Teks: ain akib
Imej: Carian Google |
PUASA DAN PERISAI
Barangsiapa yang berpuasa dan di penghujung puasanya hanya diperoleh lapar dan dahaga, maka dia adalah orang yang sangat rugi. Barangsiapa yang berpuasa dan di penghujung puasanya diperoleh bermacam-macam nilai tambah, maka dia adalah orang yang amat beruntung.
Apa nilai tambah yang dimaksudkan? Itulah DISIPLIN DIRI yang di dalamnya terkandung hadiah daripada Allah. Apakah hadiahnya itu? Berupa PERISAI KESABARAN yang tidak ternilai. Manakan tidak, diajar baginda Rasulullah SAW sekiranya datang kepadamu suatu perkara yang membangkitkan kemarahanmu, hendaklah kamu mengatakan "Sesungguhnya aku sedang berpuasa".
"Puasa itu benteng, maka janganlah
berkata keji dan jangan berbodoh diri. Jika seseorang menentang atau
memakinya maka hendaklah ia berkata : "Sesungguhnya saya sedang
berpuasa"
(Hadith Riwayat Bukhari)
Dengan kesedaran yang kita sedang berpuasa, itulah yang membenteng diri kita dari melakukan perkara yang tidak sewajarnya dilakukan oleh orang yang berpuasa. Cuma kerana AKU SEDANG BERPUASA. Ibarat pakaian yang dipakai si pemakai.
ADA APA DENGAN BALUT, LINDUNG DAN MALU?
Tujuan kita memakai baju dan seluar adalah untuk melindungi kulit dari sinaran matahari dan habuk yang menghinggap. Juga kerana MALU. Sesuai dengan fungsinya MELINDUNGI. Dipakai pula yang berwarna agar kelihatan menarik. Sesuai dengan fungsi warna yang menarik dan ceria. Ditambah lagi dengan saiz yang berpadanan, sedang elok di tubuh si pemakai. Cantik!
Tapi,
Untuk kaum Hawa yang disayangi Allah dan dicintai Rasul,
Ada lagi keindahan syarat yang diberi oleh Pencipta kita bagi memenuhi tuntutan MELINDUNGI ini. Bukan sekadar sesuai dengan tahap kesesuaian yang kita letakkan tapi sebenarnya PERLU sesuai mengikut piawaian yang diletakkan oleh Pencipta. Tidak akan lari dari fungsi melindungi semestinya. Bagaimana yang dikatakan piawaian yang melindungi itu?

Jika memakai pakaian yang muat-muat badan, akan kelihatan jelas tekstur tubuh dan segala lekuk yang ada. Membalut tubuh. Apabila terlihat begitu, adakah mampu melindungi diri dari mata-mata nakal yang berkeliaran?
Jika memakai pakaian yang nipis, transparent, mampu ditembusi mata seperti Clark Kent dalam cerita Superman, adalah seperti bersembunyi di sebalik terik yang terang. Apabila terlihat begini, adakah mampu melindungi diri dari menerima kesan rasa ingin tahu insan yang berlawanan jantina?
Islam itu mudah dan membela semua ahlinya. Piawaian tinggi ini adalah yang paling standard, sesuai dengan nilai kaum Hawa itu sendiri. Masakan mahu diri yang TIDAK TERNILAI ini hanya dijaga dengan penjagaan yang biasa-biasa?
Apabila tuntutan utama berpakaian itu tidak dipenuhi, maka fungsinya yang melindungi itu juga akan tidak berupaya mencapai ke tahap maksima. Sifat MALU yang Allah anugerahkan itulah yang menjadi indikator dalam memenuhi tuntutan yang satu ini. Bila terangkat sifat ini dari diri, maka terangkat jugalah perisai yang menjaga.

Muslimah yang disayangi Allah dan dicintai Rasul,
SayangNya Allah pada kita adalah melalui syariat yang Dia tetapkan buat kita. Diberikan gelaran hiasan dunia adalah untuk menjadi hiasan yang cantik juga diredhaiNya. Selaras dengan fitrah muslimah itu sendiri yang suka kepada kecantikan, keindahan dan keseronokan.
Telah Dia bentangkan dan tawarkan jalan yang Dia suka untuk kita lalui, penuh dengan keterjagaan dan perlindungan. Mahukah lagi kita memilih jalan yang lain yang jauh dari titisan rahmat kasih sayangNya?

Yang longgar bukan bererti tiada saiz (:p),
Yang menutup kulit bukan bererti panas,
Yang labuh bukan bererti rimas.
Sebagaimana frasa AKU SEDANG BERPUASA mendidik diri dengan menjaga dan menahan diri dari kemungkaran, begitulah juga PAKAIAN mendidik diri dengan melindungi HARGA DIRI muslimah. Yang tertutup itu lebih indah dari terbungkus padat ataupun terbuka dedah.
KITA MAMPU MENJADI CANTIK!
Pakaian yang mengikuti syariat MAMPU:
- MENDIDIK. "Apakah pakaian yang aku pakai ini Allah suka?". Bila Allah suka, automatik kita akan rasa gembira dan ceria. Akhlak juga akan mula mengikut gaya si pemakai.
- MENDISIPLINKAN DIRI. "Apakah perlu aku pakai kain di bahagian dalam baju ini? Macam jarang sahaja..". Bila kita cuba mendahulukan suruhan Allah, Allah akan balas dengan balasan yang tiada siapa mampu tandingi.
- MEMBINA SABAR. "Apakah pakaian ini setanding dengan orang lain yang berada di majlis itu nanti?". Penuhi tuntutan yang Allah tetapkan kerana ganjarannya lebih besar dari dunia dan seiisinya.
- MENGEKALKAN SIFAT MALU. Malu untuk mendabik dada, malu untuk berlebih-lebihan dari segi warna, corak dan gaya, malu untuk memiliki rasa riak seolah merak yang memperagakan tubuh untuk dihayati kecantikannya.
Tiada salah untuk berhias, bergaya dan tampil anggun!
Islam menganjurkan berhias, bergaya dan tampil anggun dalam kerangka SOPAN dan TERJAGA AURAT selaras dengan fungsi MELINDUNGINYA.
Cantik rupa paras dan tip top akhlak!
Mari kita sama-sama membina peribadi Muslim yang mampu meraih kita mendekati jalan menuju syurgaNya. Gelaran wanita solehah acapkali disebut dan dikejari namun usaha ke arahnya perlu sama-sama kita bina. Ia bukan kerja perseorangan tetapi adalah kerja secara berjemaah!
Masih belum terlambat untuk kembali ke jalan fitrah ini kerana Allah sentiasa menanti. Entri ini adalah peringatan (tazkirah) khusus buat diri saya dan hadiah buat jiwa-jiwa yang lembut, Muslimin juga Muslimah.

Islam is the way of life.
Menjaga bukan mengongkong.
Membela bukan menghina.
JOM CANTIK DENGAN PUASA! :)
P/s: Boleh layari beberapa page yang disukai oleh teman-teman rapat saya, :)
No comments:
Post a Comment