Saturday 23 November 2013

Vietnam (Siri 2: Cu Chi Tunnel)


Teks: ain akib



CU CHI TUNNEL (baca: Gu Chi Tunnel)

Terowong Cu Chi ini adalah salah satu tempat bersejarah peninggalan dari zaman perang di vietnam dahulu. Dijadikan tempat melancong bagi memperlihatkan suasana kehidupan ketika mereka sentiasa dikelilingi dengan peluru hidup dan keadaan yang tidak aman.


Imej: Perangkap untuk haiwan sebagai sumber makanan

Gambar di atas adalah perangkap samar bagi menangkap haiwan sebagai sumber makanan. Jika terpijaknya, haiwan mangsa akan terjatuh ke dalam lubang dan mati kerana terdapat buluh tajam yang tersedia letak di dalamnya (gambar kanan bawah).

 
Imej: Lubang terowong

Ini pula adalah lubang keluar dari terowong yang akan ditutup. Bahagian atas penutup itu akan dipenuhi dengan air. Ini bertujuan supaya musuh tidak dapat menjumpai pintu masuk ke dalam terowong.


Imej: Perangkap ketika perang. Cerucuk tajam dibuat dari buluh.

Pelbagai jenis dan bentuk perangkap diperbuat dari buluh ketika perang ini. Orang-orang Cu Chi memang kreatif. Apabila melihat pada semua perangkap ini, sememangnya ngeri dan kejam. Kecacatan seumur hidup atau maut apabila terjatuh ke dalam mana-mana perangkap ini. Inilah Harun, Pemandu Pelancong kami (gambar kiri), :)


Imej: Cara membuat kulit popia

Di atas ini pula adalah demonstrasi bagaimana membuat kulit popia. Bermula dari (gambar kiri atas) tepung beras dibancuh dan dituang atas kain yang mempunyai air kukus di bawahnya. Kemudiannya digulung dengan roller (gambar kanan atas) dan digolek semula atas ampaian (gambar kiri bawah). Seterusnya dijemur beberapa jam (gambar kanan bawah) dan terhasillah kulit popia. Menarik!

 
Imej: Kasut dari getah

Ini pula adalah kasut yang digunapakai sewaktu zaman perang itu. Diperbuat daripada getah tayar. Pisau yang amat tajam digunakan bagi membentuk kasut ini. Cara memakai kasut ini adalah dengan memakainya terbalik antara hadapan dan belakang. Ini bertujuan untuk mengelirukan tentera musuh agar tapak kasut yang berbekas di tanah adalah arah yang berlawanan.


Imej: Tempat pemerhati berjaga

Ini juga adalah antara lubang masuk terowong yang menempatkan pengawal yang bertugas menjaga keadaan sekitar. Terdapat pelbagai kedalaman terowong ini dan kami berpeluang memasuki terowong yang kedalamannya 20 meter. Terowong itu bersaiz muat badan dan kita membongkok di dalamnya, tetapi sebenarnya perlu merangkak, hehe. Merasa bagaimana tentera zaman dahulu bergerak melalui terowong itu.


Imej: Ubi kayu kukus

Selepas itu, kami dihidangkan dengan makanan ruji pada zaman perang itu iaitu ubi kayu rebus/kukus. Pada waktu perang, mereka masak seawal jam 4 pagi kerana asap dari masakan bersama dengan suasana kabus di awal pagi, tidaklah mereka dapat dikesan oleh musuh. Hidangan ini disertakan dengan campuran kacang kisar, gula dan garam sebagai perasa. Teh panas juga melengkapkan perjalanan yang penuh informasi ini.


Hebat betul ciptaan Allah yang sempurna. Sumber alam dari Allah yang bermacam-macam digunapakai, selaras dengan pembangunan minda yang juga kurniaan Allah, membolehkan tentera dan orang pada zaman itu terus hidup. Allah Ya Aziz.

Imej: Paip air buluh

Paip air dalam buluh. Basuh tangan sebelum makan, :p


Imej: Pintu masuk terowong (kiri), Peluru perang (kanan atas), Ho Chi Minh (kanan bawah)

Alhamdulillah, berakhirlah sudah perjalanan merentasi kawasan Cu Chi Tunnel (baca: Gu Chi Tunnel). Kisah yang menarik bagaimana mereka pada zaman itu mengharungi hidup mereka dengan mengutamakan aspek keselamatan.

Saya selaku seorang yang bukan fanatik sejarah, menjadi teruja dengan pengalaman saya di Cu Chi Tunnel ini. Banyak perkara baru yang saya pelajari dan yang paling menarik adalah kekreatifan mereka mengubahsuai dan mencari jalan untuk terus hidup dan selamat. Tak rugi dan best! 

Terima kasih Ya Allah mengizinkan diri ini untuk berada di sana mengenali ciptaanNya.

Teruskan dengan mengikuti entri Vietnam (Siri 3: Sungai Mekong) pula, :)


Vietnam (Siri 1: Saigon)
Vietnam (Siri 3: Sungai Mekong)


2 comments:

  1. Seronoknya dpt berjalan-jalan ke tempat orang. Tak sabar nak tunggu Siri 3 Ain Akib... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada Kak Mariatul, :) Terima kasih Kak, saya hargainya. Moga perkongsian ni ada manfaatnya, :)

      http://noorulainakib.blogspot.com/2013/11/vietnam-siri-3-sungai-mekong.html

      Delete

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...