.
Imej: Inner courtyard |
Ketiga: Gate of felicity
Bahagian istana bagi sultan-sultan. Hanya yang mendapat mandat untuk masuk oleh Sultan sahaja yang dibenarkan masuk.
Cantik.
Banyak bunga-bungaan menghiasi inner courtyard ini.
Di bahagian ini juga terdapat peninggalan Rasulullah SAW seperti pedang dan janggut baginda SAW, pedang-pedang sahabat, baju Saidatina Aisyah dan beberapa lagi.
Imej: Saujana mata melihat laut |
Hujungnya terdapat bahagian yang menghadap ke Laut Marmara.
Imej: K.A.M.I. |
Hujan rintik sudah pun muncul tapi gigih juga Serkhan tolong tangkapkan gambar kami sekeluarga, :)
Imej: Topkapi Palace |
Yang saya kongsikan ini cuma 5%.
Masa yang lama diperlukan untuk menghayati kisah di sebalik pembinaan dan peristiwa-peristiwa yang berlaku di sini.
Boleh search dan baca mengenai Topkapi Palace.
:)
MAKAN TENGAHARI
Makan tengahari di restoran berdekatan dengan Dataran Sultanahmet ini juga.
Kami berjalan kaki sahaja dari Topkapi Palace ke restoran ini.
Imej: Dalam restoran di tingkat atas |
Imej: Sos! dan lunch |
Akhirnya!
Bertemu dengan sos cili!
Berebut botol sos ini berpusing ke meja makan semua ahli rombongan, hehe.
Heaven.
Barulah makanan terasa lebih sedap.
Daging/kebab dengan sos cili barulah buku bertemu ruas.
Ok.
Over sangat tu Ain, ;)
Imej: Pengadang yang cantik |
Sebelum beredar dari restoran, sempat saya menangkap gambar pengadang yang ada dalam restoran ini.
Cantik dan menarik!
Imej: Tulip merah (bawah) |
Di luar restoran, tulip merah hati dalam pasu kecil dijual.
Kita tangkap gambar je lah sebagai kenangan ya.
ISTANBUL: GRAND BAZAAR
Tenaga dari makan tengahari digunakan untuk meneruskan perjalanan ke Grand Bazaar.
Ye, menapak dari Dataran Sultanahmet ini ke Grand Bazaar.
Melalui deretan kedai, tram, orang ramai.
Imej: Laluan tram |
Imej: Jalanraya |
Imej: Restoran |
Imej: Kubah masjid (atas) dan luar Grand Bazaar (bawah) |
Tiba di Grand Bazaar.
Sama seperti Spice Bazaar, pintunya ada banyak.
Di luar pintu Grand Bazaar ini tersergam sebuah masjid.
Kami solat jamak Zohor-Asar di sini sebelum masuk ke Grand Bazaar.
Tandas di bahagian luar dan bayarannya 1TL.
Tempat wudhu untuk wanita juga di bahagian luar namun tertutup.
Air seperti biasa.
Sejuk....
Imej: Salah satu pintu masuk ke Grand Bazaar (kiri), Dalam Grand Bazaar (kanan) |
Serkhan menunjukkan pintu yang sama-sama kami masuk dan akan bertemu semula di pintu yang sama selepas 2 jam.
Berulang kali Serkhan mengingatkan bahawa pintu ada banyak dan meminta kami semua menangkap gambar pintu ini sebagai rujukan.
Beliau risau ahli rombongan nanti asyik membeli-belah sehingga terlupa pintu mana untuk kembali, :p
Imej: Kedai kebab di luar Grand Bazaar |
Kami membeli sedikit souvenir untuk ahli keluarga di rumah.
Tatkala keluar dari Grand Bazaar, masih awal lagi dari masa yang ditetapkan, maka kami memilih untuk mengalas perut dengan makanan ringan.
Kedai kebab di luar ini menjadi pilihan.
Imej: Sementara tunggu kebab siap |
Kalau tidak asyik makan yang dihidangkan bersama nasi di restoran.
Kami tak jadi untuk terus makan di kedai itu memandangkan begitu ramai pelanggannya.
Imej: Dalam restoran kebab |
Kami tak jadi untuk terus makan di kedai itu memandangkan begitu ramai pelanggannya.
Serkhan meminta ahli rombongan yang sudah ada bergerak ke restoran di belah hadapan.
Makan kebab tadi di situ dan air teh dari restoran ini.
Lihat sahaja gambar kanan sekali, daging bergantungan.
SEKITAR ISTANBUL
ISTANBUL: GALATA BRIDGE
Catatan dari mukabuku saya:
Cuaca antara 6-13 darjah celcius.
Terik mentari siang tetapi sejuk berangin.
Berkisar kisah semalam, rupanya kereta yang tidak berpenghuni di atas jambatan Bosphorus dipercayai ditinggalkan.
Sumber mengatakan tuan kenderaan melompat ke dalam Laut Marmara di bawahnya namun belum lagi ditemui.
False alarm.
Banyak masjid di sini.
Tandas mereka bersih.
60% ambulans di sini adalah teksi.
Hairan kan?
Di Istanbul, polisi mereka melarang lunch dan dinner di hotel, hanya breakfast sahaja dibenarkan.
Ini untuk memastikan survival restoran di sini.
Kalau di R&R Sungai Buloh, restorannya di bawah jambatan, di atas highway.
Di sini, restorannya di bawah jambatan, di atas Laut Marmara.
Sekarang 6.15 petang.
Jom dinner!
-Maghrib, 16 Mac 2016, Istanbul
Makan malam terakhir di Turki agak istimewa.
Kami makan di restoran di bawah Galata Bridge.
Di atas Laut Marmara.
Selepas menapak hari ini, walaupun dah makan kebab tadi, perut masih ada ruang untuk diisi.
Mungkin faktor cuaca yang sejuk mempengaruhi?
Yup.
Sejuk memang cepat lapar ye tak?
:p
Subhanallah....
Beautiful...
Good food, good ambience, good panorama, and good company.
Alhamdulillah.
Terima kasih Ya Allah.
Gambar atas: Berlatarbelakangkan Bosphorus Bridge
Gambar tengah : Galata Bridge. Kelihatan rod pancing tergantung.
Gambar bawah: Pemandangan dari atas laut
Pengakhiran hari yang indah.
Esok, hari terakhir di bumi Turki.
:)
Turki (Siri 1: KLIA-Doha-Istanbul-Bursa)
Turki (Siri 2: Pamukkale | Hierapolis)
Turki (Siri 3: Konya | Maulana Jalaludin Al-Rumi)
Turki (Siri 4: Cappadocia | Belon Panas)
Turki (Siri 5: Cappadocia | Goreme Open Air Museum, Karpet, Barang kemas, Seramik, dan Kaymakli Underground City)
Turki (Siri 6: Ankara | Ibu negara Turki)
Turki (Siri 7: Istanbul | Bosphorus Cruise, Spice Bazaar, Kumkapi, Suleiyman Mosque, Hagia Sophia, Blue Mosque, Eyyup Mosque)
Turki (Siri 8: Istanbul | Topkapi Palace, Grand Bazaar, Galata Bridge)
Turki (Siri 9: Taksim-Doha-KLIA)
Makan kebab tadi di situ dan air teh dari restoran ini.
Lihat sahaja gambar kanan sekali, daging bergantungan.
SEKITAR ISTANBUL
Imej: Menapak di Dataran Sultanahmet |
Imej: Mesra bersuap, :p |
Imej: Penjual air buah (atas) dan bas dua tingkat (bawah) |
Imej: Kedai manisan dan bangunan biru |
Imej: Kedai karpet |
ISTANBUL: GALATA BRIDGE
Catatan dari mukabuku saya:
Cuaca antara 6-13 darjah celcius.
Terik mentari siang tetapi sejuk berangin.
Berkisar kisah semalam, rupanya kereta yang tidak berpenghuni di atas jambatan Bosphorus dipercayai ditinggalkan.
Sumber mengatakan tuan kenderaan melompat ke dalam Laut Marmara di bawahnya namun belum lagi ditemui.
False alarm.
Banyak masjid di sini.
Tandas mereka bersih.
60% ambulans di sini adalah teksi.
Hairan kan?
Di Istanbul, polisi mereka melarang lunch dan dinner di hotel, hanya breakfast sahaja dibenarkan.
Ini untuk memastikan survival restoran di sini.
Kalau di R&R Sungai Buloh, restorannya di bawah jambatan, di atas highway.
Di sini, restorannya di bawah jambatan, di atas Laut Marmara.
Sekarang 6.15 petang.
Jom dinner!
-Maghrib, 16 Mac 2016, Istanbul
Imej: Di atas Galata Bridge (kanan), di bawah Galata Bridge (kanan) |
Makan malam terakhir di Turki agak istimewa.
Kami makan di restoran di bawah Galata Bridge.
Di atas Laut Marmara.
Imej: Muka kesejukan+kelaparan (tengah), Muka gatal, haha (kanan) |
Selepas menapak hari ini, walaupun dah makan kebab tadi, perut masih ada ruang untuk diisi.
Mungkin faktor cuaca yang sejuk mempengaruhi?
Yup.
Sejuk memang cepat lapar ye tak?
:p
Imej: Dalam restoran |
Imej: Menjelang malam |
Beautiful...
Imej: Santapan dinner |
Good food, good ambience, good panorama, and good company.
Alhamdulillah.
Terima kasih Ya Allah.
Imej: Malam |
Gambar atas: Berlatarbelakangkan Bosphorus Bridge
Gambar tengah : Galata Bridge. Kelihatan rod pancing tergantung.
Gambar bawah: Pemandangan dari atas laut
Pengakhiran hari yang indah.
Esok, hari terakhir di bumi Turki.
:)
Turki (Siri 1: KLIA-Doha-Istanbul-Bursa)
Turki (Siri 2: Pamukkale | Hierapolis)
Turki (Siri 3: Konya | Maulana Jalaludin Al-Rumi)
Turki (Siri 4: Cappadocia | Belon Panas)
Turki (Siri 5: Cappadocia | Goreme Open Air Museum, Karpet, Barang kemas, Seramik, dan Kaymakli Underground City)
Turki (Siri 6: Ankara | Ibu negara Turki)
Turki (Siri 7: Istanbul | Bosphorus Cruise, Spice Bazaar, Kumkapi, Suleiyman Mosque, Hagia Sophia, Blue Mosque, Eyyup Mosque)
Turki (Siri 8: Istanbul | Topkapi Palace, Grand Bazaar, Galata Bridge)
Turki (Siri 9: Taksim-Doha-KLIA)
No comments:
Post a Comment